21 : Jatuh Hati

1.2K 197 81
                                    

"Boleh tak?" Akma menjongketkan sebelah keningnya pada Amir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Boleh tak?" Akma menjongketkan sebelah keningnya pada Amir.

Amir cepat-cepat mengalihkan pandangan.

"Kau berangan ke? Aku tengah cakap benda serius ni," geram Akma. Matanya dipencilkan memandang wajah terpinga-pinga lelaki itu. Dia beria terangkan situasi sulit yang dihadapi sahabat baiknya, Amir boleh pula termenung.

"Boleh, nanti aku uruskan tabung derma untuk Shahrul. Nantilah aku cakap dengan Badrul dan kawan-kawan aku. Takde apa-apa dah, kan?" Lelaki itu ingin memastikan sebelum keluar kelas. Dia rasa tidak selesa untuk berduaan dengan Akma sementara yang lain telah beredar.

"Takde," geleng Akma.

"Tudung baru?" soal Amir sekadar bertanya.

"Tak, tudung kawan." Pandangan Akma jatuh pada tubuh Nafisah yang sedang dipakainya. Bukanlah labuh seperti Nafisah, cuma bidangnya bertambah lima. Dari bidang 45 ke bidang 50, Akma hanya memakai selempang ke kiri dan kanan kerana disuruh Nafisah. Nak ikutkan hati, ingin sahaja Akma membawa hujung tudung dan ikat ke belakang agar depannya menjadi singkat sedikit. Tudungnya yang lain sedang di jemuran.

"Kau nampak lawa hari ni," senyum Amir. Dia melangkah pergi setelah itu meninggalkan Akma sendiri.

Rahangnya yang hampir jatuh ditutup. Kening Akma berkerut, sudah kenapa dengan Amir itu. Benarkah dia kelihatan lawa hari ini?

Beg sandangnya yang diambil lalu dia menapak ke koridor luar. Pantulan imej di cermin mesin gedegang dilihatnya. Satu susuk tubuh berbaju kurung dan bertudung litup elok menerpa.

Akma meneruskan langkah apabila ada orang yang mahu membeli air. Dia tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menyarungkan pakaian sebegini pada awalnya. Malu juga rakan kelas asyik pandang serong. Ketiadaan Shahrul membuatkann dia begitu sunyi meskipun baru sehari.

Bau kopi yang dibrew menusuk ke rongga hidung. Perutnya berkeroncong.

"Akma." Mila melambai ke arah Akma di kafeteria dalam bangunan utama. Dia dan rakan-rakannya sedang duduk di sebuah meja bulat. Mereka menunggu tempahan air selepas habis kelas subjek tambahan.

Akma tersenyum nipis. Dia melangkah ke arah mereka dan berlabuh di situ. Mata hitam Akma melihat menu di dinding. Air tiramitsu pun sedap juga.

Baru sahaja Akma mahu membuka mulut, tudung bawalnya disentuh Mila. "Tudung baru?"

"Takdelah. Tudung aku semua tengah basuh. Ini tudung kawan bilik aku," balas Akma.

"Dulu punya beria tak nak sebilik dengan budak tu, tahu-tahu sekarang boleh pinjam tudung lagi," sindir Mila. Dia melepaskan tudung Akma dan menongkat dagunya. Wajah Akma yang tidak beriak dipandang simpati.

"Suka hati aku lah nak kawan dengan siapa-siapa." Akma tersenyum sinis. Perlian itu tidak pun menggugatnya.

"Akma, jangan lupa apa yang kau buat dekat Han. Kau tumbuk dagu dia hari tu." Gadis berkenaan seakan mahu memberi amaran. Matanya menikam Akma sedalam mungkin.  "Kau kena bayar balik apa yang kau buat."

Bidadari Yang Tersingkir ✓[C]Where stories live. Discover now