Isteriku, Kakak Kawasan 2 (17)

179 7 3
                                    

BAB 17

Kringgg Kringgg

Loceng berbunyi sebagai tanda tamatnya waktu persekolahan pada hari ni.

"Terima kasih cikgu." Ucap mereka, serentak.

Selepas cikgu keluar dari kelas, barulah mereka mengemas barang-barang mereka dan disimpankan ke dalam bag sandang.

"Malam ni kita pergi kelab lagi, nak tak?" Ajak Huda, separuh berbisik.

"Mestilah aku nak. Kau pulak, Fi?" Tanya Zizi kepada Fifie.

"Sorry, beb. Aku tak dapat pergilah. Ada tuisyen malam ni." Jawab Fifie sebelum beredar pergi meninggalkan kawan-kawannya tu.

Huda dan Zizi saling berpandangan. Pelik melihat perubahan Fifie tu. Selalunya, bila di ajak ke kelab... dia lah yang paling laju nak ikut tapi sekarang? Hmm... Betul-betul gaduh dengan si EL ni...

"Lantaklah! Kita berdua jer lah yang pergi malam ni." Kata Zizi.

Huda mengangguk.

Mereka beriringan keluar dari kelas.

Mona sedang menanti anak-anaknya di luar sekolah. Matanya meliar memandang sekeliling mencari kelibat anak-anaknya tu. Selagi tak nampak anak-anaknya, selagi tu lah dia rasa serba tak kena.

Budak-budak berpusu-pusu keluar dari sekolah. Riuh rendah dibuatnya... Ada yang bergelak tawa, ada yang berbual mesra, ada yang berlari mendapatkan ibu bapa yang sedang menanti kepulangan mereka dan ada juga yang pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Happening sangat...

"Maa..." panggil Syafiq yang baru muncul.

"Mana along?" Tanya Mona dengan mata yang meliar, mencari kelibat anak sulungnya tu.

"Along belum keluar lagi. Maa, angah balik dengan kawan tau. Naik bas..." beritahu Syafiq.

"Iyalah. Bagi mama bag tu. Hati-hati..." Bag sekolah anaknya segera di ambil dan diletakkan ke dalam raga motorsikalnya tu.

Syafiq terus berlari anak ke arah kawan-kawannya yang sedang menanti.

Mona memandang anak keduanya tu sehinggalah bayangan anaknya tu hilang di sebalik dinding bas yang meriah dengan budak-budak.

Keluar saja dari pagar sekolah, lengannya sudah ditarik oleh seseorang. Pantas dia menoleh...

Gulp!

Air liur di teguk dengan rakus.

Fifie kaget.

"Sayang..." panggil EL dengan nada penuh romantis.

"You buat apa dekat sini, EL? Lepaslah..." Fifie cuba menarik tangannya daripada berterusan di pegang oleh lelaki tak guna yang berada di hadapannya ni.

"Sayang, janganlah macam ni... Jom! I hantar you balik." EL terus menarik lengan Fifie menuju ke arah keretanya.

Fifie sudah tertunduk malu, gara-gara banyak mata yang sedang tertumpu ke arah mereka.

"Lepaslah..." rayu Fifie.

"I takkan lepaskan you, sayang. Masuk!" EL cuba menolak Fifie masuk ke dalam keretanya tetapi Fifie tetap berdegil dengan mengeraskan tubuh badannya tu. Pintu kereta dipegang dengan sekuat hati.

EL merengus kasar.

"Masuklah!" Suruhnya, tegas.

"TAK NAK!"

EL bengang.

Dia cuba mengunakan kekerasan tetapi tindakannya tu terhenti apabila tubuh badannya di tolak kasar oleh seseorang.

Isteriku, kakak kawasan 2Onde histórias criam vida. Descubra agora