1️⃣0️⃣ Sleepover II

15 2 0
                                    

"Jadi sekarang giliran aku pula." Kata Rin.

"Silakan Rin."

"Aku Adriana Katsuhara. Orang lain panggil aku Rin kerana masa kecil dahulu Lyran tak reti panggil nama aku dengan betul."

"Yahh itu menipuuu!"

"Hahaha gurau je. Orang lain panggil aku Rin kerana ianya lebih ringkas. Aku hidup susah. Lagi-lagi bila ayah aku mula ketagih dengan minuman alkohol, dia dibuang kerja. Aku mula bekerja untuk sara hidup keluarga aku. Sehingga satu malam, ibu aku mati dibunuh. Ada orang jahat datang membunuh ibu aku dan dia tangkap ayah aku. Ayah aku mempunyai kelebihan seperti aku, jadi dia beri amaran kepada aku dan menyuruh aku pergi daripada rumah itu sejauh mungkin."

"Aku tinggal di rumah Lyran semalaman. Malam itu jugalah kami berkenalan dengan Mia. Keesokan harinya kami bertiga bergerak ke rumah aku kerana aku ingin mengambil barang aku. Ketika itu kami terserempak dengan penjahat itu."

"Apa yang jadi kepada penjahat itu?" Soal Raina.

"Mati. Lyran bunuh mereka." Jawab Mia.

"Kau bunuh orang?" Soal Raina dengan nada terkejut.

"Ianya tidak sengaja! Lagipun masa itu aku terdesak. Mereka ugut untuk bunuh Rin.. Rin satu-satunya keluarga yang aku ada sekarang.." kata Lyran.

"Tak mengapa. Lagipun kau bukan bunuh diorang sesuka hati." Kata Raina.

"Kalau kau tak buat begitu, aku akan mati." Kata Rin pula.

"Kau juga pernah menyelamatkan aku dulu. Terima kasih!" Kata Kaito pula.

"Sekarang kau pula, Lyran!"

"Kisah aku dah ada dalam cerita Rin tadi." Kata Lyran.

"Tapi kisah semasa kau kecil?"

"Haish.. baiklah.."

"Ouh ya, daripada mana kau dapat nama Zedtsura?" Soal Kaito.

"Baiklah.. gelaran itu aku ambil daripada nama keluarga aku. Bukankah aku ada kata yang aku ini golongan hamba? Ibu aku merupakan hamba keluarga Zedtsura. Ayah dan ibu aku saling suka sama suka. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan keluarga yang lain. Bila perkara ini diketahui, ibu aku yang ketika itu baru sahaja melahirkan aku terpaksa serahkan aku kepada ayah aku. Ayah aku menghantar aku ke rumah keluarga Rin berserta nota."

"Kau ketika itu masih kecil, bagaimana kau tahu cerita ini?" Soal Rin.

"Aku pernah berjumpa dengan mereka, ibu bapa kandung aku.. ketika itu adik kau masih dalam kandungan, 8 bulan tak silap aku. Aku ada pakai rantai ini, rantai inilah yang membuatkan aku berjumpa kembali dengan keluarga kandung aku. Mereka menceritakan segala-galanya."

"Kenapa kau tidak tinggal bersama keluarga kandung kau?" Soal Mia.

"Mereka ada bawa aku pulang. Kau tak akan gembira untuk tahu apa yang aku lihat.. mereka seksa ibu aku di depan mata aku sendiri.. dan orang yang seksa ibu aku ialah ayah aku sendiri.."

"Rantai ini lambang keluarga Zedtsura. Sebaik sahaja mereka lihat aku mempunyai rantai ini, mereka membawa aku pulang. Dan mereka tahu aku ini anak kepada seorang hamba keluarga itu. Kau tahu tak, melihat ibu kandung kita diseksa di hadapan mata kita sendiri akan buat kita hilang kawalan. Ketika itulah kuasa aku muncul. Aku bunuh seluruh keluarga itu.. ibu aku ketika itu sudah tidak dapat diselamatkan.. dia mati di pangkuan aku.."

"Jadi sebab itu kau tak berani cakap tentang kuasa kau.."

"Ya.. aku larikan diri daripada rumah itu dan ayah kau berjaya jumpa aku.. aku trauma dengan kuasa aku.. tapi sekarang aku dah boleh terima kuasa ni.." kata Lyran lalu melihat tapak tangannya.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now