2️⃣3️⃣ Visitors

23 1 0
                                    

"Raina mana?" Soal Kaito sebaik sahaja melihat kelibat Mia turun ke ruang tamu.

"Bersiap. Dia baru bangun tidur." Jawab Mia.

"Macam penting sahaja perjumpaan kali ini? Kita dapat misi lagi kah?" Soal Lyran.

"Ya, kita ada misi tapi kali ini misi sedikit berbeza." Kata Kaizo.

"Misi untuk bantu aku balas dendam?" Kata Raina sebaik sahaja dia turun ke bawah. Dia mengenakan hoodie berwarna biru laut untuk menutup tatu di dahinya.

"Balas dendam? Kau nak balas dendam terhadap layanan keluarga kau kah?" Soal Rin.

"Bukan terhadap mereka. Tapi orang lain." Kata Raina.

"Baiklah semua dah berada di sini. Pertama, aku aku buka kes tentang penaklukan TOEW, The One Eye of Werewolf di negara Varians." Kata Suwon lalu meletakkan beberapa helaian kertas tentang penaklukan itu.

"Umur kami 6 tahun ketika itu, aku kehilangan datuk aku disebabkan penaklukan itu. Ayah aku hilang pekerjaan utama dia disebabkan penaklukan itu." Kata Rin.

"Aku tak ingat apa-apa pasal penaklukan itu.." kata Lyran pula.

"Aku dikurung di istana demi keselamatan. Tak seronok pun.." kata Kaito pula.

"Dunia asal kami bertiga juga ditakluk oleh TOEW." Kata Joshua pula.

"Kamu bertiga datang daripada Human World?!" Soal Mia, Rin dan Lyran secara serentak.

"Err ya.."

"Jadi boneka kegelapan yang menyerang dunia kamu?" Soal Raina.

"Tidak, manusia sendiri yang menyerang. Manusia yang jatuh ke lurah kegelapan.." kata Suwon dengan nada rendah.

"Manusia berbunuhan sesama sendiri? Kenapa?" Soal Lyran.

"Mereka jatuh ke lurah kegelapan. Itu yang terjadi apabila mereka mula gila kuasa, ingin menakluki dunia." Kata Mia.

"Mungkin kamu semua akan terkejut apabila tahu tentang kami, kami bertiga antara yang jatuh ke lurah kegelapan." Kata Jisoo.

"Kamu?!"

"Aku pernah cakap bukan, kami dihantui masa silam kami. Kami dididik untuk membunuh sejak kecil oleh penjaga kami. Well kanak-kanak hanya akan ikut acuan yang penjaga mereka terapkan. Ayah angkat kami ialah ketua kumpulan itu, dia mengajar kami membunuh." Kata Suwon, membuka kisah silam mereka.

"Kami menjadi punca ibu bapa kami mati. Kami bunuh mereka, kalau kami tak buat begitu... Ayah akan hukum kami.." kata Joshua pula lalu tersenyum pahit.

"Kami bertiga manusia sumpahan. Manusia yang jatuh ke lembah kegelapan. Human who fall into the darkness.." kata Suwon pula.

"Kenapa kau cerita perkara ini kepada kami?" Soal Rin.

"Kerana penyebab penaklukan TOEW di dunia ini masih lagi hidup. Kami mahu bantuan kamu untuk kalahkan dia.. dalang di dunia manusia telah kami kalahkan hasil bantuan pelindung di sana." Kata Jisoo.

"Masih hidup?! Bagus, aku mahu balas dendam juga! Dia menjadi penyebab kematian ayah aku! Dan dia akan terima balasan dia!" Kata Mia dengan nada marah.

"Tapi kamu kenal siapa dia?" Soal Raina.

"Kaizo mungkin lebih kenal dia." Kata Joshua.

"Kaizo?!"

"Kau memang mahu rahsia aku terdedah... Tak guna punya manusia..." Monolog Kaizo sambil menjeling tajam ke arah Joshua.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now