TEASER 2

181 28 4
                                    

┏━━━━ • ✿ • ━━━━┓

The Devil Flower : 2

┗━━━━ • ✿ • ━━━━┛


"SORRY guys! I'm late. Aku tak ingat langsung ada perjumpaan hari ni sebab Alisa pun beritahu last minute." Jangmie melabuhkan punggung di sisi Rosie sebaik saja dia tiba di perpustakaan awam itu.

"Tak apa la, yang penting kau dah sampai. So let's discuss this. Siapa dah dapat kad jemputan tu? Kalau dah dapat cuba bawa keluar kad masing-masing. Aku nak tengok."

Mereka berempat mula membawa keluar sekeping kad berwarna merah hitam lalu diletakkan di atas meja. Mata Alisa memerhati setiap keping kad itu lalu memandang rakan-rakannya sambil memikirkan sesuatu. Bibir diketap sebelum soalan diaju.

"Siapa terima kad ni dengan kelopak bunga ros layu?" Alisa mendekatkan muka ke meja agar suaranya didengari mereka yang lain.

"Aku!"

"Aku pun..."

Alisa terus menepuk meja dengan perlahan selepas Jangmie dan Sojin menjawab serentak.

"Eh! Kau dengan Rosie tak dapat ke kelopak bunga tu?" Jangmie menyoal dengan kening bertaut. Dia memandang Alisa dan Rosie silih berganti.

"Dapat! Sebab tu aku tanya, awal-awal tadi pun aku dah berbual dengan Rosie." Selamba Alisa menjawab sambil menyandarkan tubuh ke kerusi semula. Otaknya masih ligat memikirkan sesuatu.

"Jadi... nak buat macam mana cuti semestar kita kali ni?" Sojin bertanya selepas diam sebentar. Melihat wajah Alisa sedang berfikir, Rosie bersahaja, manakala Jangmie berkerut-kerut membuatkan Sojin mahukan jawapan rasmi daripada mereka bertiga.

"Kita dah apply nak bercuti dekat tempat ni, lagipun duit dah bayar. Sayanglah kalau tak pergi..." Sojin menambah lagi kerana memikirkan wang yang telah mereka bayar ketika mahu menempah percutian yang dijanjikan itu.

Lagipula, Sojin berasal daripada keluarga yang sederhana. Jadi, duit yang dia ada tersangatlah limited. Sejujurnya, dia tidak mahu membazir duit dengan percutian sebegitu kerana dia lebih gemar menyimpan dan menggunakan wang apabila perlu.

"Ish! Mana ada aku cakap tak jadi bercuti. Cumanya aku pelik, kenapa dengan kelopak bunga ros layu tu? Macam ada something... tapi aku tak tahu apa benda."

"Tak payah la risau Lisa, mungkin ini salah satu tarikan tempat percutian tu untuk bagi pengunjung rasai pengalaman yang berbeza? Mana kita tahu, zaman sekarang ni orang buat macam-macam tau nak lariskan perniagaan mereka."

Rosie mencelah dan cuba menyedapkan hati Alisa yang sudah mula berbelah-bahagi hendak meneruskan percutian mereka.

"Kau Jangmie, asal diam je?" tanya Alisa apabila rakan mereka yang seorang itu hanya mendiamkan diri.

"Aku follow je korang. Lagipun kalau dibatalkan, duit aku je yang rugi... Hehe..." Jangmie tersengih menampakkan gigi yang putih lagikan bersih itu.

Rakan-rakannya sudah sedia maklum, Jangmie merupakan anak golongan bangsawan yang kaya-raya. Jadi, setakat duit beberapa won saja yang habis apa yang mahu dia kisahkan sangat? Harta keluarganya jika mahu digunakan tujuh keturunan pun belum tentu habis!

Alisa kembali menghadap ke hadapan, memandang wajah Sojin. Dia tahu rakannya itu tidak seperti Jangmie kerana itu wajah Sojin turut memandangnya meminta kata putus dan mungkin berharap mereka semua setuju untuk meneruskan percutian itu.

Alisa mendekatkan badan ke meja.

"Okeylah... kita teruskan dengan percutian kali ni. Lagipun, dah apply dan dah dijemput. Takkan tak pergi ye tak?"

Alisa tersenyum mesra membuatkan Sojin melepaskan nafas lega. Dia terlalu risau jika Alisa tidak bersetuju untuk meneruskan percutian itu memandangkan Alisa adalah ketua kelab Pinky Girl Underground mereka. Jadi, sebarang keputusan Alisa akan menjadi tanda noktah untuk mereka yang lain.

Rosie dan Jangmie turut tersenyum apabila mereka tidak perlu membatalkan tempat percutian yang sudah dirancang rapi sejak awal lagi.

"Okeylah, settle dah perbincangan kita ni kalau semua setuju nak bercuti dekat tempat tu. Apa-apa nanti inform dalam group. Oh ya! Nanti korang jangan lupa sediakan semua barang. Kita nak bercuti 3 hari 2 malam. So, baju siang tu bawa lebih sikit. Aku nak gerak dulu, ada kelas kejap lagi."

Alisa segera mengemas barangannya dan bingkas bangun.

"Korang yang lain tak ada kelas ke?"

Rosie menggeleng. Jangmie pula tersengih.

"Aku nak pergi kerja part time, nak cari duit tambah sebelum cuti tu nanti." Sojin bersuara lantas mengemas barangannya juga.

"Untunglah nasib badan tak ada kelas. Aku awal-awal kelas dah start."

Jangmie tersengih seperti kerang busuk.

"Siapa suruh kau ambil kelas sains maklumat." Sengaja dia menjongkit kening kepada Alisa kerana mereka berempat hanya rakan sebilik, tetapi berlainan kos dan pengajian.

"Dah aku minat bidang tu. Dah la aku gerak dulu. Daaa..."

Usai berkata, Alisa pantas bergerak keluar dari perpustakaan itu diikuti Sojin. Sementara itu, Rosie dan Jangmie masih duduk di dalam perpustakaan. Tidak sampai beberapa minit Jangmie bersuara.

"Beb, aku gerak juga la. Boyfriend aku ajak date. Bye." Tanpa memandang Rosie, Jangmie segera menarik beg galas dan bergerak ke pintu perpustakaan.

Ketika hendak membuka pintu sambil mata fokus pada skrin telefon bimbit, halwa telinganya tiba-tiba saja menangkap satu suara nyanyian perlahan.

'Aku nyawa... kau raga... ditakdirkan berdarah untuk selamanya...'

Jangmie terhenti bergerak dan mata memandang ke hadapan. Perlahan-lahan dia cuba menoleh ke belakang, tetapi kelibat manusiawi di dalam perpustakaan itu semuanya sedang membuat hal sendiri. Tiada sesiapa pun yang terlihat sedang bernyanyi.

"Kau dah kenapa?"

Rosie datang menepuk bahu Jangmie, membuatkan Jangmie terkejut dan hampir-hampir hendak terlucut telefon bimbitnya dari tangan.

"Tak ada apa-apa la, aku gerak dulu..." Jangmie segera pergi meninggalkan Rosie yang sudah mengerutkan dahi.

┏━━━━ • ✿ • ━━━━┓

BERSAMBUNG

┗━━━━ • ✿ • ━━━━┛

Baki promosi di ws tinggal 6 hari.
Boleh juga dapatkan di shopee.
Shopee : Lucyana Mall 🧚‍♂.

The Devil Flower | TerbitHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin