Isteriku, Kakak Kawasan 2 (16)

174 6 2
                                    

BAB 16

Rita dah pandang Thia.
Thia dah pandang Sherry.

Sherry pulak, dah mengangkat kening sebagai isyarat, 'Apa dia?'

Ema yang berada di sisi ketuanya hanya mampu berdiam diri. Tak berani nak bersuara.

"Tanya ler weii..." bisik Thia kepada Sherry.

"Tanya apa?" Bisik Sherry dengan dahi yang berkerut.

Thia dah menepuk dahi.

"Kita nak pergi mana ni, kak? Gituuu..." sampuk Rita, separuh berbisik.

"Kita nak pergi rumah Lisa." Jawab Yana bersahaja. Matanya masih terarah ke arah jalan raya. Tetap fokus dengan pemanduannya tu.

Rita yang terkejut terus menutup mulutnya. Tak sangka pulak yang ketuanya tu dengar apa yang dia bisikan.

"Ooohhh..." Panjang-panjang muncung Sherry dan Thia dibuatnya manakala Ema sekadar menganggukan kepala, tanda mengerti.

Di sepanjang perjalanan, mereka hanya diam membisu sahaja. Seorang pun tak berani nak bersuara. Hmm...

20 minit kemudian...

Yana segera berhenti di hadapan Isma Bakery. Handbag yang berada di bawah seat-nya, segera di ambil lalu dikeluarkan dompetnya tu.

Not 50 sekeping dikeluarkan dari dalam dompetnya.

"Kau orang pergilah beli apa yang patut dekat Isma Bakery tu, haa..." suruh Yana sambil menghulurkan duit RM50 tu kepada Ema yang duduk disebelahnya tu.

"Beli apa, kak?" Soal Ema, perlahan.

"Belilah apa-apa pun. Takkan nak datang dengan tangan kosong jer, kan." Kata Yana.

Ema menyambut huluran tersebut lalu segera melangkah keluar dengan diekori oleh kawan-kawannya tu. Manakala Yana hanya menanti di dalam kereta sahaja.

Sambil menunggu budak-budaknya, Yana segera mengeluarkan telefon bimbit dari sakunya tu. Aplikasi WhatsApp di buka. Eh! Encik suami ada hantar WhatsApp lah...

Pesanan yang di hantar segera di buka dan di bacanya.

Sayang, kenapa letak call tadi? Sayang marahkan abang ke? ~ Imran

Yana mencemik. Jari-jemarinya laju bermenari di papan kekunci.

SEND.

Tutt Tuttt
WhatsApp masuk.

Imran berbalas senyum dengan clientnya tu sebelum clientnya beredar pergi.

Hilang sahaja bayangan clientnya tu, Imran segera mengambil telefon bimbitnya untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar WhatsApp kepadanya tu.

Senyuman manis terus terukir di bibir apabila mendapat pesanan daripada isteri tercinta.

Peti pesanan di buka.

Tak marah pun... Cuma geram jer 😒 ~ Yana

Imran tertawa kecil selepas membaca pesanan tersebut. Butang reply segera di tekan.

Kenapa sayang geram? Abang tak ada buat apa-apa pun, kan? Huhu 😅 ~ Imran

Yana mengetap bibir, geram. Buat-buat tak tahu pulak. Menyampahnya..., monolognya.

Setiap abjad yang berada di papan kekunci di tekan dengan kasar. Melepaskan rasa geramnya tu. Eeeiii...

Tak ada buat apa-apa lah sangat, kan? Eeeiii... nyampahlah! 😤 ~ Yana

Isteriku, kakak kawasan 2Where stories live. Discover now