On Rainy Days [01]

71 8 0
                                    

"Wah! sejuknya!"

Suara dentuman guntur kedengaran, awan yang tadinya kian gelap mula mengalirkan hujan ke muka bumi, angin yang tadinya bertiup sepoi-sepoi bahasa kini bertukar semakin kencang. Agaknya sebentar lagi Korea Selatan akan di landa ribut.

Aku yang tadinya berdiri di hadapan perhentian bas kini berakhir di kedai runcit berdekatan dengan sekolah. Sejuk! Mamat cashier ni langsung tidak mematikan pendingin hawa malahan sibuk melayan telefon pintarnya.

"Yaish! Mana dia ni?" Bibirku aku juihkan selepas menghantar pesanan kepada kembaran ku. Namun hanya terdapat satu tick. Aku mula berfikir sama ada menunggunya atau meninggalkannya. Kalau aku tunggu dia, entah esok lusa aku masih hidup ke tidak, tubuh aku ni mulai beku dah dengan hujannya, pendingin hawanya, seragam sekolah yang tipisnya. Huh! Tapi... Kalau aku tinggalkan dia, aku takut pula! macam mana kalau aku terserempak dengan orang jahat, dia rompak aku tak apalah, macam mana kalau dia culik aku, bunuh aku atau rogol aku. Wuish bahaya! Tak apalah, aku tunggu sajalah mamat ni sampai habis latihan.

___________

Jam mula menunjukkan pukul 6 petang, sudah 3 jam aku menunggunya, ramen dan samgak kimbap juga sudah habis aku jamah. Aku melihat di sebalik tingkap, hujan juga semakin reda namun kelibat Sunghoon tidak kelihatan. Langit kian gelap kenapa dia masih tidak menunjukkan dirinya. Aku takut kalau dia pulang duluan tanpa memberitahu ku.

"Cik!"

"Cik"

Lamunan ku terhenti lantas melihat ke arah suara itu. Ya! Pemilik suara itu ialah mamat cashier.

"Minta maaf cik! Saya terpaksa tutup kedai ni lebih awal" Ujarnya kelihatan serba salah telah mengusir ku keluar.

"Eh tak apa, minta maaf ya" kata ku bersamaan tunduk hormat, melihatnya menunjukkan raut wajah seperti itu membuatkan aku segera mengatur langkah keluar dari kedai.

Di hadapan kedai itu, aku masih setia menunggu Sunghoon, kaki ku mulai lenguh sehinggakan aku membuat keputusan untuk mencangkung. Biasanya dia tidak lewat seperti ini, mungkin disebabkan sebentar lagi dia akan mengikuti sukan olimpik bagi acara figure skating dan dia berlatih dengan giatnya sampai lupa yang hari sudah gelap. Kembar aku ni popular okay dalam sekolah! Dah lah aktif sukan, handsome pula tu, cuma tulah dia ni bodoh! Huh! Dah lah bodoh, malas lagi nak belajar, tidur dalam kelas saja kerja dia. Tapi cikgu tak marah, siap larang kitorang sekelas bising. Dah dia yang harumkan nama sekolah, nama negara, memang dapatlah jadi anak kesayangan.

Sekali lagi aku tilik jam pada tangan ku. Pukul 7? Cepatnya masa berlalu, mamat Sunghoon ni masih lagi tidak memunculkan dirinya. Hujan yang dari tadi reda masih tidak kunjung henti.

____________

Sambil mencangkung dan berpeluk tubuh dia mencuba untuk memegang air hujan itu. Tiba-tiba hujan berhenti membasahi tangannya, dia mendongak memandang gerangan yang memayunginya.

"Kau?" Ujarnya kemudian berhenti sejenak.

_________

[TBC]

On Rainy Days by BEAST 🌧🎵🎶

[OG] My Precious One - 나의 소중한 사람 👼 [Jang Wonyoung]Where stories live. Discover now