2️⃣8️⃣ Mission start!!

20 2 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 9 malam. Sekumpulan lelaki berkot hitam labuh berwarna hitam dan memakai topi berwarna hitam berserta topeng mulut sedang memerhatikan sebuah bangunan yang gah di kerajaan Varians. Mereka sedang menunggu signal masuk daripada kumpulan yang berada di dalam bangunan itu.

Kelihatan seorang lelaki bertopeng hitam putih sedang berhadapan dengan sekumpulan lelaki. Mata merahnya memandang tajam ke arah 3 orang lelaki itu.

"Kenapa kau masuk syarikat ini pada waktu sebegini? Kau pengintip kah?" Soal lelaki itu.

"Aku ke sini untuk menjalankan misi aku. Aku tak akan benarkan sesiapa ganggu misi aku." Kata lelaki bermata merah itu. Matanya semakin bersinar merah lalu mentera aneh dibaca olehnya.

"Díéñræ!"

Badan ketiga-tiga orang lelaki itu mula berasap. Mereka mula menjerit kesakitan namun tiada suara yang dikeluarkan oleh mereka. Lelaki bermata merah itu tersenyum bangga melihat mereka bertiga.

"Kau jadi bahan ujikaji pertama aku. Aku baru sahaja belajar mentera baru ni. Kau tak akan dapat bersuara sampai bila-bila."

"Silent Reaper, kau dah selesai tugas kau?" Soal seorang jejaka bertopeng putih sepenuhnya.

"Mentera yang aku baru belajar itu menjadi. Hahaha!"

"Baik cepat sebelum dia tahu apa yang kita lakukan."

"Yalah."

Tubuh ketiga-tiga lelaki itu disembunyikan di satu tempat yang tersorok. Mereka berdua kemudian mula bergerak ke tingkat atas bangunan itu seperti yang dirancangkan.

...

"Tiga orang dah ditewaskan oleh Silent Reaper. Dua orang lagi ditewaskan oleh Silent Minder. Diorang berdua dah bergerak ke atas." Kata Dino. Dia telah hack sistem dalam bangunan itu menggunakan kepakarannya dalam ICT. Dengan menggunakan alat penjejak yang diberikan oleh HW kepada Baekhyun, mereka dapat mengesan kedudukan kumpulan Silent Encounter dan Shadow Hunter yang menjalankan misi di dalam bangunan itu.

"Dino, kau akan tunggu di luar bersama V. Edd dan Suga, korang boleh masuk  sekarang. Aku akan beri arahan selanjutnya. Korang berdua pergi ke bilik CCTV, kawal CCTV daripada dalam. Grim, kau dah letak barang tu di bilik CCTV? Suga dan Edd dah nak gerak ni."

"Dah, diorang dah boleh datang sini."

"Suga, guna kuasa teleportasi kau. Bawa Edd ke bilik CCTV." Kelibat Yoongi dan Dong wook hilang daripada tempat itu. Chan ralit memerhatikan pergerakan mereka di setiap aras yang berbeza. Dia hanya dapat mengesan kedudukan Silent Encounter dan Shadow Hunter dengan bantuan alat pengesan.

"Suga kepada Dino, kitorang sedang kawal CCTV. Hasil pemerhatian kami aras 7 ada lima orang pegawai yang sedang berjaga. Mungkin ada benda penting di aras tujuh."

"Silent Reader kepada Suga. Aras 7 ada bilik penyimpanan maklumat. Bilik itu memang bilik larangan, tak ada sesiapa yang boleh masuk tanpa izin ketua."

"Silent Killer kepada Raze. Bilik penyimpanan maklumat itu ada terdapat semua maklumat tentang pekerja di tempat ini. Aku pernah masuk bilik tu. Dalam tu ada komputer, mungkin ada baiknya kau bawa Dino ke tempat itu. Mungkin ada maklumat lain."

"Ketua, Devil dan Demon berada di aras 6. Mungkin diorang boleh habiskan orang di aras 7." Kata Chan.

"Grim kepada Raze, aku nak turut serta berlawan di aras 7. Benarkan aku sertai diorang berdua."

"Raze kepada Grim. Kau sahaja kalahkan diorang."

"Aku nak join!"

"Weh telinga aku sakit.."

"Auw..."

"Telinga aku nyaris nak berdarah."

"V, jangan jerit. Aku risau lepas misi ni aku jadi pekak je."

"Maaf semua.."

"Baiklah. Grim dan V akan habiskan orang di aras 7. Bila dah selesai, beritahu kami." Kata Baekhyun. Badan Taehyung hilang daripada tempat itu dan muncul di aras 7.

"Edd kepada Raze, aras 8 ada seorang yang sedang meronda di kawasan itu. Aku pelik kerana dia meronda seorang diri."

"Silent Timer kepada Raze, benarkan aku dan Silent Healer kalahkan dia. Dia orang kuat Pheonix Star, class A. Silent Healer mahu cuba berbincang dengan dia dahulu."

"Kalau perbincangan berjalan lancar, orang itu boleh sertai kita. Lagi ramai, lagi bagus."

"Silent Minder kepada Raze, aras 10 ada ramai orang. Minta bantuan! Aku takut aku dan Silent Reaper tak mampu lawan diorang."

"Silent Killer kepada Silent Minder, aku berada berhampiran. Cuba dapatkan kepercayaan mereka dahulu. Aku akan datang bantu kau pujuk mereka."

"Idea yang bagus. Kalau boleh kita mahu elakkan pertempuran." Kata Baekhyun.

"V kepada Raze, aras 7 dah clear. Dino dah boleh datang sini."

"Dino, kemaskan barang kau. Kita akan memerhatikan daripada dalam pula."

...

Kaito, Lyran dan Kaizo sedang dikepung oleh sepuluh orang pekerja assassin di aras 10. Mereka mula rasa gementar sebaik sahaja melihat kearah kumpulan itu.

"Pengkhianat huhh?"

"Kami datang secara aman. Kalau boleh kami tak mahu pertempuran." Kata Kaizo.

"Datang secara aman? Kau datang untuk musnahkan syarikat ini! Mustahil kami akan berdiam diri!"

"Kami bukan mahu jatuhkan syarikat ini. Kami mahu ubah syarikat ini supaya menjadi seperti dahulu. Kami mahu serahkan syarikat ini kepada pemilik asal yang sepatutnya ambil alih." Kata Lyran.

"Pemilik asal? Tuan Ethan ialah pemilik syarikat ini!"

"Kamu masuk ke dalam syarikat ini kerana ingin melindungi orang betul tak? Tapi mereka menyuruh kamu membunuh orang ataupun nyawa keluarga kamu menjadi taruhan. Kami dah jumpa pemilik syarikat pelindung ini.. dia akan ubah syarikat ini menjadi syarikat pelindung yang sebenar-benarnya." Kata Kaito pula.

"Maksud kau, keturunan Keisha ada yang masih hidup?" Soal seorang gadis.

"Ya, dia pewaris akhir. Dia kini kembali untuk tuntut hak dia. Dia mahu tebus kematian ahli keluarga dia." Kata Kaizo.

"Jadi kamu semua sanggup bekerja sebagai assassin? Bunuh orang sesuka hati mengikut apa yang Ethan suruh? Ataupun diserap masuk ke dalam syarikat pelindung?" Soal Lyran pula.

"Aku akan percaya kalau kau bawa dia ke sini."

"Aku akan ikut korang. Aku tak sanggup jadi assassin."

"Silent Reaper kepada Raze, diorang mahu berjumpa dengan Silent Healer."

"Aku dah berada di sini." Kata Raina. Dia diikuti oleh Mia yang setia bersamanya.

"Kau Raina Keisha? Cik Raina?"

"Ya." Raina membuka topeng mukanya. Tatu lambang keluarganya jelas kelihatan. Mereka terkejut melihatnya.

"Pewaris akhir..."

"Orang macam kami layak jadi pelindung? Kami dah bunuh ramai orang.."

"Setiap orang ada peluang kedua. Asalkan kau memang mahu berubah. Kau mahu melindungi orang lain, jadi aku akan terima korang." Kata Raina.

"Diorang semua memang mahu jadi pelindung. Kesemua mereka. Aku dah baca fikiran mereka." Kata Rin. Dia juga berada di situ, namun kedudukan dia tidak diketahui oleh orang lain.

"Ayuh sama-sama kita kalah Ethan."

"Misi pemberontakan, bersedia semua."

"Ya!"

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now