1️⃣4️⃣ Meet SH and Family Gathering

28 2 0
                                    

Tepat jam pukul 1 petang, Kaito orang yang pertama tiba di bilik mesyuarat kumpulan mereka. Dia mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu melihat apa-apa berita terkini yang tular di media sosial. Keningnya terangkat apabila terbaca berita tentang pembunuhan kumpulan mafia thé Drakon.

"Orang seperti mereka memang selayaknya mati... Nampaknya ada hikmah aku menyertai Pheonix Star, sekurang-kurangnya aku dapat membantu negara aku daripada penyangak seperti mereka." Monolog Kaito.

"Kau memang selalu datang awal ehh?" Soal Lyran lalu menapak masuk ke dalam bilik itu diikuti oleh Kaizo.

"Aku tak suka datang lambat melainkan aku ada hal yang perlu diuruskan." Jawab Kaito lalu tersengih.

"Tak hairanlah kau pernah dicalonkan menjadi pewaris sebelum ini." Kata Kaizo.

"Ya... Tapi disebabkan hasad dengki lah, aku berada di sini sekarang." Kata Kaito lalu mengeluh kecil. Pintu bilik itu dibuka daripada luar lalu muncullah tiga orang lagi ahli kumpulan itu.

"Maaf! Kami terlambat tadi, pergi ambil barang di rumah Mia dan Rin." Kata Raina.

"Ahhh! Barang aku! Aku terlupa!" Kata Lyran.

"Nanti ambil di rumah Rai-chan. Kami ada bawa sekali dan simpan di rumah dia."

"Baik. Terima kasih.."

"Baiklah semua orang dah berada di sini. Disebabkan oleh pencapaian kita semasa misi yang lepas amat memberangsangkan, ketua beri misi lain pula. Dan kita akan terima bantuan daripada kumpulan top 3 Pheonix Star iaitu Shadow Hunter." Kata Kaizo. Bunyi ketukan di pintu membuatkan mereka melihat ke arah tiga orang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu.

"Ehh lelaki yang pagi tadi.."

"Jadi inilah kumpulan baru itu. Silent Encounter, betul tak? Kumpulan di bawah bimbingan Kaizo Kiryuu." Kata Suwon lalu tersenyum.

"Jadi orang yang kita selamatkan pagi tadi ialah orang di bawah Pheonix Star juga?" Soal Lyran.

"Hehe kalau korang tak datang bantu aku, mungkin orang tu akan kena lagi teruk dengan aku." Kata Suwon.

"Jadi inilah muka-muka baharu Pheonix Star.. selamat berkenalan, aku Hong Joshua."

"Aku Hong Jisoo."

"Aku pula Lee Suwon."

"Hai senior semua, saya Mia Heirqal. Dalam misi, Silent Timer."

"Lyran Zedtsura as Silent Reaper."

"Hai, saya Raina Ryuuga. Saya sebagai Silent Healer."

"Woah gelaran misi dia sama macam gelaran aku di Hatred Witch.." monolog Suwon.

"Saya Adriana Katsuhara. Boleh panggil saya Rin. Gelaran, Silent Reader."

"Gelaran sama macam Dong wook hyung.." monolog Suwon.

"Aku Kaito Kryshan sebagai Silent Minder."

"Dan akhir sekali Kaizo Kiryuu sebagai Silent Killer." Kata Joshua.

"Seronok dapat berkerjasama dengan kamu semua, Silent Encounter." Kata Jisoo.

"Kenapa aku tak dapat baca fikiran mereka bertiga? Seolah-olah ada magis pelindung yang menghalang aku membaca fikiran mereka.." monolog Rin.

"Kumpulan top 3 Pheonix Star, Shadow Hunter. Tapi kenapa nama kumpulan korang, Shadow Hunter?" Soal Mia.

"Pemburu bayang.. haha kami sendiri tidak tahu nama apa yang patut kami letak sebagai nama kumpulan. Kami pilih Shadow Hunter kerana kami bertiga dihantui bayang masa silam kami." Jawab Jisoo.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now