part 8

255 31 6
                                    

Tapak kaki Sehun laju sahaja berlari mendekati perpustakaan sambil beberapa guru memerhatikannya hairan. Namun mereka tidak berani menegur mahupun memarahi Sehun kerana mereka gerun terhadap Alpha. Bahkan tenaga mereka belum tentu kuat lagi kalau dibandingkan Sehun yang sudah menjadi Alpha muda berusia 17 tahun. Sepatutnya Alpha yang normal mula wujud apabila mereka berusia 20 tahun. Memang Sehun lain dari yang lain.

Setelah tiba di perpustakaan, Sehun terus sahaja menuju ke ruangan Sejarah. Matanya laju sahaja mencari buku yang diingini.

Sambil dia mencari, dia teringatkan mata Jihyo yang berubah warna ungu gelap.

"Ah! Dah jumpa. " bisik Sehun kecil.

Dia menarik beberapa buku yang berkaitan keluar dan mengambil tempat duduknya.

'Myth of The Legend'

'The Legend of  Vampire'

'The Legend of Dracula'

'The Legend of Anubis'
(rekaan je)

'The Legend of Uzumaki' -_-

'The Legend of Running Man'  -_-

Ketika Sehun melihat semula buku buku tersebut, sepertinya ada kekurangan.

Sehun terfikir lama.

"Walaupun aku rasa sangat mustahil, tapi aku tetap akan baca yang nie juga. " kata Sehun yang mengambil satu lagi buku tebal dan mendudukkan dirinya atas kerusi.

'Legend of Gumiho'

Sehun terkial kial. Masih belum menemui motif sebenar tujuan dia ke perpustakaan.

Dia pun membuka buku berasaskan fakta dan sejarah lama setiap buku yang dia ambil.

Setelah Sehun selesai 'asal belek' buku yang dia selak, dia mengeluh panjang. Sia sia Sehun menghabiskan sejam setengah hanya semata mata ingin mengetahui adakah terdapat suatu fakta terhadap Jihyo.

Sehun mengurutkan matanya. Dia pun ternampak buku 'Legend of Gumiho' yang belum disentuh dan dibaca. Tangannya cuba membuka buku tersebut namun langkahnya terhenti.

"Ehh... Takkanlah.... "

Akhirnya Sehun mengalah untuk melakukan kajian.

Dia melangkah keluar dari perpustakaan. Namun bayangan mata Jihyo kembali menyapa fikiran Sehun.

"Pelik. Manusia biasa macam tu takkan dapat berubah anak mata dia. "

Secara tidak sedar, Sehun tidak perasan suasana di sekolah menjadi sepi kerana ramai pelajar sudahpun balik.

"Tak pasal pasal percuma aku ponteng kelas hari ini. Aish. Bazir masa aku je. " kata Sehun hampa.



Setelah Sehun mengambil beg di dalam kelasnya, dia tertangkap susuk tubuh yang dia kenal di tempat yang agak terpencil. Terdapat seorang perempuan baru sahaja melalui kawasan dalam pemerhatian Sehun kelihatan mencurigakan. Perempuan tersebut memerhatikan sekelilingnya sebelum menyambung perjalanannya. Suasana kawasan tersebut amat sepi tiada satu petanda pun werewolf lain lalu lalang melainkan Sehun.

Sehun mengenali susuk tubuh gadis tersebut.

Song Ji Hyo.

Namun, yang anehnya, Jihyo tidak berpakaian dalam baju uniform. Sebaliknya Jihyo mengenakan gaun putih yang paras pendek gaunnya atas paha dan gaun tersebut tidak berlengan. Rambut Jihyo pula panjang mengurai.

Sehun semakin curiga dengan keadaan Jihyo. Dalam diam, Sehun memutuskan untuk mengekori Jihyo disamping ingin memberikan kejutan kepada Jihyo.

Sehun tersenyum memikirkan bagaimana Jihyo akan memberi reaksi dengan sergahan mengejut Sehun.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Where stories live. Discover now