1️⃣ Intro: Raina

47 3 0
                                    

Raina's pov

Segala yang guru ajar di hadapan aku abaikan. Bosan, sangat membosankan. Kenapa aku perlu pergi sekolah? Hurmm...

"Raina! Jawab soalan ni! Saya tahu kamu mengelamun semasa saya mengajar."

Suara madam Laila berkumandang di dalam kelas aku. Alah dia perasan lah.. aku dengan malasnya bangun dan menjawab soalan tersebut. Madam Laila nampak berpuas hati dengan jalan kira yang aku tunjukkan lalu menyuruh aku duduk. Aku mengelamun macam mana sekalipun, aku tetap boleh jawab soalan tu. Bukan nak kata riak, tapi aku dah belajar tajuk ni lebih awal berbanding rakan sekelas aku.






...






Sebaik sahaja tamat kelas, madam memberi kerja rumah untuk kami siapkan. Aku dengan pantas mengemas barang-barang aku lalu keluar. Sesi persekolahan dah habis jadi aku perlu segera pulang ke rumah. Sesi persekolahan akan tamat pada pukul 12 tengah hari. Aku segera menaiki kereta milik keluarga aku yang dipandu oleh driver peribadi keluarga kami menuju ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, orang pertama yang menyambut kepulangan aku ialah maid peribadi aku sendiri, Miss Maya. Maya ni dah seperti setiausaha aku sendiri, dialah yang akan ingatkan aku setiap jadual harian aku.

"Cik Raina, tutor cik dah tiba sebentar tadi. Baik cik pergi bersihkan diri cik dan bersedia untuk kelas tutor."

"Baik.."

Aku segera kembali ke bilik aku untuk membersihkan diri. Seperti yang Miss Maya cakap, aku ada kelas tutor selepas ini. Ayah mengupah seorang tutor untuk mengajar aku bagi setiap subjek. Aku hanya mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna biru lembut dan seluar slack panjang berwarna hitam. Aku turut membawa beberapa buah buku dan alat tulis menuju ke bilik belajar di tingkat bawah. Bilik tidur aku terletak di tingkat kedua. Rumah keluarga aku bukan kecil, rumah banglo tiga tingkat yang terletak di kawasan taman perumahan mewah di negara kami, Varians.

"Cik Rai dah siapkan kerja rumah yang saya beri?" Soal tutor aku, En. Wen.

"Sudah. Ini dia bukunya." Jawab aku lalu menyerahkan kerja rumah tersebut.

"Nampaknya cik berjaya jawab setiap soalan dengan betul. Jadi saya akan teruskan tajuk seterusnya. Cik dah bersedia?"

"Ya."

Beginilah hidup aku seharian apabila pulang dari sekolah. Aku akan menghadiri kelas tutor seperti yang ayah minta dari pukul 1.30 petang sehingga 6.30 petang. Setiap satu jam untuk satu subjek. Sebab ini aku kata sekolah membosankan, kerana aku dah belajar semua yang diajar oleh cikgu di rumah lagi. Tajuk yang guru ajar pula jauh ketinggalan berbanding apa yang diajar oleh tutor peribadi aku.

Sebaik sahaja pukul 6.30 petang aku mula mengemas buku-buku milik aku untuk kembali semula ke bilik aku.

"Cik jangan lupa buat kerja rumah yang saya beri, ya." Kata tutor Sejarah aku, Miss Gwen.

"Pernahkah saya terlupa? Jangan risaulah saya sentiasa ikut jadual belajar saya." Balas aku seraya menjawab soalan Miss Gwen.





...






Sebaik sahaja aku kembali ke bilik, snek petang sudah sedia terhidang di beranda bilik aku. Aku lihat Maya sedang sibuk membersihkan bilik tidur aku.

"Bilik cik paling kemas antara keluarga cik." Kata Maya. Aku hanya tersengih.

"Saya tak suka barang bersepah lah aunty. Rasa stress bila tengok, itu yang bilik saya ni tahap kekemasan berbeza dengan yang lain." Balas aku. Aku memang pantang barang bersepah, aku akan rasa serabut bila tengok nanti.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now