Abang trafik comel

2.5K 35 12
                                    

*Ini hanyalah sekadar imaginasi penulis. Takde niat nak menjatuhkan siapa2.



Alhamdulillah. Setelah melalui segala latihan, ujian dan sebagainya, aku berjaya mencapai cita cita semenjak dari kanak kanak lagi, iaitu sebagai seorang anggota polis trafik. Bukan main suka lagi aku bila dapat uniform putih tu. Tak sabar2 nak bertugas besok. Main2 dengan wisel haha.

Lepas taklimat aku di tugaskan di Jalan Imbi bersama Koperal Syahdan. Aku yang mengawal nanti manakala Koperal Syahdan cuma memantau saja.

Pukul 7.30 pagi kenderaan dah banyak, tapi masih terkawal. Setengah jam selepas tu, koperal arahkan aku kedepan. Aku memerhatikan pergerakan trafik dan mula melihat kenderaan dari Jalan Hang Tuah dah mula bergerak perlahan. Aku pun apa lagi, aku arahkan diorang lalu lama sikit . Berbekalkan segala tunjuk ajar senior2 semasa di akademi, aku berjaya mengawal lalu lintas. Silap sikit je kang, berbunyik la wisel aku ni. Dasar budak baru...




Sebelum balik, di locker, aku terserempak dengan kawan sesama pelatih dulu. Hisham namanya. Hensem dia ni. Walaupun dia selalu menyakat aku, dia juga yang jaga dan lindungi aku. Yang best, dia ni tahan gurau walaupun aku selalu maki2 dia.

"Dani, nak balik ke? Balik dengan aku lah." Ajaknya.

"Aku boleh je. Janji besok pagi, kau hantar aku."

"Boleh sayang..."

Macam mana aku tak maki dia? Dalam locker ni, kalau di buatnya orang lain dengar? Dan ya, dia memang gatal, playboy dan seumpamanya. Mujur tak duduk serumah.

Lepas makan kat mamak yang maju maju semua tu, Hisham terus hantar aku balik.

"Kau nak balik ke, nak tido sini?" Tanyaku. Memandangkan rumah aku dan dia agak jauh, kesian pulak nak suruh dia balik sebab pagi2 besok dia kena hantar aku kat balai sebab motor aku kat sana.

"Tak kasi aku balik eh. Sayang jugak kau kat aku eh."

Hisham mula dah. "Lahanat. Tangan tu tak yah ah meraba."

Aku menampar tangannya yang mula merayap ke celah kelangkang.

"Amboi, biadap sekarang kan."

Aku tunjuk jari tengah.

"Baik aku balik. Tido dengan kau nanti, takut besok kau mc je. Haha!"

Nak aje aku campak helmet kat kepala dia. Nasib baik helmet aku.

"Sila berambus."

Hisham cuma gelak.

"Tak baik tau, muka comel gini tapi cakap mencarut."

"Oi. Kau blah sekarang!..."

"Baik comel. Abang pergi dulu ye. Besok abang jemput comel."

"B*bi."

Mencuka wajahnya. Berlakon la tu. Halah. Susah betul anak manja ni. Sebagai memujuk hati, aku hadiahkan flying kiss kat dia. So, dia pun buat2 sambut, simpan kat dalam seluar. Aku buat muka meluat. Dia gelak je.




Dah sebulan lebih bergelar polis trafik, aku tidak lagi memerlukan perhatian dari senior. Hari hari yang berlalu, berjalan seperti biasa. Pagi ni, aku di tugaskan di antara jalan paling sibuk di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Sultan Ismail yang bertemu dengan Jalan Raja Chulan.

Aku berjaga di trafik berdekatan monorel Jalan Raja Chulan manakala Hisham di depan sikit berdekatan dengan Hard Rock Cafe. Dia datang membantu setelah trafiknya bergerak lancar. Dia turun dari motosikal. Aku memandang nya. Jap, apsal aku rasa sekeliling aku jadi perlahan ni, ke memang dia yang jalan slow. Dia kelihatan segak betul dengan uniform, lengkap dengan spek hitam dan topi. Eh, dah kenapa aku ni? Puihh...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita Pendek Gay dan seumpamanya. Where stories live. Discover now