28🎻(Jalan Buntu)

964 144 80
                                    

Aku terkedu. Apa yang aku nak buat sekarang. Tiada siapa yang akan selamat kan aku.

"Kenapa...Jaemin? Kenapa buat saya macam nih.." kata aku perlahan. Kesejukan mencengkam tulang hitam aku.

Aku tak tahu nak pergi mana. Aku stress. Aku hanya duduk di hadapan sebuah stesen bas. Suasana sunyi sepi.

Tak kan aku nak jumpa ibu? Nanti mesti Jaemin tahu aku kat rumah ibu. Sekali package kena marah dgn ibu.

Aku rasa menyampah nak jumpa Jaemin.

"Aku nak buat ape sekarang?" omel aku. Aku memeluk tubuh badan ku erat. Hari macam nak hujan.

"Assalamualaikum" aku menoleh. Terkejut aku melihat Afiq berdiri sambil senyum senget.

"Kau ! Apa lagi yang kau nak?!" jerit aku. Afiq mendekati aku perlahan.

"Saya tanya awak. Apa yang awak buat malam-malam nih? Nak hujan dah. Tak nak balik ke?" tanya Afiq. Aku menggeleng perlahan.

"Kenapa? Awak...tak nak jumpa suami awak ke?" aku terkejut. Wajah Afiq di pandang lama oleh aku.

Sekarang nih, jantan tak sedar diri ni sebenarnya nak ape?

"Kau boleh bla tak? Aku tak suka tengok muka kau yang penuh dosa tu." kata aku diingin.

"Aku nak tolong kau. Yelah, dah malam. Apa kata kau ikut aku?" tanya Afiq. Aku menggeleng laju.

"Ok, it's up to you. Aku cau lu." Afiq berlalu pergi. Aku cepat-cepat berdiri lalu mengejar langkah nya.

"Afiq, saya nak ikut awak."

"WHUT? DIANA HILANG?" jerit Mark dan Haechan. Jaemin mengeluh perlahan. Sudah 3 hari isteri nya hilang tanpa jejak.

"Iya. Kat rumah pun tak da. Renjun dah pergi tengok dah." kata Jaemin. Hati nya cukup risau sekarang ni.

"Rumah mak mertua kau? Tak pergi tengok ke?" tanya Doyoung. Jaemin menggeleng laju.

"Mak ayah dia pergi Kedah sekali dengan adik ipar aku. Dah check satu rumah, tapi still tak de." kata Jaemin lagi. Rambut nya di kusutkan.

Dia stres. Sungguh, dia tidak ingat apa berlaku antara dia dan perempuan murahan dalam gambar tu.

Kenal pun tidak.

"Em, aku akan cuba cari dia, Jaemin. Jangan risau. Mungkin dia tak pergi jauh." kata Jaehyun. Jaemin mengesat air mata nya.

"Ala, baby Nana kita nangis ! Meh peluk meh !" Haechan segera memeluk Jaemin erat diikuti dengan yang lain.

"Uwaaa ! Aku sayang korang ! Korang semua sentiasa ada dengan aku ! Huwaaa😭" jerit Jaemin. Mereka semua nangis bersama.

"WOI ! JAEMIN ISTERI KAU HILANG NIH ! KAU NANGIS SBB KITORANG DAH KENAPA?!" jerit Jungwoo di muka pintu.

"Wei, isteri dia hilang ! Kita kena carilah !"

"Ha, dah tu kita buat ape kat sini? Jom ah kita cari ! Budak ni kan tak boleh berjalan !"

Semua orang terus berlari keluar daripada wad. Tinggallah Jaemin yang terkebil-kebil pelik.

Diana duduk di atas sofa. Suasana apartmen sangat sunyi. Yelah, apartmen ni agak privacy.

"Kau, tak nak makan ke? Aku dah masak." kata Afiq. Diana menggeleng laju. Takut ada racun dia letak dalam tu.

"Aku tak letak racun lah. Adu." kata Afiq. Di hulurkan segelas air teh kepada Diana. Diana memegang gelas tersebut erat.

"Awak...haih, aku tak nak tengok kau macam ni. Kau tau kan, aku sayang kau." kata Afiq. Diana terkedu.

Perkataan sayang itu selalu di sebut oleh Jaemin. Tapi, apakan daya....dia mesti tak sayang Diana lagi.

Entah-entah di lupakan..

Yelah, dia bukan sesiapa. Hanya berkawin dgn dia secara tiba-tiba.

Hanya seketul potato yang blur.

"Lepas ni, pergi tido. Tak payah takut lah. Kat sini selamat. Ada security lagi kat bawah." kata Afiq sambil senyum.

Diana kekadang confuse, Afiq ni baik ke jahat. Dia ni...ada plan nak buat pape ke?

"Kau ke...yang langgar Jaemin?" tanya Diana gagap. Sejujurnya, dia masih takut dengan Afiq.

"Kau pikir aku ni apa? Aku ni, cuma doktor. Tak ada masa aku nak buat macam tu." kata Afiq. Diana mengangguk perlahan.

"Dah lah. Pergi tido." kata Afiq. Langkah nya diatur ke bilik tido nya. Diana mengikuti nya daripada belakang.

"Awak.." Afiq menoleh. Diana mengetap bibir nya kuat.

"Terima kasih, tumpangkan saya kat sini." kata Diana. Afiq senyum segaris sambil mengangguk.

"My pleasure. Dah, pergi tido. Selamat malam." kata Afiq lalu menutup pintu biliknya.

Diana duduk di sofa sambil menghembus nafas berat. Dia mengambil jalan buntu iaitu tinggal di rumah bukan mahram nya. Dia rasa bersalah.

Tapi, itu jalan yang dia ada. Dia mahu menenangkan fikiran nya.

-Bersambung-

imam mudaku romantik. jm✔Where stories live. Discover now