7TH: KEPUNG

24 1 0
                                    

Keadaan kota metropolitan Kuala Lumpur lengang, saat penghapusan pemberontakan oleh tentera Messiah diakhiri dengan kejayaan organisasi Pulau Tiga bebas dari cengkaman Messiah, walaupun ramai anggota tentera kedua-dua pihak terkorban.

Lorong-lorong blok yang dahulunya pernah menjadi laluan rakyat pelbagai kaum telah sunyi-sepi, hanya angin lembut meniup seluruh ruang sehingga telinga manusia mampu menangkap hembusan itu.

Ruangan kedai, restoran, dan penginapan telah lama terbiar dan ramai pelarian menjadikan ruang terbiar itu menjadi penginapan sementara. Jika tentera Messiah datang membuat rondaan, mereka harus melarikan diri dari dikesan peronda. Jika mereka ditangkap, bukan saja mereka dikurung, pelarian lelaki bakal 'dicuci otak' untuk menjadi tentera yang penuh taat setia kepada Messiah.

Pelarian yang menjadi mangsa jangkitan Lavanium apabila ditangkap oleh tentera Messiah, mereka akan dirawat dalam hospital namun rawatan yang kononnya mampu sembuh hasil 'kuasa' Messiah sebenarnya hanya penyedap hati. Hanya bergantung kepada survivability pesakit sama ada meninggal dunia atau meneruskan hari-hari kehidupan tanpa makna, dengan menerima rawatan yang mampu memanjangkan hayat pesakit.

Manakala mereka yang tidak mahu tunduk kepada kekuasaan Messiah, nak tak nak mereka harus menjalani kehidupan sebagai gelandangan, bergantung terhadap sumber makanan yang mereka temui atau rompak, dan menetap kediaman sementara, melarikan diri dari buruan tentera Messiah.

Inilah Malaysia pada fasa perebakan wabak Lavanium.

******

"Aagrh... Di mana aku?"

Ace membukakan matanya perlahan-lahan saat dirinya terasa bergoyang seperti digendong seseorang. Agak terkejut baginya kerana beratnya sebanyak 90 kilogram mampu digendong seseorang. Luka pada abdomennya menambahkan lagi kesedarannya untuk bangun dari lenanya.

"Bertahan bro... Kita hampir sampai ke KL Sentral..." Jawab si pengendong itu. Dia memakai baju celoreng hijau digital bersama senjata rifle disangkut pada pinggang. Dia menemui Ace yang cedera parah di kaki bukit dan terus mengangkatnya ke lokasi yang selamat.

"Siapa kau?" Serak suara Ace bertanyakan soalan.

"Panggil Basyar. Saya salah satu pemberontak bersama pasukan saya melindungi rakyat."

"Lihat dari pakaian kau, kau dari RAMD?" Ace kenal pakaian celoreng yang Basyar pakai itu. Basyar menyiakan. Dia memberitahu bahawa dia adalah askar berpangkat kapten, bersama pasukannya yang terdiri dari pangkat koperal, mengetuai misi membantu rakyat serta pesakit Lavanium dari menjadi mangsa peperangan.

"Kenapa tuan selamatkan aku? Biarkan saja aku mati berkorban di sini..."

"Melihat pakaian kau, kau mesti Pengendali organisasi Pulau Tiga. Mustahil aku biarkan seseorang yang berjuang demi rakyat meninggal dunia di sini. Jadi aku cuba selamatkan kau sebab mungkin." Jawab Basyar.

Basyar sambung perbualan mereka bagi memastikan Ace sentiasa sedar menahan lukanya yang mengalami kehilangan darah. "Tahu tak? Saya dan Doktor adalah kenalan rapat sebelum dia bersama Pulau Tiga. Apa khabar dia sekarang?"

"Doktor baik saja, tuan. Tapi dia ada masalah sikit sejak..."

Muncul pasukan tentera Messiah mengepung Basyar setelah beberapa meter lagi mereka tiba di KL Sentral. Tentera Messiah itu juga mempunyai dua orang Flamethrower, iaitu tentera yang bersenjatakan penyembur api, sebagai alat mengugut Basyar untuk menyerah diri.

"Serahkan diri kau berdua! Kami akan pastikan kamu berdua sentiasa dalam jagaan Messiah!" Arah seseorang tentera yang berperanan sebagai ketua pasukan tentera Messiah.

"Celaka! Hampir lagi kita sampai!" Rengus Basyar. Dia sekarang buntu bagaimana selamatkan mereka berdua dari kepungan tersebut. Dengan keadaan Ace yang parah, mustahil mereka berdua mengambil pilihan melawan tentera Messiah.

"Apa kata kita berpecah?" Ace bagi cadangan namun Basyar bantah. Dia lebih risaukan kecederaan serius Ace. Jika Ace banyak bergerak, berisiko untuk dia tumbang sekali lagi.

"Cepat serahkan diri! Kalau tidak..."

Ugutannya terhenti saat bunyi tapak kasut kedengaran 5 meter dari lokasi mereka. Tentera Messiah mengacukan senjata ke arah bunyi tapak kasut itu tapi kesemuanya termasuk Basyar dan Ace terpana apabila pemilik tapak kasut itu keluar dari bayangan bangunan. Membuak hati Ace apabila melihat sosok tubuh itu.

"Kau... Patriot!"

Pulau TigaWhere stories live. Discover now