TEASER 1

301 38 3
                                    

┏━━━━ • ✿ • ━━━━┓

The Devil Flower : 1

┗━━━━ • ✿ • ━━━━┛

SUATU pagi, seorang gadis bernama Alisa Lee sedang berjalan sambil menjinjing sebuah buku setebal empat inci masuk ke dalam sebuah perpustakaan awam.

Ketika itu, dia sudah berjanji dengan rakan-rakan sebiliknya untuk bertemu di situ memandangkan mereka tiada kelas selama tiga hari. Jadi mereka pulang ke rumah masing-masing untuk bertemu dengan ahli keluarga tersayang.

Sebaik saja dia masuk ke dalam perpustakaan, wajahnya melirik ke sekeliling untuk mencari ruangan yang agak tersorok daripada khalayak ramai agar perbualan mereka nanti tidak akan didengari oleh orang lain.

Ada seperkara yang dia mahu beritahu kepada rakan-rakannya itu nanti. Akhirnya, mata Alisa tertancap ke satu arah dan tempat itu agak tersembunyi dari meja yang lain.

Langkah Alisa dibawa menuju ke kawasan tersebut lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi kosong. Selesai meletakkan buku dan beg galas di atas meja, telefon bimbit dalam beg galas itu ditarik keluar.

Aplikasi popular bernama LINE dibuka. Kemudian jari telunjuk menekan sebuah group chat bersama rakan-rakan sebiliknya. Jari-jemari lincah menekan papan kekunci untuk memberi pesanan kepada mereka yang lain.

PINKY GIRL UNDERGROUND

Aku dah sampai ni...

Jijin

Aku on the way...

Miemi 🐈

Ada perjumpaan ke hari ni?

Siesi 🐰

Aku dah sampai, mana kau Lisa?

Alisa terus menoleh ke belakang mahu mencari kelibat rakannya yang bernama Rosie itu. Tangan kanan diangkat ke udara lalu lambaian diberi kepada Rosie yang sedang memerhati keadaan sekeliling.

Saat Rosie melihat lambaian itu, tangan Alisa kembali menaip sesuatu di telefon bimbit.

Rosie dah sampai, kau berdua cepat la sikit!

Setelah itu, aplikasi tersebut ditutup dan telefon bimbit dicampak ke dalam beg semula. Wajah bosan mula terpamer sementara menunggu Rosie mendekati meja yang didudukinya.

"So apa cerita?" tanya Rosie yang baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Alisa.

"Cerita apa?" soal Alisa kembali sambil kening bertaut.

"Yelah, macam mana dengan permohonan kau tu? Lulus ke tak?" balas Rosie. Mata pula tajam memandang Alisa, menunggu jawapan yang dipinta.

"Ha! Itu yang aku ajak berkumpul hari ni. Ada sesuatu yang pelik," bisik Alisa sambil memperlahankan suara. Takut-takut kalau pengawas perpustakaan datang kepada mereka lalu memberi amaran menyuruh mereka senyap.

"Apa?" soal Rosie lantas mata mereka bertembung.

Pantas Alisa meraba sesuatu di dalam beg galas.

"Ni..." Dia membawa keluar sekeping kad jemputan kemudian ditunjuk kepada Rosie, tetapi tidak pula dia memberi Rosie melihat kad itu dengan lebih teliti.

"Aku pun ada dapat juga. Sekejap." Rosie segera menyelongkar beg galas untuk mencari kad yang sama seperti Alisa perolehi.

"Ha! Ini dia..." Sekeping kad jemputan yang berada di tangan Rosie itu dihulur kepada Alisa.

"Kau pelik sebab apa? Aku pelik sebab ada kelopak bunga mati masa aku terima kad ni kelmarin," terang Rosie dengan wajah polos. Kedua-dua tangan memeluk badan sambil siku diletakkan di atas meja.

"Samalah!" Hampir separuh menjerit Alisa dibuatnya lalu dia menekup mulut sendiri apabila tersedar suaranya sudah melebihi had yang dibenarkan dalam perpustakaan awam itu.

Alisa menoleh ke belakang begitu juga dengan Rosie yang cuba menjenguk sedikit. Risau jika suara mereka didengari oleh pengawas. Naya mereka dibuatnya nanti! Tak pasal-pasal dihalau keluar dari situ pula.

"Tak apalah, kita tunggu yang lain sampai dulu. Kalau mereka pun dapat benda yang sama. Memang tak boleh dibiarkan!" kata Alisa dengan riak wajah menahan kerutan.

"Kau nak buat apa?"

"Ada la!"

━━━━━━━━━

"Cik muda!" laung pembantu rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah di kawasan perumahan Empire Dream House.

Kim Jangmie yang tadinya berlari laju menuju ke pintu pagar terus berhenti tatkala namanya dipanggil. Kepala menoleh ke arah pintu utama rumah keluarganya itu.

"Ni... surat untuk cik muda."

Jangmie hanya mengerut dahi sebaik saja dia mendengar perkataan 'surat' itu. Setahu dia, surat-surat yang dihantar ke rumah semuanya untuk ibu dan ayahnya saja. Jarang betul ada surat dihantar ke rumah itu untuk dia.

"Nah..." Pembantu rumah itu menyerahkan surat itu kepada Jangmie lalu gadis itu menyambutnya.

Tanpa banyak bicara, dia bergegas keluar dari rumah menuju ke pondok perhentian bas.

Ketika sedang berlari, tanpa dia sedar kelopak bunga ros layu turut bertaburan di sepanjang laluan yang dilaluinya ketika itu.

Pembantu rumah Jangmie perasan akan kelopak bunga ros layu yang bertaburan membuatkan dia kebingungan.

"Cik muda ada bawa bunga sekali ke?"

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

"Zhang Ji!"

"Ya puan!"

Panggilan majikannya kedengaran membuatkan pembantu rumah itu kelam-kabut melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan lagi kelopak bunga ros layu yang tiba-tiba lenyap di sepanjang laluan yang dilihat pembantu itu tadi.

━━━━━━━━━

Sementara itu, Kim Sojin segera menyimpan telefon bimbit ke dalam beg galas. Bas yang sedang bergerak di laluan jalan raya besar bandar metropolitan ini dipandang seketika ke luar tingkap sebelum menekan loceng.

Akhirnya, dia sudah sampai ke destinasi. Jadi, dia perlu segera turun sebelum dia diomeli Alisa yang sememangnya kuat membebel dan kadang-kadang suka melakukan kerja gila!

Ketika Sojin sudah menuruni bas, bahunya dilanggar oleh seseorang sehingga menyebabkan sampul surat yang diterima semalam terjatuh ke lantai akibat tidak disimpan dengan baik.

"Cik..." panggil orang itu yang perasan surat Sojin terjatuh ke laluan penjalan kaki.

Sojin segera menoleh.

"Ini cik punya ke?" soal orang itu sambil tangan menghulur sampul surat tersebut kepada Sojin.

"Ah ya... Terima kasih ya." Sojin segera mengambil semula sampul surat tersebut lalu dia menunduk sedikit sebagai tanda terima kasih kepada orang itu.

Setelah itu, langkahnya segera dibuka untuk ke perpustakaan awam. Sampul surat tadi tidak disimpan semula ke dalam beg sebaliknya dipegang saja.

Tanpa dia sedari, ketikasampul itu terjatuh tadi sehinggalah dia tiba di tempat Alisa dan Rosie sedangmenanti, kelopak bunga ros layu asyik bertaburan di sepanjang laluan yang dialalui itu.

┏━━━━ • ✿ • ━━━━┓

BERSAMBUNG

┗━━━━ • ✿ • ━━━━┛

AUTHOR NOTE ⤵

Korang boleh dapatkan novel The Devil Flower ni dekat Shopee Lucyana Mall tau guys.

The Devil Flower | TerbitWhere stories live. Discover now