3️⃣2️⃣ Capture Her!

15 2 0
                                    

Kaiko kembali ke biliknya menggunakan kuasa teleportasi bayangan miliknya. Dia membuka almari pakaian lalu mengambil sebuah baju kalis peluru dan sihir lengan panjang berwarna kelabu dan baju hoodie berwarna jingga.

Selesai sahaja menyalin pakaiannya, dia menilik pantulan wajahnya pada cermin yang terdapat di dalam bilik itu. Dia menyentuh lehernya, lalu tersenyum nipis.

"Siapa sangka dalam masa satu bulan lebih, kamu berjaya mahirkan diri kamu dengan magis ilusi. Kamu buat mereka semua fikir yang kamu telah cederakan aku dengan pisau, hakikat kamu menggunakan magis ilusi agar mereka semua fikir aku dikelar." Monolog Kaiko. Jam ditangannya ditilik sebelum dia mula bergerak menuju keluar dari biliknya.

"Tepat jam 11 malam, operasi akan dimulakan."

Kedengaran suara adik bongsunya di cuping telinganya. Dia tersenyum nipis lalu berjalan menuju ke bilik singgahsana istana, tempat dimana semua itu akan ditamatkan.

"Semua ni akan berakhir... Bonda Hara, kami akan tebus kematian bonda.."

...

Kelihatan suatu figura bertopeng separa berwarna hitam dan memakai topeng mulut berwarna hitam sedang berjalan di sekitar istana ditemani oleh seorang lagi figura bertopeng separa berwarna putih dan memakai topeng mulut berwarna putih. Masa di istana telah dihentikan oleh gadis bertopeng putih itu manakala gadis bertopeng hitam sibuk membaca fikiran setiap penghuni istana itu.

Sebaik sahaja selesai tugas mereka, lelaki bertopeng hitam putih mengambil gilirannya untuk beraksi. Gadis bertopeng putih telah menanda setiap pengkhianat istana itu dengan menggunakan magis miliknya, jadi lelaki bertopeng hitam putih itu hanya perlu menyingkirkan pengkhianat sahaja. Seorang lagi lelaki bertopeng biru tua mengambil bahagian dalam memindahkan dayang dan sida-sida yang masih lagi setia kepada raja ke tempat yang selamat agar mereka tidak diapa-apakan semasa pertempuran nanti.

"Devil, kau dah clone kan diri kau?" Soal Suwon melalui alat penghubung.

"Done. Aku dah copy 5 salinan pegawai. Clone aku akan berada di sana sebagai helah untuk memperdayakan dia." Jawab Jisoo.

"Good. Kalau dah selesai, kita bergerak ke sana segera sebagai back-up." Kata Suwon.

...

"Kanda? Kenapa kanda memanggil dinda menghadap? Misha? Anakanda Kaiko? Anakanda Kairo?" Soal Hara atau lebih dikenali sebagai Clara, sang penyamar.

"Yalah, kenapa tuanku memanggil kami ke mari?" Soal Misha, ketua gundik Raja.

"Beta mahu buat penghitungan..." Kata Raja Kairul. Secara tiba-tiba muncul dua figura berkerudung hitam yang memakai topeng muka penuh berwarna hitam dan putih.

Pegawai Raja mula mengelilingi raja, permaisuri dan putera demi melindungi keselamatan mereka.

"Siapa kah gerangan yang menceroboh istana beta?!" Marah raja Kairul. Mereka semua mula bersiaga, nyawa mereka mungkin berada di dalam bahaya.

"Ayahanda dah lupakan anakanda?" Soal figura bertopeng putih. Dia mara selangkah ke hadapan lalu membuka topengnya dan mengalihkan kerudung yang menutupi wajahnya. Mereka terkedu apabila melihat wajah jejaka itu.

"Anakanda Kaito.."

"Kita berjumpa lagi, ayahanda. Maaflah anakanda masuk dengan memakai pakaian begini." Kata Kaito lalu tersenyum. Kaiko tersenyum nipis sebelum mula hilang daripada kedudukan dia dan muncul di sebelah kiri Kaito.

"Kakanda Kaiko? Kenapa kakanda berada di situ?" Soal Kairo.

"Masih tidak jelas lagi? Ataupun kau berpura-pura tidak tahu apa-apa tentang ini?" Kata figura bertopeng hitam.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now