Downpour [02]

77 6 5
                                    

"Kau?" Ujarnya kemudian berhenti sejenak.

"Kau cashier tadi tu kan?" Sekali lagi gadis itu membuka kata setelah mengingati wajahnya. Dia dengan canggungnya mengangguk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ini, ermm payung. Saya fikir kamu pasti menunggu di hadapan kedai, nampaknya tekaan saya betul" Payung dihulurkan di tambah dengan penerangan.

"Kamsahamnida, esok saya pulangkan balik ya"

Anggukan dibalas lantas beredar.

"Park Sooyoung!!"

Tap!

Tap!

Tap!

Suara memanggil kedengaran, langkahnya semakin laju menghampiri ku. Park Sunghoon. Ya! Kembar aku Park Sunghoon akhirnya memunculkan diri. Badannya basah kuyup ditambah dengan peluhnya yang baru selesai berlari mulai kelihatan. Keadaannya yang tercungap-cungap membuatkan aku meleraikan pemikiran ku untuk memarahinya.

"Mian!" Dia membelai lembut rambut ku.

"Kajja" Tanpa menjawab sepatah kata itu, aku membuka kata lain untuk menghilangkan kemarahan ku.

______________

[HOME]

Usai Sooyoung mengeringkan rambut, dia melabuhkan punggung di sofa. Stoking? Baju bersepah? Helaan nafas keluar.

"Yah! Park Sunghoon!" Jeritan singa betina itu kedengaran. Sunghoon sudah mengunci biliknya lantas menyumbat telingannya dengan earphone. Diketuk kuat pintu bilik itu namun tiada sahutan sehingga gadis itu menendang kasar pintu itu. Namun dia berputus asa sehinggalah dia membuat keputusan untuk membersihkannya sebelum ibu dan ayahnya pulang.

Selang berapa minit, ibu Sunghoon dan Sooyoung kelihatan. Dua beradik itu menghampirinya lalu memeluk tubuh ibunya. Pelukan kemudian dibalas.

"Appa kamu mana?" Soalan ibunya dibalas dengan bahu diangkat menandakan tidak tahu. Ibunya meleraikan soalan itu lalu mempelawa anaknya untuk menjamah sementara dia mandi.

Setelah berapa minit kemudian, Encik Lee (Ayah tiri mereka) melangkah masuk. Baru sahaja lelaki itu meletakkan kasut pada rak, dua beradik itu sudah berdiri dan masuk ke bilik masing-masing. Encik Lee terdiam membuka lalu diletak sahaja ais krim yang dibawahnya tadi di atas meja.

Setelah mendengar bunyi pintu dihempas, Puan Park segera melihat keadaan di ruang tamu namun hanya sosok tubuh Encik Lee kelihatan sementara kedua anaknya sudah menghilang. Encik Lee dihampiri lantas di usap belakang badannya.

"Gwaenchana! Mereka masih belum boleh terima awak sebagai ayah mereka"

Senyuman hanya di balas lalu mengusap kembali kepala Puan Park.

Encik Lee dan Puan Park baru sahaja menikah 6 bulan yang lalu. Pernikahan ini tidak mendapat persetujuan dari mereka kerana beranggapan lelaki itu tidak mampu menjaga ibunya dan mungkin akan berkelakuan seperti ayah kandungnya. Mengetahui ayah kandungnya itu curang dan berkahwin dengan wanita yang kini menjadi isterinya membuatkan mereka membenci lelaki yang menyukai ibunya.

_______________

[SERIM HIGHSCHOOL]

Suasana riuh-rendah di setiap perkarangan menarik perhatian Sooyoung. Dia berlari mendapatkan sahabatnya Tzuyu.


"Kenapa dengan semua orang ni?" Dia menyoal, matanya melilau ke kiri ke kanan melihat gadis- gadis itu menjerit seperti histeria.

"Team basket ball dah balik!"

"Serius lah! Cha Eunwoo dah balik?" Dia menyoal mendapatkan kepastian. Tzuyu mengangguk menampakkan senyuman petaknya.

"Park Sooyoung!" Suara yang tidak asing memasuki gegendang telinga mereka berdua. Dia menoleh kebelakangan.

"Rowoon oppa!" Dia berlari lantas menepuk bahu lelaki itu. Namun matanya teralih ke belakang lelaki itu.

CHA EUN WOO?

DIA SEDANG MENATAP AKU!!!

____________

[TBC]

Downpour ~ IOI

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] My Precious One - 나의 소중한 사람 👼 [Jang Wonyoung]Where stories live. Discover now