3️⃣1️⃣ First Mission as Guardian

14 1 0
                                    

Kini kumpulan Silent Encounter dan Shadow Hunter berada di pejabat pengerusi syarikat Pheonix Star. Pejabat itu kelihatan kosong tanpa kertas kerja mahupun gambar hanya meja kerja, kerusi dan almari kosong sahaja yang terdapat di dalam pejabat itu.

"Percayalah cakap aku, tak sampai setahun almari itu akan penuh dengan kertas kerja." Kata Mia.

"Kau mahu pejabat ini warna apa? Mahu tambah apa-apa perabot supaya pejabat ini tidak terlalu kosong." Soal Lyran.

"Hmm.. mungkin di hadapan meja pejabat aku akan ada meja panjang berserta 8 buah kerusi. Kalau ada apa-apa misi penting, aku akan bincang di dalam bilik ini. Lagipun bilik ini terlalu luas." Kata Raina.

"Warna biru laut sesuai untuk bilik ini. Warna yang menenangkan bagi aku. Dan itu sahaja untuk sekarang." Katanya lagi.

"Kami boleh tolong cik Raina cat dinding pejabat ini." Pelawa seorang pekerja lelaki. Dia dulu bekerja sebagai assassin di bawah pimpinan Ethan, kini bertukar pihak kerana impian asalnya adalah untuk menjadi pelindung.

"Saya akan cari perabot yang cik mahukan."

"Ahh terima kasih! Saya hargai pertolongan kamu semua. Mungkin suasana di pejabat lain juga boleh diubah supaya kelihatan ceria. Barulah kita semangat untuk bekerja. Lagipun sekarang kita masih lagi sedang membangunkan semula syarikat pelindung ini." Kata Raina.

"Hal bayaran itu serahkan kepada Hatred Witch HQ. Lagipun syarikat pelindung saling bantu-membantu antara satu sama lain, bukan?" Kata seseorang. Mata mereka serentak tertumpu kepada figura lelaki yang muncul di kawasan itu.

"Salam perkenalan. Saya Yoo Seung Jo, ketua bahagian kewangan. Saya diarahkan untuk membantu membaik semula syarikat ini sebelum syarikat ini mula beroperasi." Kata Seung Jo lalu menunduk hormat.

"Salam perkenalan juga daripada saya, Raina Keisha. Pengerusi baharu syarikat ini." Kata Raina lalu tersenyum manis.

"Baiklah, kami akan bantu cik Raina menguruskan hal baikpulih syarikat. Cik boleh teruskan misi cik Raina tanpa sebarang masalah lain." Kata Seung Jo.

"Perbincangan di bilik kita. Mari kita mulakan."




...





Di bilik 1411, kini mereka mengambil tempat mereka sebelum memulakan perbincangan misi mereka.

"Aku dah masukkan data daripada pendrive itu ke dalam projector. Misi kita kali ini ialah..... Misi menjatuhkan Permaisuri?! Whatt?!" Kata Rin dengan nada terkejut. Nasib baik bilik mesyuarat diorang semua kalis bunyi. Kalau tak... Hurm..

"Jatuhkan Permaisuri?!"

"Kenapa?"

"Kaito, kau tahu apa-apa tentang ini? Aku tahu kau difitnah sehingga dibuang kerajaan, tapi janganlah kau berdendam sehingga mahu jatuhkan dia." Kata Lyran pula. Kaito melihat ke arah Kaizo, Kaizo hanya menganggukkan kepalanya.

"Kita akan terima tetamu jemputan selepas ini. Dia juga akan turut serta dalam misi ini." Kata Kaizo.

"Tetamu?"

"Korang betul-betul tekad kali ini ya.." kata Suwon. Kaito hanya tersenyum sinis.

"Well kami tak akan mulakan semua ini jika tidak mendapat kerjasama daripada orang dalam." Kata Kaito. Mereka mula berasa hairan mendengarnya, dalam istana ada pengkhianat kah?

"Orang dalam?"

Pintu bilik mesyuarat mereka diketuk daripada luar. Kaizo berdiri daripada tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu itu. Kaito pula berdiri daripada tempat duduknya.

Meeting of Shadows (repub)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora