1️⃣1️⃣ True Intentions

19 2 0
                                    

Suasana di rumah banglo itu agak sunyi sepi kerana penghuninya masih lagi dibuai mimpi. Seorang remaja lelaki kelihatan sedang mengalami mimpi ngeri. Badannya berpeluh seperti dia baru lepas marathon. Dia terbangun daripada tidurnya dan bernafas dengan laju. Tangannya memegang dadanya, terasa degupan jantungnya berdegup kencang.

"Adinda datanglah  berjumpa kakanda di tempat rahsia kita. Kakanda tak akan menangkap kamu, kakanda cuma mahukan penjelasan daripada adinda sahaja."

Suara itu tiba-tiba sahaja muncul di mindanya. Suara yang tidak asing baginya. Dia lantas menyarungkan hoodie berwarna hitam dan mencapai topeng mulut berwarna hitam. Dia mencapai sehelai kertas dan menulis nota di atasnya dan keluar daripada rumah itu menuju ke lokasi yang disuruh.









...









Seorang remaja lelaki sedang duduk di atas buaian buatan sendiri yang terikat pada batang pokok yang paling besar di kawasan itu. Dia hanya mengenakan hoodie berwarna kuning keemasan sambil mengayunkan badannya ke depan dan ke belakang menunggu ketibaan seseorang. Kelibat berpakaian hitam mula muncul di kawasan itu membuatkan dia bersiaga, dia memegang pedang yang disembunyikan di sebalik hoodie miliknya.

"Ada apa kakanda memanggil adinda?" Soal kelibat berpakaian hitam itu.

"Ahh adinda Kaito rupanya. Kakanda ingat penjahat tadi." Pegangan pada pedang itu dilepaskan sebaik sahaja mengetahui identiti figura berpakaian hitam itu.

"Apa alasan kakanda mahu adinda datang ke sini? Adinda ada hal sebentar lagi, jadi adinda tidak mempunyai masa yang banyak." Kata Kaito lalu memeluk tubuhnya.

"Salahkah kakanda ingin berjumpa dengan adinda? Kakanda merindui kamu.."

"Tapi adinda tidak mahu.. ini kali terakhir adinda berjumpa kakanda. Adinda telah mempunyai hidup baharu sebagai putera terbuang kerajaan Varians." Kata Kaito lagi.

"Kamu dah berubah, Kaito.."

"Berubah? Bukan ini apa yang semua orang mahu! Semua mahu jatuhkan aku daripada kerajaan!" Balas Kaito dengan nada marah.

"Kakanda cuma mahu penjelasan sahaja. Kakanda akan.."

"Itu tiada guna, kakanda Kaiko. Ayahanda sendiri telah membuang aku daripada keluarganya. Tanpa tahu kebenaran yang berlaku, dia buang aku! Tapi baguslah! Sekurang-kurangnya aku tak perlu hadap pergaduhan dalam perebutan takhta lagi. Aku bebas untuk lakukan apa yang aku mahu!" Kata Kaito lagi.

"Kamu tak mahu pulang ke istana? Kamu tidak rindu kah, bonda kita?" Soal Kaiko.

"Kalau aku pulang, aku cuma akan ditahan di dalam penjara. Baik aku hidup di luar istana sahaja. Tiada guna kakanda membantu aku, ianya akan mendatangkan masalah kepada kakanda sahaja. Lupakan aku.." kata Kaito lalu berpaling daripada melihat wajah abangnya.

"Kaito.. benarkah kamu difitnah?"

"Kalau aku kata ianya benar, adakah kakanda akan percaya? Aku tak mahu memaksa kakanda mempercayai kata-kata adinda. Aku dituduh oleh abang aku... Aku ditikam oleh keluarga aku sendiri... Hanya kerana tahta.. itu tidak mustahil untuk berlaku.." kata Kaito dengan nada rendah.

"Siapa yang akan mewarisi tahta?" Soal Kaito.

"Ayahanda masih lagi dalam pemilihan. Selepas kes kau lari daripada istana, ayahanda tiba-tiba gering. Apa yang kau lakukan kepada kami?" Soal Kaiko.

"Kuasa aku telah bangkit. Aku buat begitu kerana aku merasakan ancaman. Kakanda percayakan adinda?"

"Ya... Sukar untuk kakanda percaya bahawa kamu akan cederakan orang lain sedangkan kamu bukan jenis yang suka melihat orang cedera. Jadi kakanda percaya kamu difitnah."

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now