4

41 2 0
                                    

Hampir 2 bulan berlalu dan fikiran aku masih pada Rish. Eirysha.

Macam mana dia sekarang? Dia okay ke? Ada ke dia call ibu?

Aku pun dah masuk balik Uni untuk sem 2 degree, sebulan yang lepas.

"Wan!"

Aku berpaling.

"Menung apa tu? Fikir Amy ke?" Luqman berjalan kearah aku dan berdiri disebelah aku, menemani malam aku di beranda luar asrama yang agak sejuk.

"Amy kau.. aku dah lama break ngan dia." Amy my foot buat apa teringat kat dia?

"Ah right, she dumped you." Luqman memandang kearah lain.

Aku tak boleh sangkal benda tu. Sebab memang dia yang tinggalkan aku.

"Ah.. what a stupid girl she is."

Mendengar kata-kata Luqman, aku memandang kearah dia semula, memasang telinga.

"Macam mana dia boleh tinggalkan lelaki sebaik kau? You cherish her, buat dia macam princess. Bagi macam-macam kat dia, then easily, she dumped you for someone that we don't even know who." Luqman mengeluh kemudian menepuk lembut bahu aku. "Tabahlah Wan."

"Well.. mistake aku sebab sayang dia gila-gila.. sudahnya, kena tinggal." Aku tersengih sendiri.

Luqman tergelak kecil. "Kalau bukan pasal Amy, kau menungkan pasal apa?"

Aku pandang kearah jalan raya yang sunyi dihadapan asrama. "someone.."

"Amboi Wan.. ada orang baru ke?"

"Ish takdelah.. ni.. macam mana dengan preparation untuk orientasi intake baru next week? Okay ke?" Aku cuba mengubah topik. Malas nak bercerita soal hati.

"Semua okay je, sekarang tinggal nak kita nak fikir aktiviti yang sesuai untuk dorang nanti." Luqman menjawab.

Jadi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) ni banyak benda jugak nak kena fikir. Tapi takpe, pengalaman.

"Okayla tu.. dah Man, dah lewat, aku nak tidur." Aku mengundur diri. Kaki mula melangkah masuk kedalam rumah.

"Aik, awal lagi Wan.. lewat apanya."

"Penat.. aku banyak kelas hari ni, pastu baru habis buat assignmemt, so, penat." Aku menjawab tanpa berpaling.

"Em.. okaylah, night."

"Night Man."

******

"Semua mahasiswa dan mahasiswi diminta untuk bergerak ke Dewan Q untuk persediaan menjalani minggu orientasi, ulang suara.."

Minggu orientasi untuk student intake baru bermula. Nampaknya ia akan jadi minggu yang sangat penat untuk aku. Ahh malas!

"Wan! Nanti kau tolong agihkan landyard ni kat budak-budak baru tu tau. Aku nak pi tandas, sakit siot perut aku." Hisham menyerahkan satu bag sederhana besar yang berisi landyard Universiti Q. Ah sudah.

"Ishh kau ni, lepas tangan pulak."

"Tolong eh Wan? Hehe, Ciao!" Hisham terus berlari keluar melalui pintu belakang dewan. Ni yang aku lemah ni. Haih..

Aku berjalan ke pintu depan dewan, bersedia untuk menyerahkan semua landyard kepada student baru.

Penyerahan landyard berjalan lancar sampai aku dah menguap berkali-kali nak tunggu semua masuk. Bila nak habis ni!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EiryshaWhere stories live. Discover now