1️⃣6️⃣ Need A Help

25 1 0
                                    

"Untuk misi kali ini, Kaito mungkin terpaksa undur diri dia." Kata Suwon.

Kini kumpulan Silent Encounter dan Shadow Hunter berada di rumah milik Raina. Raina segera pulang ke rumahnya setelah diberitahu tentang keadaan Kaito yang cedera parah. Raina kini berkumpul di ruang tamu rumahnya setelah selesai merawat luka Kaito.

"Macam mana dia boleh cedera parah?" Soal Raina.

"Ada orang cari gaduh rasanya. Bila aku tengok keadaan dia, aku terus bawa dia ke sini memandangkan kau mampu ubatkan dia. Kalau bawa ke hospital, nanti identiti dia terdedah." Kata Kaizo. Dia mengenakan pakaian berwarna ungu lengan pendek dan juga memakai topi berwarna hitam.

"Kumpulan mafia? Haish mereka memang suka cari pasal dengan orang yang nampak lemah." Kata Lyran.

"Itulah.. zaman sekarang ni yang kuat menindas yang lemah. Apa nak jadilah.." kata Rin pula.

"Jemput minum semua.." Mia menghidangkan teh hijau kepada tetamu di rumah mereka berserta dengan kek lapis sebagai santapan petang.

"Lyran, kau dah ambil barang kau?" Soal Raina.

"Dah.. tapi si Kaito tu, tidur sini ke nanti? Kalau dia masih lagi dalam keadaan macam tu, mungkin dia terpaksa tidur di sini." Kata Lyran pula.

"Kau tinggal dengan Kaito, teman dia di sini. Barang kau tu, biar aku bawa balik. Aku ada hal lain yang kena buat sebelum pergi misi malam ni." Kata Kaizo. Lyran menyerahkan beg galasnya kepada Kaizo. Suwon, Jisoo dan Joshua meminta diri untuk pulang ke rumah untuk merehatkan diri sebelum misi malam ini.

"Kaizo yang bawa Kaito ke sini?" Soal Raina.

"Ya. Aku ada sesuatu nak bagitahu korang.." kata Mia. Semua tertumpu kepadanya ketika ini.

"Apa dia?"

"Biasanya aku boleh lihat masa silam seseorang terutama untuk tahu apa yang terjadi kepada diorang sebelum ini. Tadi aku lihatlah apa yang jadi kepada Kaito sehingga dia cedera, malangnya aku tak dapat tahu punca dia cedera. Kaizo pun sama.." terang Mia.

"Hmm.. pelik... Aku rasa yang keturunan diraja macam Kaito ni ada pelindung sihir, tapi Kaizo? Aku tak pasti.." kata Rin.

"Ketua kita penuh dengan misteri.."

"Latar belakang dia juga tak diketahui.."

"Nampaknya misi kali ini, kumpulan kita tidak mencukupi." Kata Lyran.

"Setuju."

"Lyran, baik kau pergi tinjau keadaan Kaito sekarang. Kalau dia dah sedar, bagitahu kami." Arah Raina. Lyran membuat simbol ok menggunakan jarinya lalu menuju ke arah bilik Kaito berada.

...

"Di.. dimana aku.. berada..? Ni bukan.. bilik aku.. kenapa aku.. rasa lemah semacam..?"

Dia membuka matanya setelah lama tertidur. Dia hanya termenung melihat kipas di siling yang kini sedang berputar. Dia tidak mampu mengangkat tangannya kerana berasa terlalu penat. Dia sendiri buntu ketika itu, kenapa dia rasa sangat lemah? Kenapa dia berada di situ?

Persoalan itu terbiar tidak berjawab. Kepalanya tiba-tiba berdenyut, secara spontan tangannya menegang kepalanya. Suatu suara muncul di mindanya.

"Kaito bertahanlah! Abang akan selamatkan kamu! Tolonglah bertahan!"

"Shiro... Kau perlu hidup! Kau perlu hidup untuk bantu aku dedahkan kebenaran!"

"Dedahkan.. kebenaran? Shiro?"

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now