Bab 1

32 2 1
                                    

Bismillah..

Semoga Tuhan sentiasa merahmati perjalanan hidupku.
Dan menjagaku.
Semoga Dia sentiasa memberi petunjuk.
Sesungguhnya hanya Dia yang Mengetahui segalanya.

*****

Katil dikemas rapi. Diselak langsir bagi membiarkan cahaya pagi masuk ke ruangan biliknya. Bibir tersenyum senang melihat keindahan alam semula jadi.

Seketika baru diri tersedar, jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Menandakan yang diri sudah terlewat untuk ke tempat kerja.

Beg sandang diambil. Cermin ditilik, melihat kekemasan diri sendiri. Setelah semuanya sudah rapi, laju kaki keluar dari bilik.

" Ammara Nasiha!!" Terdengar jeritan dari ruang tamu.

Siapa lagi kalau bukan teman rapat Ammara Nasiha, Aisya Humairah.

"Kau nak apa jerit jerit hah? Pagi pagi ni kita kena lah tenang tahu tak? Tak baik jerit jerit, stress stress. Pagi yang indah kena mulakan dengan senyuman. " Ammara membebel tanpa henti.

Aisya sudah bercekak pinggang. Muka bengis dipamer kan.

"Amboi amboi amboi. Dia yang lambat lepastu nak bebel kat kita pulak. Nak kena ke?" Aisya menjeling Ammara.

Ammara hanya ketawa. Tahu yang kawannya ini memang garang dan pantang bab masa ni. Dia hanya ingin mengusik teman karibnya itu.

Lengan Aisya dipeluk dan ditarik ke arah pintu.

" Ala ala, maaf eh? Jom kita gerak. Dah lambat ni makcik. " Selamba saja Ammara memotong mood marah Aisya.

Setelah memastikan semuanya ditutup dan rumah dikunci dengan selamat. Mereka terus ke tempat kerja mereka.

*****

Keadaan sekeliling diperhati. Pelanggan semua dipastikan selesa dan tempat harus bersih dan kemas.

Ammara meletakkan kembali penyapu dan penyodok sampah yang sudah digunakan tadi. Setelah memastikan keadaan bersih, Ammara pergi ke arah dapur pula. Kerja yang belum diselesaikan, dia sambung sehingga habis.

Ammara Nasiha. Seorang gadis berumur 20 tahun. Bekerja sepenuh masa di kedai minuman jenama terkenal, Tealive. Seorang anak yatim piatu dan dibesarkan di pusat penjagaan anak-anak yatim, Nur Ikhlas. Setelah mencecah umur 19 tahun, dia memilih untuk bekerja dan berdikari sendiri.

" Ara, lepasni jom rehat sama? Dini dengan Sufian dah datang. " Aisya terpacul di pintu dapur.

Aisya ialah kawan baiknya dari kecil, tetapi muda setahun darinya. Dia ialah anak Tuan Hashim iaitu pengasas Nur Ikhlas. Sejak kecil dahulu mereka sering bermain bersama dan keluarga Tuan Hashim sangat baik dengan Ammara.

Walaupun keluarga Aisya orang berada, tetapi Aisya tetap memilih untuk hidup sendiri dan duduk bersama Ammara. Baginya, Ammara sudah seperti kakaknya sendiri.

Ammara hanya tersenyum.

"Boleh, tapi kau belanja makan eh?" Ammara sengaja mengusik Aisya.

" Takde hal lah. Aku belanja kau makan roti canai mamak okay?" Aisya ketawa selamba.

Ammara hanya memuncungkan mulutnya.

" Amboi borak sakan. Dah siap kerja belum? " Suara Encik Taufik, penyelia atau supervisor di situ tiba tiba menegur.

Aisya dan Ammara hanya tersengih.

Cerita Sang PemberiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt