Part 58 : The End.

2.1K 160 43
                                    

Buku saiz a4 berkulit hitam itu kemudiannya di tutup dengan perlahan sebelum dia pandang ke depan dimana tiga pasang mata sedang memandang dia.

"The End."

"Itu je?"

"Alah mama...takkan la habis macam tu je?"

"Entah...habis tu Sera dengan Dylan bersama tak?"

Dia yang dengar soalan itu tunduk memandang diari yang dipegangnya lalu diusap lembut nama yang tertulis pada permukaan itu.

Tiana Jasmine.

Ya.

Empunya diari ni.

Empunya cerita ni.

"Kamu rasa mereka bersama tak?"soal dia pula pada tiga orang puterinya yang bersila di atas katil menghadapnya.

"Mesti dia orang tak bersamakan?"rajuk anak pertamanya, Savannah.

"Ihh. Tak suka la dengan Annatalia tu. Sibuk je dia."cebik anak perempuan keduanya pula, Diana.

Lalu dia pandang ke puteri bongsunya yang sejak tadi mendiamkan diri sepanjang waktu dia ceritakan kisah ini pada mereka.

"Sera...kamu tak ada soalan ke?"

Dengan muka bersedih puteri bongsunya itu tenung dia tercebik-cebik mahu menangis. "Nama watak cerita ni sama macam Sera...jadi Sera sedih bila dengar."

Sambil tersenyum, dia usap kepala itu dengan kasih. "It okay honey...you can feel sad.." ujarnya.

"Jadi mama...mereka bersama ke?"soal Savannah lagi. "Im gonna not fallin in love if they not getting back together."

Tiga wajah depannya di pandang dengan senyuman lebar di bibir. Pejam celik 12 tahun berlalu begitu saja. Dan ingatannya masih segar mengingatkan semua yang terjadi. Seakan semuanya baru semalam saja dia menangis seperti anak kecil.

"Ya...mereka berdua bersama. Annatalia tak jadi kahwin dengan Dylan. Dia tertangkap bila seorang lelaki mengaku telah hamilkan Annatalia. Untuk tutup malu mereka, keluarga Annatalia gunakan nama Noah sebagai ugutan supaya Dylan berkahwin dengan anak mereka." sambung dia.

"Jadi Dylan bersama semula dengan Sera la?"tanya Diana dengan teruja sambil pegang lengannya.

Dia tunduk memandang wajah bulat berpipi tembam dengan minat.

"Not that easy sayang...Sera bawa dirinya ke seluruh tempat untuk ubat hatinya. Bertahun Dylan cuba cari dia, dan kerana jodoh itu tak ke mana, mereka akhirnya bertemu semula selepas 3 tahun  terpisah."cerita dia dengan hati yang berbunga gembira.

"Lepas tu...lepas tu apa yang berlaku?"soal Sera dengan teruja.

Dia baru saja hendak buka mulut sewaktu pintu bilik tidur terbuka. Seorang lelaki bersama bayi terlentok di bahu berdiri di situ.

"Ladies...lewat dah ni..kamu semua kena ke sekolah esok pagi.."

Mereka yang terkejut di situ mula melepaskan keluhan masing-masing.

"Alah...papa ni. Kacau la. Kita orang tengah seronok dengar cerita mama ni.."sungut Savannah.

"Yalah...Mama baru sampai ke kemuncak cerita.."sungut Diana.

"Esok...sambung esok..sekarang tidur."arah suara tu dengan perlahan namun tegas.

Dia yang dengar tersenyum senang. "Dengar la kata papa kamu tu. Mama janji esok mama sambung ceritanya semula." dia gerak mengucup dahi setiap seorang di situ lalu bangun dari katil.

"Mama janji ya.."minta Sera sambil pegang hujung jarinya.

"Yes honey. I promise. Now go to sleep." angguknya.

Tanpa berkata apa-apa lagi, anak-anaknya pun gerak ke katil masing-masing dan baring selesakan diri di situ sambil diperhatikan olehnya.

"Good night sayang."ucapnya sebelum tutup pintu bilik itu dengan perlahan.

Sebaik dia berpaling menghadap suaminya, dia disapa dengan muka blur yang dibuat dengan suaminya.

"Seriously?Awak ceritakan mereka tentang kita Tiana?"soal Toby dengan suara berbisik sambil tepuk belakang puteranya, Dylan.

Diarinya itu disuakan ke Toby sambil tu. "Apa salahnya...lagipun bukannya saya guna nama sebenar...saya samarkannya dengan nama anak-anak kita."sengihnya semasa hulur tangan mahu mengambil anaknya.

Sambil gerak menghulurkan Dylan ke isterinya, Toby berbisik lagi. "Gosh...malu la."

Tiana ketawa sewaktu letakkan anaknya ke bahunya lalu di tepuk dengan perlahan. "Apa yang nak di malukan. Nanti bila anak-anak dah besar awak pulak beritahu mereka cerita yang saya selalu ceritakan dekat mereka ni adalah mengenai kita berdua."

Toby garu belakang lehernya. "Banyak cerita memalukan saya dekat situ. Mahunya mereka ketawakan saya."

"Hahaha...kenapa malu?Malu kalau mereka dapat tahu yang dulu menangis depan saya siap merayu ajak kahwin lari tu adalah ayah mereka sendiri?"selorohnya semasa gerak hendak ke bilik baby Dylan.

Toby pandang diari di tangannya lalu ikut jalan seiring dengan isterinya disisi lalu bantuk buka pintu bilik tidur Dylan.

"Itu saya tak malu okay..."bidas dia sambil tu.

Tiana perlahan-lahan meletakkan Dylan dalam crib baby lalu diselimutkan badan kecil itu dengan duvet purple kegemarannya.

Setelah itu dia berdiri tegak dan pandang ke suaminya dengan renungan penuh kasih dan berterima kasih.

Siapa sangka selepas hadapi pelbagai dugaan dan ujian, mereka berdua berjaya disatukan dan dikurniakan empat putera dan puteri yang begitu bernilai buat dirinya.

Sampai ke akhir nafasnya, akan dia pertahankan keluarganya ini tak kira apa sekalipun yang berlaku.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"tanya Toby bila perasan Tiana pandang dia lama-lama sambil tersenyum.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma terfikir, kalau la lelaki yang hamilkan Annatalia tu tak munculkan diri dan hentikan wedding tu, awak nak ke cari saya?" soalnya sambil lentokkan kepala.

"Of course...saya dah niat dah malam tu..lepas wedding saya nak lari dan cari awak. Tapi lain pulak yang jadi."jawab Toby dengan bersungguh.

Terus Tiana rangkul lengan Toby dan berjalan keluar dari bilik itu bersama. "Dah tu macam mana awak boleh jumpa saya masa dekat Jepun dulu? Setahu saya, saya tak pernah beritahu  sesiapa pun saya ke mana?"

Toby pegang tangan Tiana sewaktu mereka gerak melintasi dinding yang dipenuhi bingkai gambar lama sewaktu mereka di akademi dan semasa kahwin dan dapat anak-anak sebelum.ni.

"Kaito beritahu saya masa dia kebetulan bertembung dengan awak dekat Jepun..terus saya ke situ. Dengan bantuan kembar awak, Tiara, itu yang saya dapat tahu awak tinggal di mana setelah itu."cerita Toby.

Tiana menggeleng kepala tak percaya bila mengenangkan kembarnya. "Haih..saya dah agak. Tiara tu memang tak boleh nak tutup mulut dia."

"Apapun saya syukur sebab kita bersama." Toby pandang Tiana dengan senyuman lebar di bibir. "Terima kasih Tiana. Sudi terima saya dalam hidup awak."

Tiana sandarkan kepalanya ke tepi bahu itu sewaktu tiba di depan pintu bilik tidur merek. "Sama jugak dengan saya. Kalau awak tak muncul dalam hidup saya, maka tiada la cerita tentang kita."

~TAMAT~

16.Tentang KitaWhere stories live. Discover now