1ST: AMNESIA

52 0 0
                                    

"Doktor..."

"Bangun Doktor... Bangun!"

Lelaki muda berjubah hitam bangun dari pembaringannya. Kepalanya berdenyut kuat namun dia gagahkan berdiri dan duduk sebentar di sudut tepi katil.

"Doktor okay tak?" Tanya remaja wanita bertelinga arnab yang jak mula membangunkan lelaki muda tersebut.

Lelaki itu melihat kedua-dua tangannya. Dia agak terpinga-pinga setelah melihat sekelilingnya, seolah-olah tempat dia berada adalah tempat yang asing. Saat dia berpaling kepada remaja wanita itu, dia mengajukan soalan pertamanya,

"Siapa kamu?"

Wanita itu ternganga. Kemudian dia meminta penjelasan kepada para medik yang bertugas merawat doktor muda itu.

"Nampaknya doktor alami amnesia, Cik Sarah" kata seorang medik setelah siap menganalisis keadaan tubuh doktor.

"Amnesia? Waktu macam ni doktor alami amnesia? Aduh..."

"Kami tak sangka pula doktor boleh amnesia hanya disebabkan terhantuk kepala selepas jatuh dari tangga."

Saat mereka bingung akan keadaan doktor yang baru saja mengalami amensia. Tiba-tiba mucul seorang lelaki bertubuh besar, memakai pakaian taktikal dan membawa senjata rifle.

"Macam mana dengan doktor? Dia dah bangun?" Soal lelaki itu.

"Doktor dah bangun, Ace. Tapi masalahnya dia alami amnesia..."

"Amnesia!?" Ternganga lelaki bernama Ace itu. "Waktu perang macam ni doktor alami amnesia? Tapi kita tiada masa berlengah di sini, Sarah. Kita kena keluar dari kota ini segera!"

Sarah tahu situasi mereka akan menjadi parah jika skuad medik mereka masih berada dalam bangunan terbiar, berlindung demi merawat doktor.

Sarah kemudian bertanya kepada doktor adakah dia mengenali dirinya sendiri. Doktor hanya menggelengkan kepala. Amat sukar bagi Sarah dan para pejuang lain apabila seorang pemimpin yang mereka percaya telah kehilangan ingatan. Namun, Sarah kuatkan diri untuk membimbing Doktor kerana itu saja caranya untuk keluarkan mereka dari situasi yang menyeksakan.

"Saya Sarah, pembantu Doktor. Sekarang kita tiada masa untuk terangkan kerana kita berada dalam medan perang. Jadi, Doktor hanya perlu ikut saya tanpa bertanya apa-apa. Boleh percayakan saya?"

Doktor terdiam. Nak berfikir tiada cara lagi untuk merasionalkan dirinya di saat memorinya hilang. Hanya mengikuti Sarah saja pilihan yang harus Doktor pilihkan.

"Bersedia Sarah! Tentera Messiah mula menyerbu di bangunan ini! Kita harus lari sekarang!"

Skuad Medik bersedia memulakan gerakan bersama Sarah dan Doktor. Manakala Ace bersama skuad peninjau turut ikut serta dan memastikan tiada musuh mengikuti mereka. Misinya sekarang kedua-dua skuad harus berkumpul semula dengan skuad tempur lain di Menara KL yang telah mengalami kerosakan teruk akibat bedilan bom.

"Nampaknya Doktor alami amnesia. Kalau Dr. Kat tahu, nahas jadinya..."

Pulau TigaWhere stories live. Discover now