3️⃣ Intro: Mia

14 3 0
                                    


Seorang gadis berkerudung sedang asyik memerhatikan gelagat manusia daripada bumbung sekolahnya. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek baju sweater miliknya. Tanpa dia sedar ada seseorang sedang menuju ke arahnya.

"Mia-chan! Selamat pagi!" Sapa rakannya. Gadis berkerudung yang diketahui namanya itu mula berpaling.

"It's already afternoon, dear." Balasnya. Si rakan hanya tersengih malu.

"Tak makan kah? Lepas habis kelas tadi, awak terus naik ke atas." Kata rakannya lalu menyuap roti sandwic yang dibelinya di kafe tadi ke dalam mulutnya.

"Saya tak lapar.."

"Jangan macam ni.. Nah!" Kata rakannya lalu menghulurkan sebungkus roti sandwic kepadanya.

"Ehh?!"

"Makan! Saya tak menerima perkataan tidak!" Kata rakannya dengan nada tegas. Mia tergelak kecil.

"Baik.. baik... Saya makan ok?" Balas Mia lalu mengambil roti sandwic yang dihulurkan kepadanya tadi.

"Apa yang awak sedang fikirkan, Mia?"

"Entahlah.. tiba-tiba rasa mahu bersendirian.." kata Mia lalu kembali termenung.

"Saya yakin awak fikir tentang kuasa awak, betul tak?" Teka sahabatnya.

"Ya... Saya rasa saya ni manusia biasa yang sesat di dunia wizard ini.." kata Mia seraya mengeluh kecil.

"Tapi manusia tak boleh tinggal di sini. Awak pun tahu bukan? Saya yakin awak juga wizard seperti kami, cuma kuasa awak lambat bangkit." Kata kawannya. Sedikit sebanyak membantu Mia untuk bertenang.

"Ya mungkin kuasa saya lambat bangkit. Thanks Melissa." Ucap Mia. Mereka sambung berbual dan bergelak ketawa sehinggalah waktu rehat tamat.


--------------------~~--------------------

Sekumpulan pelajar perempuan yang terdiri daripada 5 orang pelajar sedang melingkungi seorang gadis berbadan kecil. Wajah gadis itu terpapar reaksi takut setelah dirinya dikepung oleh kumpulan pelajar itu.

"Macam mana manusia macam kau boleh sesat masuk dalam dunia kami?" Soal ketua kumpulan itu, Nia namanya.

"Kan? Entah-entah ibu bapa dia menetap secara haram kat sini." Kata gadis kedua, July.

"Mak ayah aku tak ada kena mengena dalam hal aku!" Kata gadis kecil itu dengan nada marah. Kelima-lima gadis itu ketawa terbahak-bahak.

"Dia marah lah.."

"Uuu takutnya.."

Gadis kecil itu mengetap giginya menahan marah. Dia tahu dirinya tidak sekuat mereka, tapi perlukah mereka menindas pelajar yang lemah sepertinya?

"Kau kenapa renung aku macam tu? Fikir aku takutlah dengan manusia macam kau?" Kata gadis ketiga, Zea. Dia menarik rambut gadis itu tanpa belas kasihan.

"Lepaskan aku.."

"Lepaskan kau?"

Gadis kecil itu ditendang sekuatnya di bahagian badannya.

"Tch lemah! Dah jom kita pergi.." apabila kelibat 5 orang gadis itu hilang daripada pandangannya, dia lantas cuba berdiri. Rasa sakit di badannya ditahan. Dia mula mengambil langkah untuk pulang ke rumahnya.

...

"Ibu, kakak dah pulang!" Kata sang kanak-kanak kecil yang berusia dalam lingkungan umur 5 tahun kepada ibunya.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now