3️⃣0️⃣ Top 3 in Hatred Witch

20 1 0
                                    


"Syabas saya ucapkan kepada tiga orang agent yang berjaya menjalankan misi yang saya berikan dengan jayanya. Tahniah saya ucapkan kepada Lee Suwon, Hong Jisoo dan Hong Joshua kerana telah berjaya menamatkan misi 3 tahun tersebut. Kumpulan 21 juga telah berjaya dalam misi malam semalam. Jadi permohonan cuti telah diluluskan, selamat bercuti ya."

"Terima kasih tuan!!"

"Kamu dah boleh bersurai. Saya mahu berjumpa dengan kumpulan Silent Encounter. Tolong panggil mereka masuk, Raze."

"Menurut arahan, tuan pengerusi."

Baekhyun dan yang lain keluar daripada bilik pengerusi syarikat Hatred Witch itu dengan perasaan yang gembira. Siapa tak gembira bila dapat cuti, betul tak? Lagi-lagi Suwon, Jisoo dan Joshua. Tiga tahun misi diorang tanpa cuti, akhirnya waktu yang diorang nanti-nantikan telah tiba.

"Hyung nak ajak yang lain untuk pergi bercuti ke?" Soal Taehyung.

"Haah. Tapi esok hyung nak tidur sepuas hati dulu." Jawab Yoongi.

"Tidur je tahu." Kata Jisoo.

"Untung hyung cuti.. Chan tak dapat cuti lagi sebab baru masuk. Chan tengok misi semua macam best je! Tak sabar nak selesaikan misi nanti!" Kata Chan dengan semangat yang berkobar-kobar.

"Kau baru masuk kelmarin dah dapat anugerah penghargaan. Misi Pertama dah kalahkan penjahat yang kitorang buru selama tiga tahun ni, dalam masa tak sampai satu hari kau kalahkan dia?!" Kata Suwon dengan nada tidak berpuas hati.

"Hohoho! Tengok oranglah hyung! Setakat orang macam tu, petik jari pun boleh selesai." Kata Chan dengan nada riak.

"Tak baik riak."

"Berseronoklah dengan cuti korang, aku nak sambung bekerja." Kata Taehyung pula.

"Wait! Kau tak mohon cuti?" Soal Dong wook.

"Hyung ingat senang-senang je nak cuti? Lagipun jawatan Tae tinggi, susah nak apply cuti. Lusa kot, Tae minta untuk cuti. Banyak lagi laporan yang kena selesaikan." Kata Taehyung lalu hilang daripada pandangan mereka.

"Woah busy benar dia sekarang." Kata Joshua.

"Jawatan? Dia ada jawatan ke?!" Soal Suwon.

"Ketua Jabatan Siasatan."

"What?!"

"Alien pelik macam tu dapat jawatan penting?! Tak musnah ke syarikat nanti?!" Kata Suwon dengan nada terkejut.

"Apa kau fikir aku ni teruk sangat ke hah?!"

"Warghh alien mengamuk!!"

"Sini kau angsa!!"

"Ahh sh*t aku kena panggil Silent Encounter untuk berjumpa dengan ketua. Aku terlupa! Haish!" Kata Baekhyun lalu hilang daripada pandangan mereka.

"Agak-agak Baekhyun hidup lagi tak bila jumpa ketua nanti?" Soal Jisoo.

"Entahlah. Kita tengok dia cukup anggota ke tak nanti. Mana tahu kepala dia hilang ke." Jawab Joshua.

"Korang berdua ni dah mental ehh? Mungkin sebab jalankan misi paling lama dalam Hatred Witch."

"Aku setuju."

Suwon kembali ke tempat mereka berada dengan kesan cakaran pada mukanya. Jisoo, Joshua, Yoongi, Chan dan Dong wook berasa hairan melihatnya.

"Kau kena cakar dengan kucing ke kena cakar dengan alien?" Soal Yoongi.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now