1️⃣5️⃣ Brother?

25 1 0
                                    

Kaito terus keluar daripada Pheonix Star entertainment setelah menerima pemberitahuan daripada seseorang. Dia berjalan menuju ke sebuah pondok yang kelihatan usang di dalam hutan larangan. Hutan larangan itu menjadi pemisah antara istana kerajaan Varians dan kawasan penempatan penduduk. Hutan itu dikhabarkan mempunyai penjaga, sesiapa yang sesuka hati mencerobohi hutan larangan itu akan dihantui oleh sesuatu.

Kaito menganggap bahawa perkara itu ialah mitos kerana dia tidak pernah berjumpa dengan penjaga hutan itu. Hutan itu menjadi saksi pembesaran dia, di situlah dia bermain dan bersembunyi daripada tugasan putera. Pondok usang di tengah hutan itu ialah miliknya, dia yang bina pondok itu.

Dia termenung jauh memikirkan memori lamanya. Dia dulu mempunyai seorang rakan baik, pondok itu pula dibina oleh mereka berdua. Tak lama selepas itu, rakannya mula menghilangkan diri tanpa khabar. Nama rakannya itu ialah Kurou. Dia sendiri tidak tahu sama ada nama itu ialah nama sebenarnya atau nama samarannya. Mereka berkawan tanpa mengira darjat, Kaito tidak kisah tentang darjat keturunan dia. Yang penting orang itu ikhlas berkawan dengan dia kerana sikap dia dan bukannya kerana dia ialah putera raja.

"Tiba-tiba sahaja aku teringat Kurou. Apa khabar kau sekarang? Aku mahu luah segala apa yang aku rasa sekarang.. banyak yang berubah.."

"Kaito!" Dengan serta merta dia memalingkan wajahnya ke arah seseorang yang memanggil namanya.

"Kakanda Kaiko.. kenapa kakanda mahu berjumpa dengan aku?" Soal Kaito.

"Sebenarnya kakanda tak mahu kita berjumpa sebegini.. tapi kakanda terpaksa.. ayahanda sekarang sedang gering.. keadaan dia semakin teruk.." kata Kaiko dengan nada sayu. Mata Kaito terbuntang luas.

"Gering? Ayahanda sakit apa?"

"Tak tahu.. ada orang kata kamu penyebab ayahanda sakit. Tapi ada yang berkata sebaliknya."

"Takkanlah kuasa aku menyebabkan ayahanda gering... Mustahil.."

"Itu yang kakanda fikirkan. Ada dayang berkata yang ayahanda berjumpa dengan pemaisuri untuk santapan petang. Malam itu ayahanda tiba-tiba gering."

"Racun kah? Sebab itu sahaja yang bermain di fikiran aku."

"Kebarangkalian benar. Tapi kakanda tiada bukti.. tiada tabib yang mampu merawat penyakit ayahanda.." kata Kaiko dengan nada rendah.

"Apa yang harus kita lakukan sekarang? Kakanda dah buntu.. kakanda tidak mahu ayahanda mangkat.."

"Aku juga.. aku dah berjanji akan pulang selepas selesaikan masalah aku.. sekarang masalah lain muncul.. aku mencurigai niat pemaisuri.. boleh jadi yang dia racun ayahanda untuk memperoleh kuasa terhadap pemerintahan kerajaan Varians. Jika dia dapat kuasa itu, apa yang bakal terjadi kepada bonda dan kakanda? Aku tak mahu sesuatu yang buruk berlaku.."

"Kamu ada kenalan yang boleh merawat penyakit?"

"Ada! Tetapi bagaimanakah kamu mahu memecah masuk istana? Kawalan keselamatan di istana agak ketat.." kata Kaito dengan nada serius.

"Melainkan aku menggunakan kelebihan aku di dalam misi untuk pecah masuk istana.. tetapi risikonya tinggi kerana akan jejaskan syarikat majikan aku.." monolog Kaito.

"Mungkin waktu malam nanti.. kakanda akan bantu kamu.."

"Malam ini aku ada urusan lain.. biasanya urusan tamat pada pukul 3 pagi.. tapi aku akan cuba tanya dia."

"Baiklah kalau begitu.. kakanda akan hubungi kamu seperti biasa jam 8 malam ini untuk tanya tentang perkara ini."

"Baik.." Kaito melihat ke kiri dan kanan dia. Dia merasakan bahawa mereka sedang diperhatikan. Mereka mungkin mengekori langkah Kaiko ke tempat perjumpaan mereka. Nasib mereka baik kerana mereka bercakap dengan menggunakan nada yang perlahan dan hanya didengari oleh mereka berdua sahaja kerana bimbang akan menyebabkan kemunculan binatang buas ke tempat mereka berada.

"Kita diperhatikan.. kakanda percaya pada aku bukan?" Kaito menghantar telepati kepada abangnya.

"Well well.. apa yang tuan putera mahkota buat di hutan pada waktu begini? Dan siapa lelaki itu?" Soal salah seorang daripada pengintip itu. Dia tidak mengetahui identiti Kaito kerana dia mengenakan pakaian kegemaran dia iaitu hoodie berwarna hitam dan memakai topeng mulut berwarna hitam.

"Kakanda Kaiko? Siapa dia?" Soal Kairo sebaik sahaja tiba di tempat itu. Kaito bertindak mengeluarkan pisau dari dalam poket baju hoodie miliknya dan mengacukan pisau itu ke arah leher Kaiko dengan pantas. Kaiko terkejut dengan tindakan adiknya.

"Aku cuma datang untuk memberikan amaran kepada putera raja. Salahkah?" Kata Kaito dengan nada suara yang lain. Topeng mulutnya itu mampu mengubah suaranya.

"Amaran apa?!"

"Lepaskan kakanda Kaiko!!"

"Lepaskan? Haha apa kau fikir aku akan lepaskan peluang aku dengan begitu sahaja? Aku mahu beri satu amaran, hari itu akan tiba, kami akan lakukan pemberontakan terhadap kerajaan Varians. Mungkin kerajaan kau patut tukar pemerintah.." kata Kaito lalu tersenyum sinis dibalik topeng mulutnya. Itu bukan amaran yang sengaja direka-reka, tetapi itu satu fakta yang akan dia lakukan sebaik sahaja dia bersedia. Dia akan jatuhkan kerajaan itu dan gantikan dengan pemerintah yang lebih layak.

"Pegawai! Selamatkan putera Kaiko!"

Semua pegawai itu mula menuju ke arah Kaito dan Kaiko. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dia mula memikirkan cara untuk melarikan diri.

"Maafkan Kaito.."

Kaito bertindak mengelar leher Kaiko lalu mencampakkan dia ke arah pegawai. Kaiko segera mendapatkan abangnya itu lalu menekup luka pada leher abangnya itu untuk mengurangkan darah yang keluar. Kaiko menahan perit akibat dikelar itu, dia pasti yang Kaito tidak mahu berbuat begitu. Dia terpaksa demi melarikan diri dia daripada mereka semua.

Pegawai-pegawai itu mahir bertempur, ini menyebabkan Kaito tercedera semasa mengelakkan diri dia. Dahinya basah akibat peluh, dia tercungap-cungap akibat kepenatan. Dia melihat ke arah perutnya yang berjaya ditikam oleh salah seorang pegawai itu. Dia tidak boleh menggunakan kuasa dia kerana nanti identiti dia akan terdedah.

"Ergh... Kau.. melengahkan masa.. kau mahu abang kau mati kah?" Kata Kaito dengan nada serius.

Kairo mengenggam tangannya sekuat hati. Dia mengarahkan separuh daripada pegawai itu untuk membawa dia dan abangnya pulang ke istana untuk mendapatkan rawatan. Separuh lagi diarahkan untuk nenangkap dia hidup-hidup. Penglihatan Kaito semakin kabur akibat kekurangan darah. Dia hanya melihat kelibat kedua-dua abangnya berlalu pergi daripada tempat itu.

"Maafkan aku.. kakanda Kaiko.." Kaito jatuh melutut. Para pegawai itu menuju ke arahnya dengan pantas. Namun sekelip mata sahaja mereka ditewaskan oleh seseorang yang memakai baju serba berwarna putih. Dia tidak dapat melihat wajah figura itu dengan jelas kerana matanya semakin terpejam. Dia hanya mampu mendengar suaranya sahaja.

"Kaito bertahanlah! Abang akan selamatkan kamu! Tolonglah bertahan!"

"Abang? Tapi aku cuma ada dua orang abang.." monolog hati kecilnya.

"Putih? Shiro? Kurou kah?" Monolognya lagi. Sebelum segalanya menjadi sepi.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian serba putih sedang mengendong seseorang. Pakaian putihnya kini berwarna merah darah akibat terkena pada darah lelaki yang dikendongnya. Dia tidak menuju ke hospital kerana bimbang identitinya terdedah. Dia segera menghantar lelaki itu pulang kerumah untuk dirawat.

"Shiro... Kau perlu hidup! Kau perlu hidup untuk bantu aku dedahkan kebenaran!"

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now