2️⃣2️⃣ The True Heir

22 1 0
                                    

Raina menatap ruang putih yang mengelilinginya ketika itu. Seingatnya kali terakhir dia berada di biliknya sambil termenung memikirkan sesuatu. Kali ini, sebaik sahaja dia membuka matanya, dia berada di satu ruangan putih.

"Kali kedua aku berada di sini.."

"Kenapa aku berada di ruangan ini sekali lagi?"

"Orang itu mahu berhubung dengan aku kah?"

"Benarkah?"

...

"Lambatnya tetamu korang berdua..." Kata seorang lelaki berkerudung berwarna ungu gelap.

"Kau ingat dia senang nak datang ke tempat ni?" Jawab seorang lelaki berhoodie hitam.

"Orang penting?" Soal lelaki berkerudung biru tua.

"Kalau dia tak penting, kitorang tak akan susahkan dia untuk datang ke sini." Kata seorang lelaki berhoodie putih.

"Korang berdua dah macam taik cicak aku tengok." Kata seorang lelaki berkerudung merah darah.

"Taik cicak dia kata.." - hoodie hitam

"Kurang ajar sungguh.." - hoodie putih

"Maaf beta terlambat.." kata seseorang yang berhoodie kelabu. Nice, putih campur hitam dapat kelabu.

"Beta? Putera?!" Mereka bertiga terkejut apabila mengetahui bahawa orang yang mereka tunggu merupakan seorang putera raja.

"Tak mengapa, kakanda Kaiko. Kami faham." Kata lelaki berhoodie hitam tak lain tak bukan ialah Kaito Kryshan.

"Bukan senang kau nak keluar daripada istana. Lainlah kami berdua ni."

"Abang Kaizo?! Betul kah ni abang?"

"Ya, aku Kaizo. Lama kita tak berjumpa, Kaiko." Kata Kaizo lalu tersengih. Kaito hanya menjeling ke arah Kaizo. Lama apa nya, hari tu dia yang turut serta dalam misi pecah masuk istana.

"Nampaknya kita bertiga berjaya disatukan semula. Bonda dan ayahanda pasti gembira apabila mengetahui hal ini." Kata Kaiko.

"Itu semestinya! Tapi sebelum itu, kami memerlukan bantuan abang untuk selesaikan satu misi." Kata Kaito.

"Misi apa?"

"Undercover mission."

...

"Keturunan terakhir Keisha, akhirnya kita berjumpa kembali."

Raina memaparkan reaksi keliru. Keisha? Apa pula Keisha? Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk memastikan hanya dia sahaja berada di situ.

"Dia tujukan kepada aku kah?"

"Raina Keisha, dah lama kami mencari kau."

"Keisha? Tapi nama aku Raina Ryuuga. Kau mungkin tersalah orang."

"Tidak. Kau lah yang kami cari, keturunan terakhir Keisha, keturunan yang berkait rapat dengan keturunan Kristalite. Keturunan herbanize, keturunan penyembuh."

Raina mula keliru dengan kata-katanya. Keisha? Kristalite? Penyembuh?

"Aku tak faham.."

"Memori kamu dikunci rapat oleh seseorang. Aku akan bawa kau berjumpa dengan keturunan Kiryuu, keturunan yang dapat membuka kunci sumpahan memori yang dikenakan ke atas kau."

Suara itu mula menghilang. Raina seolah-olah mengetahui sesuatu tentang keluarga Kiryuu. Dia seperti pernah dengar nama keluarga itu.

"Bukankah ketua dalam keluarga Kiryuu?"

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now