2️⃣ Intro: Kaito

26 3 0
                                    

"Tuan Putera! Jangan lari! Kasihanilah patik, wahai tuan putera.."

Kedengaran suara seorang lelaki sedang menjerit memanggil seorang putera yang sedang melarikan diri.

Kelihatan seorang lagi lelaki tampan memandang datar ke arah remaja lelaki yang sedang melarikan diri.

"Kaito ponteng kelas lagi kah?" Soalnya kepada lelaki itu.

"Ya, tuan putera mahkota. Patik tak tahulah kenapa putera ketiga itu berdegil, tidak mahu menghadiri kelas itu. Kelas itu penting untuknya juga." Kata lelaki itu.

"Serahkan tugas hamba kepada beta. Beta tahu apa yang harus beta lakukan." Kata putera mahkota itu. Lelaki itu hanya akur, siapalah dia untuk membantah kata-kata putera mahkota itu.






...







"Nampaknya kali ini aku berjaya melarikan diri. Fuhh... Adakah dia fikir aku akan pergi ke kelas itu? Kelas yang sangat membosankan!" Kata sang putera itu seraya mengeluh.

"Putera Kaito Kryshan! Berani kamu memonteng kelas itu lagi sekali!" Marah seseorang. Sang putera itu lantas menoleh ke arahnya lalu tersengih.

"Alah kakanda Kaiko, kelas itu terlalu membosankan sehinggakan adinda sendiri mahu tertidur." Jawab Kaito. Sang putera sulung hanya menggelengkan kepalanya.

"Kamu patutnya sedar, kelas itu juga penting bagi kamu. Jika ayahanda tahu tentang hal ini, pasti ayahanda akan menghukum kamu." Jawab Kaiko.

"Jangan beritahu ayahanda! Adinda merayu kepada kakanda!" Pinta Kaito. Namun reaksi Kaiko amat mengejutkan dia.

"Jangan bagitahu beta tentang apa?" Soal satu suara. Kaito tergamam apabila terdengar suara itu lalu dengan perlahan-lahan memusingkan badannya ke arah suara itu.

"Ayahanda.."

"Ikut beta ke singgahsana beta. Ada sesuatu yang perlu beta katakan kepada anakanda berdua." Kata Raja Kairul, ayah kepada dua orang putera itu.

"Anakanda juga?" Soal si abang, Kaiko. Si ayah hanya mengangguk lalu mereka menuju ke singgahsana diikuti para dayang dan sida-sida.






...






"Anakanda beta, Kaito. Sudah beberapa kali ayahanda pesan jangan ponteng kelas pentadbiran. Kelas itu penting untuk kamu juga. Suatu hari nanti kamu akan memerintah negara ini, kamu perlukan segala ilmu pengetahuan itu." Pesan si ayah kepada anaknya yang satu itu. Pening kepala mendengar masalah yang dibuat anak ketiganya itu.

"Alah ayahanda, kakanda Kaiko dan Kairo kan ada. Anakanda tak berminat lah hal pentadbiran ini." Kata Kaito.

"Minat atau tak, kamu harus pelajari ia juga. Ayahanda tak kira! Anakanda putera, tahu! Seorang putera perlu belajar tentang hal pentadbiran ini untuk menyiapkan diri mentadbir negara kelak.." pesan Raja Kairul. Kaito mengeluh kecil. Dia memang sejak kecil lagi tak minat hal mentadbir ini.

"Baik ayahanda. Maafkan anakanda kerana selalu tidak hadir ke kelas."

"Urmm ayahanda, kenapa ayahanda memanggil anakanda sekali?" Soal Kaiko setelah lama mendiamkan diri.

"Ahh tunggu kedatangan anakanda kedua dahulu. Ayahanda ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada anakanda semua." Kata Raja Kairul. Mereka bertiga menunggu ketibaan seorang lagi putera.

"Maafkan anakanda kerana terlambat, ayahanda. Kelas baru sahaja tamat sebentar tadi." Kata putera kedua setelah tiba di singgahsana tersebut. Si bapa hanya mengangguk lalu menyuruh anaknya duduk.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now