Dunia masuk ke dalam fasa distopia yang bernama Lava, bermaksud wabak pandemik virus Lavanium menjangkiti seluruh warga Bumi sehingga populasi dunia turun mendadak. Kerana virus ini, negara-negara semakin tidak menang tangan memgendali lambakan pesakit yang tiada kesudahan. Ramai rakyat memberontak kecewa akan pengurusan kerajaan, sehingga terbina bermacam-macam kerajaan berasaskan anarki. Malaysia juga tidak terkecuali masuk dalam kancah anarki rakyat. Sebuah kultus keagamaan bernama Messiah telah menumbangkan kerajaan dan institusi raja, kemudian terus membina kerajaan kultus dan menghapuskan saki-baki penentang yang masih setia dengan Malaysia. Penubuhan kerajaan kultus menyukarkan organisasi penyelidikan tajaan kerajaan, khas untuk mengkaji virus Lavanium bernama Pulau Tiga melakukan kerja melindungi dan menyembuhkan pesakit wabak. Saat skuad penyelamat yang diketuai oleh ketua penyelidikan bernama Doktor bertugas mencari pesakit yang terbiar di Kuala Lumpur, tiba-tiba Doktor terjatuh dan alami amnesia. Dalam keadaan Doktor sedemikian, mampukah skuad penyelamat selesaikan misi mereka?