PART 7

5 1 0
                                    

" kaklang masuk dulu Mira duk dalam kereta ja ya ", kata shaza . Dia ke butiknya untuk mengambil baju perkahwinannya yang akan berlangsung raya kelima ini .

" ehh cik shaz datang ambik baju ya ", tegur Yana . Yana merupakan pembantu a.k.a PA kepada shaza .

" ya yana . Zalikha mana ? ", soal shaza . Zalikha merupakan kawan baiknya di sekolah menengah dia yang mengambil zalikha bekerja denganya . Tetapi zalikha masih tidak mengetahui bahawa shaza adalah boss nya .

" dia keluar pergi cari stock kain seperti yang cik shaz suruh lah ", jawab Yana . Saja dia menyuruh zalikha untuk mencari stock kain agar tidak tersempak dengannya .

" awak uruskan bahagian collaboration dengan kedai bunga saya ya . Lepas habis cuti saya nak plan tu . " , kata shaza . Dia ingin mengembangkan lagi business nya malah sekarang ini butik dan kedai bunga nya Sudah dikenali orang ramai . Dia mahu membuat tawaran pelamin dan perhiasan event selepas ini .

" baik cik shaz . Saya akan buat semuanya jangan risau . ", jawab yana

" baik lah kalau macam tu saya pergi dulu apa apa call ja saya . ", kata shaza . Dia tahu dia boleh berharap dengan Yana . PA nya itu sangat bagus dalam melaksanakan tugas .

" drive safe cik shaz dan selamat pengantin Baru yee ", kata Yana dengan penuh senyuman di bibir . Dia senang apabila boss nya itu akan berkahwin sebelum ini terlalu banyak benda yang dilalui oleh shaza dia tahu shaza lain dari yang lain hanya orang buta tidak nampak sikap baik nya itu . Ikhlas jujur sentiasa berusaha takpernah putus asa nak saja dia jadi seperti shaza .

Shaza hanya menyambut dengan sekuntum senyuman .

" kak shaza ? Masuk kerja ka harini ? ", soal bad apabila nampak kelibat shaza masuk ke kedai bunga .

" tak lah akak nak pesan ni kedai tutup sampai raya ketiga okay . Start balik raya keempat kalau ada apa apa call akak okay . Nahh ", sambil dia menghulurkan sampul duit raya kepada bad dan ana .

" uishh dapat duit raya awal la kita hehe ", kata ana .

" malam raya ikut suka korang la kalau nak kerja half day saya benarkan . " , kata shaza sebelum dia menutup pintu kedai .

" uishh meriah nampaknya ", kata shaza . Setibanya shaza dan Mira di kampung kelihatan suasana yang sungguh meriah mungkin Kakngah dan Abanglong dah sampai .

" barang dekat belakang ? ", soal Mira saat tanganya ditarik oleh shaza .

" malam ni kita angkat masuk dalam boleh ? ", kata shaza .

" beres !

" Assalamualaikum !!! ", jerit Mira dan shaza setibanya di depan pintu rumah .

" waalaikumusalam ", jawab puan ayu .

" Mak !! , sihat ? ", soal shaza sambil memeluk maknya sejak ini dia sangat sibuk hingga dia perasan Sudah lama dia tidak balik.

" sihat ja kaklang . ", jawab puan ayu .

" kaklang !! Bila hang sampai ? ", soal abanglong sambil mendukung isyraf iaitu anak buah shaza yang ketiga .

" isyraf !!!! , comel maklang ", terus dia mendapatkan isyraf . Shaza sangat sukakan budak budak isyraf Baru sahaja berusia dua tahun .

" tengoklah Abah nya comel ke idok? ", gurau abanglong .

" jap nak tengok ermm macam dak ja haha ", mereka ketawa bersama sehingga suara Kakngah kedengaran .

" dah awad semua tercegak depan pintu ada anak raja mai ka . Ka anak yatim mai minta sedekah . ", kata Kakngah .

"kakngah !!! , hang ni awad dah jadi Bini orang perangai takberubah berubah suka sakitkan hati kaklang pasaipa . ", jerkah abanglong dia Sudah tidak tahan apabila Kakngah selalu saja menyakitkan hati kaklang Dari kecik hingga lah besar .

" dah la takyah duk gadoh jum masuk ", tegur puan ayu . Seperti biasa dia tidak akan memarahi kakngah . Satu keluarga seakan Sudah tahu Mak sangat sayangkan Kakngah dan bangcik lebih Dari yang lain tapi masing masing buat taktahu sebab semuanya dah besar .

" kaklang ", tegur encik sharil abah shaza .

" abah , kenapa ? ", jawab shaza .

" awad yang duk luar ni ? ", soal encik sharil .

" tunggu Mira nak angkat barang dalam kereta abah ", jawab shaza sambil senyum terukir di bibirnya .

" kaklang... ", panggil Abah .

" ermm ya Abah ", shaza agak awkward sebab abahnya jarang bercakap .

" kaklang takpayah la terasa dengan apa yang Kakngah cakap tu . Abah ni taktau nak kata apa dah Mak hang tu semua takbagi marah sikit pun takboleh . Abah pun rasa Kakngah dah ada laki pandai lah laki dia ajar dia macam mana . Kaklang anak nya baik sangat Dari dulu lagi selalu ja duk sabar dengan kakngah tu . Abah doakan semoga kaklang bahagia dunia akhirat ", kata Abah . Dia merasa bersyukur mempunyai anak seperti shaza . Dia juga Sudah tahu bahawa shaza membuka butik dan kedai bunga . Abah sangat rapat dengan Mira maklumlah anak bongsu Mira selalu menceritakan keadaan shaza di KL walaupun Abah nampak senyap tapi dia sangat ambik berat .

" tak ada apa lah Abah . Insyallah kaklang akan okay ini semua berkat didikan abah dan mak kaklang jadi Seorang yang penyabar ", jawab shaza sambil tersenyum . Dia rasa bergitu senang bila abahnya masih mengambil berat tentangnya maklumlah maknya selalu sibuk dengan kakngah dari kecik sehinggalah dia Sudah besar . Dia mengaku kakngah dan Bangcik sangat lah pandai sentiasa mendapat straight 'A sebabtulah menjadi anak kesayangan maknya .

" kaklang dengan rayyan okay ? ", soal abah.

" okay ja abah kenapa ? ", entah mengapa dia selalu saja rasa pelik bila orang menanyakan nya soal rayyan .

" baguslah kalau macam tu abah masuk dulu naih .

Empat hari kemudian....

" ya Allah kau jauhilah aku daripada orang yang berniat jahat denganku . Dan kau dekatkanlah orang yang baikbaik dan yang telah ditentukan untukku , aminn . ", doa shaza setelah selesai solat zohor . Dia sebenarnya rasa sedikit gementar maklum lah lagi Tiga hari saja lagi dia akan bergelar isteri orang .

" kaklang .. ", suara mira kedengaran sebalik pintu bilik shaza di bukak .

" ya Mira kenapa ", soal shaza sambil melipat sejadah .

" kawan kaklang datang Abang sham .

" dengan sapa ? ", soal shaza .

" sorang ", jawapan Mira membuatkan shaza hairan . selalunya dia akan bersama dengan rayyan .

" hey Sorang ja ka ", tegur shaza setelah nampak kelibat hisham .

" hala . ermm rayyan ada call kau tak ? ", soal hisham sambil mukanya agak cemas .

" ada raya pertama tu dia wish raya kenapa ? ", soal shaza . Kini dia semakin hairan dengan perlakuan hisham . Sebenarnya dia Sudah mengenali hisham dulu sebelum rayyan pindah ke sekolah menengahnya dulu .

" aku ada hal penting nak bagitau kau ni shaza tapi ermm ... ", kata hisham terputus . Seolah dia tidak sanggup untuk ungkapkan .

" kenapa nih sham ? ", kini shaza semakin hairan .

" pasal rayyan hmm.. ", jawab sham pelan .

" apaaaa !!!!!!!!! ", jerit shaza sambil mengurut dadanya . Seperti mahu pecah apabila mendengar berita itu .

Seindah Rose MerahWhere stories live. Discover now