2️⃣0️⃣ The Lost Brother

21 1 0
                                    

Sejak berjumpa dengan Kurou, Kaito menjadi seorang yang ceria. Setiap hari, Misha melayan karenah anak bongsunya yang tidak jenuh menceritakan perkara yang dibuatnya bersama Kurou. Misha berasa senang hati melihat Kaito yang ceria seperti itu.

"Abang Kaiko! Abang buat apa di sini?" Soal Kaito sebaik sahaja ternampak kelibat abang sulungnya itu.

"Bonda menyuruh kakanda menjaga kamu. Risau terjadi sesuatu yang buruk kepada kamu." Kata Kaiko dengan menggunakan bahasa istana. Kaito masih lagi tidak reti menggunakan bahasa istana seperti abang-abangnya, jadi dia hanya menggunakan bahasa biasa.

"Oohh... Ehh Kurou! Sini!"

"Hai Shiro! Ehh siapa awak?" Soal Kurou sebaik sahaja bersua muka dengan Kaiko.

"Beta putera sulung kerajaan Varians, panggil sahaja Kaiko."

"Ooh! Saya Kurou. Jadi awak ni abang Kaito.."

"Ya!"

"Abang Kaiko! Kurou! Sini!" Mereka melihat ke arah Kaito yang kini wajahnya comot dengan sisa tanah. Ditangannya terdapat kotak kayu kecil.

"Kaito! Bukankah bonda telah melarang kamu bermain dengan tanah?" Marah Kaiko.

"Kai nak ambil barang dalam tanah je!"

"Apa yang ada dalam kotak itu?" Soal Kurou.

"Dalam ni ada tiga utas rantai permata! Satu warna oren, satu warna kuning dan satu lagi warna ungu!" Kata Kaito lalu mengeluarkan rantai itu.

"Ini bukankah rantai yang kakanda beri kepada kamu? Rasanya kakanda bagi satu sahaja, mana datangnya lagi dua?" Soal Kaiko.

"Kai minta bonda buatkan lagi dua! Kai suka ketiga-tiga warna tu! Macam warna bendera negara kita!" Kata Kaito.

"Biasanya awak tak bagi saya tengok rantai ni, kenapa hari ni awak tunjuk?" Soal Kurou. Dia selalu perhatikan apa yang Kaito buat dari jauh kerana Kaito tak mahu sesiapa tahu tentang rantai itu.

"Sebab korang kan abang Kai! Jadi Kai nak beri rantai ni sebagai hadiah sebab selalu ada di sisi Kai!" Kata Kaito dengan nada riang.

"Abang?"

"Jadi kamu dah tahu..." Kata Kaiko dengan nada rendah. Kaito memandangnya dengan pandangan tertanya-tanya.

"Awak dah tahu pasal saya?" Soal Kurou kepada Kaiko. Kaiko hanya mengangguk kepalanya.

"Bonda yang beritahu. Dia kata saya bukan putera sulung yang sebenarnya. Ada lagi seorang yang lahir setahun lebih awal daripada saya namun kelahiran dia terpaksa dirahsiakan.." kata Kaiko dengan nada rendah. Dia tidak mahu orang lain mendengar apa yang dikatakan olehnya.

"Kaito, awak pun dah tahu?" Soal Kurou.

"Dah, hari pertama saya jumpa awak. Saya dengar apa yang bonda cakap." Jawab Kaito dengan nada rendah.

"Kamu putera sulung yang sebenarnya, Kaizo Kryshan.." kata Kaiko lalu tersenyum manis. Kurou kehilangan kata-katanya, dia tidak menyangka bahawa adik kandungnya telah mengetahui identiti dia yang sebenarnya.

"Jadi sebab itulah.." Kaito memberikan seutas rantai berwarna ungu kepada Kaizo dan seutas rantai berwarna oren kepada Kaiko.

"Ini tanda persahabatan kita! Jangan hilangkan tau! Nanti Kaito akan hantui hidup korang!" Kata Kaito lalu memakai rantai leher berwarna kuning. Kaizo dan Kaiko saling berpandangan lalu tersenyum manis.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now