3

145 45 6
                                    

Place: Gadwick Airport, United Kingdom
Touch Down on 04:56 p.m
(Abaikan... Ai mengarut)

Akhirnya sampai juga UK. Aku mengurut tengkuk ku yang agak lenguh. Yalah. Tadi masa dalam airplane tu huh, takde benda yang nak buat. Melainkan mataku ini meliar ke luar tingkap. Walaupun sekadar dapat melihat rumah rumah ataupun pokok bakau yang kecil itu, aku sudah berpuas hati. Daripada aku tidur dalam penerbangan itu, baik aku mengambil kesempatan untuk menikmati alam sekitar. Ada juga faedahnya.

Aku ni agak jakun sikit. Sebab tidak pernah jejak kaki ke kapal terbanglah punya pasal. Dari aku kecil, tak pernah langsung papa dan mama membawaku melancong. Kak Rosiah dan Tyson sudah pernah sampai ke France. Aku? Hanya dapat melihat melalui gambar sahaja. Entah apa yang mereka benci sangat padaku, aku tak tahu. Biarlah. Biar Tuhan sahaja yang tahu betapa pentingnya mereka padaku. Aku tidak pernah membenci mereka. Apatah lagi berdendam. Aku sayang family aku.

Tapi, apa aku boleh buat jika mereka sudah menghalau aku supaya keluar dari rumah itu. Aku hanya mampu berserah sahaja. Lamunanku pecah apabila Syaza bertindak membawaku duduk di kerusi yang disediakan khas kepada para penumpang yang baru sahaja selesai turun dari perut kapal terbang itu. Kata Syaza, dia nak terkencing sambil genggam hujung t-shirt nya. Tak senonoh betul. Aku hanya sekadar ketawa kecil melihat telatah Syaza. Beberapa minit berlalu, aku mulai mengelamun jauh. Tidak ada telefon bimbit punya pasal, aku sekadar merenung sambil menyanyi kecil lalu mengambil tempat duduk yang ditunjukkan oleh Syaza sebentar tadi.

Sedang aku mengelamun, tiba tiba bahuku dilanggar seseorang. Aku toleh, lelaki yang pakai mask hitam. Matanya tajam merenung wajahku.

"Are you blind?!" Marah lelaki itu. Kening sebelahnya diangkat. Memandangku sinis. Aku hanya diam dan tunduk. Tidak berani bertentang mata dengan dia. Apabila dia menarik daguku supaya memandangnya, aku keraskan hati agar tidak bertentangan mata dengan dia.

"Hey... look at my face. My face is more handsome than that floor" Seloroh lelaki itu. Serentak itu aku mengangkat muka lalu memandang wajah lelaki itu. Kacak!

"Sir... I'm so sorry! It was my fault for not looking left or right while walking. I'm sorry again!!!" Rayu ku. Lepas tu aku nampak bibirnya bergerak-gerak. Seolah olah sembunyi senyum. Dia berdehem. Kuat.

"Huh! Fine! I know you're Malaysian right?" Soal lelaki itu. Tanpa secalit senyuman pun. Matanya pula ralat memandang ku.

"Okay. Panggil je aku Dylan" Tambahnya.

Oh. Orang Melayu rupanya. Patutlah sombong sangat tadi. Sampai nak marah marah. Kini, dia menyuruh aku duduk di atas kerusi kembali. Yalah. Baru saja aku nak duduk tadi, aku sudah terlanggar bahunya.

Itu katanya. Bukan aku. Manalah aku nak langgar dia kalau aku sedang berhadapan dengan kerusi? Kerusi yang dipenuhi dengan beg beg penumpang lain. Aduh. Stress aku.

"Siapa nama kau?"

See? Benda pertama yang aku tangkap adalah 'kau'. Perkataan yang buat aku terasa hati.

"Saya..."

"Erghh!!! Stop it. Aku tak nak kau guna saya-awak eh dengan aku" Belum sempat aku menghabiskan kata kata, dia sudah mencantas terlebih dahulu. Aku hanya menahan rasa dalam hati. Gila nak cakap depan depan, mahu mampus aku hari ni. Elok elok saja aku touch down hari ni, silap silap aku pulak jadi arwah pada hari ni. Kat tempat orang pulak tu!

"Ba...baik" Ucapku gugup.

"Hmm. So, apa nama kau? Ish. Jangan lah risau. Aku tak makan kau. Aku makan nasi lemak campur ikan bilis campur kacang campur... Errr campur... Telur"

Aku sudah ternganga. Apa benda dia merepek ni?

"Panggil saja Elle" Aku balas sambil senyum. Aku dapat lihat dia berpaling kearah lain. Dia tak suka ke aku senyum?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUFFERING › HIATUSWhere stories live. Discover now