Part 13 : Salah Jalan

1.2K 101 0
                                    

"Maafkan aku."ucap Dylan.

Sera yang dengar berkedip tak percaya.

Dylan anjak ke Sera lalu tarik Sera dalam pelukan dan benamkan wajahnya ke ceruk leher Sera.

Tidak bergerak mahupun balas pelukan itu, Sera pandang ke depan dengan muka terkejutnya.

Macam tu je?

"Aku tahu aku salah. Tapi aku fikir kau dah tak perlukan aku lagi. Sebab tu aku pergi."luah Dylan.

Sera tolak Dylan jauh dari dia.

Dengan kening berkerut Dylan lepaskan pelukan itu lalu pandang ke Sera seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu.

Senang betul jadi Dylan ni kan. Ingat perkataan maaf tu simple macam tu je? Memang lafazkannya mudah. Tapi nak lakukannya tu susah!"Kau dimaafkan."balas Sera. "Tapi semua tu takkan bawa apa-apa perbezaan."

"Sampai bila kau nak tolak aku macam ni Sera?"Dylan cuba pegang tangan Sera, tapi ditarik Sera menjauh dari sentuhannya.

Mata Sera tak berkedip pandang ke Dylan. Siapa suruh pergi tinggalkan dia. Padan la muka situ. Kalau suka buat la cara suka.
Hari tu hati dia dah terbuka untuk Dylan, tup-tup si tenuk depannya ini pergi meninggalkan dia begitu saja. Jadi tertutup semula pintu hati dia untuk suka pada Dylan.

"Aku tak pernah tolak kau...kau yang buat aku tolak perasaan kau dari aku."bisik Sera dengan benci depan muka Dylan.

"Apa maksud kau?"Dylan angkat tangan mahu menyentuh pipi Sera, tapi Sera palingkan kepala dan tepis tangan Dylan ke tepi.

"Aku nak balik. Hantar aku balik."mintanya semasa pandang ke lantai.

Lama Dylan tenung wajah Sera dengan kening berkerutnya. "Sera.."

Terus Sera pandang Dylan dengan renungan marahnya."Listen...Just stop this okay. Stop liking me. Stop pushing me to the edge. It useless. I already have someone."

"What?"tanya Dylan dengan terkejut.

Sera yang sebut pun terkejut sendiri. Really?Dia dah ada someone? Haih..mulut ni, kenapa la cakap main lepas je! Kan tak pasal-pasal."You..heard me." ujarnya teragak-agak nak ulang semula.

"Kau tipu."geleng Dylan tak percaya. Tak mungkin Sera bersama dengan lelaki lain.

"Terpulang la kau nak percaya ke tak."Ihh..better dia keluar sebelum hal jadi serius.  Someone else? Bercinta dengan mana-mana lelaki pun tidak, ini kan lagi mempunyai orang lain selain Dylan? Kelakar! Berasa malu dengan kata-katanya sendiri, Sera bangun dari katil tu dan gerak hendak keluar dari bilik tu.

Tidak berpuas hati dengan apa yang di dengar, Dylan kejar Sera. Bila pintu bilik tu terbuja, dia tutup semula pintu tepat depan muka Sera. Lalu paksa Sera menghadap dia semula.

"Beritahu aku Sera...siapa lelaki tu? Caleb?Adik saudara Savannah yang pernah confess dekat kau tu?Ke trainer dekat tempat latihan kau si Kaito tu?"soalnya.

Sera yang dengar membutang mata kerana terkejut. Dari mana Dylan tahu mengenai Kaito?Kalau Caleb tu tak hairan la sebab Dylan mungkin tahu sewaktu pertembungan mereka di depan apartment pagi tadi.

"Dari mana kau tahu?"tanya Sera.

Dylan pukul pintu dekat belakang kepala Sera dengan kuat lalu bongkok dekatkan muka ke Sera. "Aku tahu semuanya Sera. Semuanya dari dua tahun lepas sampai la sekarang ni. Yes maybe aku tak ada...tak bermakna aku biarkan kau tanpa pengawasan macam tu je."bisiknya di depan muka tu.

Sera tersandar ke pintu tu lepas dengar. Dia pandang tak percaya dengan kenyataan yang di dengarnya sebentar tadi. Apa maksudnya? Dylan spying dia? Lelaki ni pantau diri dia tanpa pengetahuan dia sendiri selama ni?! What the hell!

"Gila. Aku rasa kau patut jumpa doktor psikologi...spy orang macam pervert. Kau ingat kau siapa boleh ceroboh privasi aku macam tu je!Hah!"marahnya di depan muka Dylan.

Dylan dekatkan mukanya ke muka Sera hingga hidung mereka hampir bersentuhan lantas berkata. "Itu bukannya gila, sayang. Itu ambil berat namanya. Aku pergi dua tahun je, tapi kau still buat masalah sepanjang masa aku tak ada. Siapa tak risau. Kalau bukan kerana perangai keras kepala kau tu, semua ni tak jadi hal..."

What!Keras kepala? Suka hati! "Kau dengan mulut kau, dulu ke sekarang sama je. Menyakitkan hati! Sikit pun tak menyenangkan aku!Asal kau tak stay je dekat sana tak payah balik ke sini langsung. Buat stress hidup je tau tak!"Sera tolak dada Dylan ke belakang dengan kuat.

Dan bila Dylan terundur ke belakang, Sera tarik pintu bilik dibekakangnya dengan kuat lalu keluar dari situ dengan langkah luas. Sambil berjalan laju tu, Sera menyumpah seranah dalam hati akan Dylan. Geram betul!

Dylan dekat belakang hanya ekori  Sera dengan bersahaja. Sikit pun tak terkejar-kejar, malah siap letak tangan dalam poket seluar lagi tu. Mana tidaknya, Sera yang tak sedar sedang berjalan ke arah yang salah itu hanya menonong ke arah koridor yang menghala ke lebih dalam ruangan agam.

"Sera..."panggil Dylan dengan bersahaja di belakang.

Sera yang dengar tidak hiraukan panggilan itu. Dia hanya jalan berarak merentasi koridor tersebut tanpa berhenti. Nak apa lagi si tenuk tu. Panggil-panggil!

Sera jalan hentak kaki yang berkaki ayam tidak berkasut tanpa sedarnya.

"Serafina Katniss!"panggil Dylan lagi di bekakang.

Grrr!

"WHAT!"tengking Sera sewaktu berpaling dan berhenti dari berjalan.

"Nak ke mana tu?"tanya Dylan yang turut berhenti dari berjalan.

Ditanya lagi. "Nak balik la. Nak ke mana lagi!"

"Are you sure?"Dylan tersengih. "Sebab kau pergi ke arah yang salah tu."

Sera tersentak, dia pandang ke belakang lalu ke Dylan dengan terkejut. "Huh?"nganganya selepas itu.

"You going to the wrong way honey...and you not wearing any shoes right now.."juih Dylan ke bawah kaki Sera.

Dumbfounded dengan keadaan tersebut, Sera tunduk ke bawah untuk pandang kakinya. Sekali bila dia angkat, jelas-jelas dia nampak jari kakinya yang terdedah itu.

Eh?!

"Sini..ikut aku. Aku hantar kau balik."ajak Dylan dengan ramah.

Sera cebik bibir memprotes tapi kakinya di atur jugak ke Dylan. "Handbag mana?"tanya dia sewaktu mendekat.

"Ada dalam kereta..."Dylan perhatikan Sera dengan senyuman meleret di bibir. Comel je Sera ni. Tapi itu la...keras kepala Sera ni memang tak boleh bawak bincang langsung!

"Hish...menyusahkan je la kau ni...rumah besar sangat siapa suruh..nak jalan pun payah jumpa jalan keluarnya."bebel Sera sewaktu jalan melintasi Dylan.

Dylan hanya diam perhatikan Sera membebel. Lagi dia suka adalah. Yalah, lama dah dia tak dengar suara Sera ni.

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now