4️⃣ Intro: Lyran and Mia

20 2 0
                                    

Chapter ni panjang berbanding yang lain sebab ni tentang dua orang watak.






.




..






...






Enjoy!



Sekumpulan pelajar lelaki yang terdiri daripada 4 orang pelajar sedang mengepung seorang remaja lelaki yang berpakaian lusuh dan mukanya kelihatan penuh luka serta lebam akibat dipukul oleh mereka berempat.

"Baru pukul sikit dah lemah macam ni?"

"Lembik!"

"Dah jom pergi. Ada hati nak cari pasal dengan kita. Dasar anak buangan!"

Mereka berempat mula mengambil langkah untuk pergi. Remaja lelaki itu cuba untuk berdiri, mengabaikan rasa sakit di badannya. Sebaik sahaja dia berjaya menstabilkan dirinya, dia mengambil langkah untuk pulang.






...






"Mereka tak bosan ke buli aku... Aku sendiri dah muak bila asyik berjumpa mereka. Nasib baik esok dah tamat persekolahan aku. Tak sangka aku berjaya habiskan persekolahan aku walaupun agak sukar, tapi aku dapat lakukannya." Monolog seorang remaja lelaki.

Dia melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu menghidupkan suis lampu dan mengambil langkah ke dapur. Dia mahu memasak sesuatu untuk mengalas perut dia, dia mahu meraikan hari itu biarpun berseorangan. Dia dah biasa tinggal berseorangan. Macam yang pembuli itu katakan, dia ialah anak buangan. Dia tak tahu siapa ibu bapa dia, yang dia tahu dia diletakkan di hadapan sebuah rumah pasangan suami isteri pada 19 tahun lalu. Mereka menjaganya sehingga pasangan itu dikurniakan seorang lagi cahaya mata, sejak itu mereka menghantarnya ke rumah anak yatim.

Ting.. ting..

Bunyi mesej kedengaran di cuping telinganya lalu dia tanpa membuang masa mengambil telefon bimbit miliknya untuk mengetahui siapa yang menghantar mesej kepadanya.

Mother
Lyran, ibu ada mengirimkan makanan di rumah anak yatim. Kamu pergilah ambil di sana. Makanan itu untuk meraikan kamu sempena tamat persekolahan kamu. Maaf, ibu tak dapat pergi ke rumah kamu kerana ibu tak larat untuk pergi jauh.


Tak mengapa ibu, Lyran faham ibu tak berapa sihat. Pasti ibu suruh Rin yang hantarkan. Terima kasih ibu atas makanan itu..

Mother
Sama-sama. Nanti kamu pergi ambil ya.


Lyran menukar bajunya terlebih dahulu sebelum berangkat pergi ke rumah anak yatim yang pernah didiami suatu masa dahulu. Dia faham kenapa keluarga angkatnya menghantar dia ke rumah anak yatim. Ibu angkat dia jatuh sakit selepas melahirkan anak keduanya dan bapa angkatnya pula sibuk bekerja demi menyara keluarganya. Keluarga angkatnya bukanlah keluarga senang. Oleh kerana masalah kewangan yang dialami mereka sekeluarga, mereka terpaksa menghantar dia ke rumah anak yatim.

Rin yang dikatakan tadi ialah kembar angkatnya. Semasa dia tinggal bersama mereka, Rin ialah rakan baiknya. Namun setelah lama terpisah, hubungan mereka semakin regang. Rin yang dia kenali juga jauh lebih berbeza berbanding dahulu. Mungkin kesusahan yang dialami oleh keluarganya mendorong perubahan sikapnya.







--------------------~~--------------------







"Kamu dah hantar makanan tu kan?"

"Dah ma. Rin dah hantar makanan tu di rumah anak yatim itu. Ma, Rin dah letak air dengan ubat sebelah katil Ma. Rin pergi kerja dulu ya." Kata seorang gadis yang dikenali sebagai Rin.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now