28

4.1K 77 109
                                    

Pagi ini, hujan lebat menimpa bumi Langkawi. Mardiana masih berselimutkan duvet hingga menutup seluruh tubuhnya. Sengaja dia berkeadaan sedemikian, meskipun tidak selesa untuk terus berlingkar seperti ular sawa di atas katil.

"Baby sayang, kalau you tak nak bangun, I terpaksa pergi ke site terlebih dahulu. I banyak benda nak kena buat kat site tau. Kalau you rasa lapar, you ajak Iqbal temankan you. Rasanya dia tak akan kemana-mana pagi ni." Kata Muzaffar tegas. Matanya menjeling sekilas pada Mardiana yang bersembunyi di sebalik duvet. Dia tidak punyai banyak masa untuk memujuk sang isteri yang sedang merajuk. Pagi ini dia mempunyai temujanji dengan pembekal di tapak projek, jadi dia harus bergegas agar tidak terlewat. Rajuk isterinya tidak boleh terlalu dilayan.

Mardiana teguk liur. Bibirnya diketap kuat, bengang dengan kata-kata suaminya. Sememangnya dia enggan bangkit untuk bersarapan kerana tiada selera. Ditambah pula dengan rasa sakit hati yang membuak-buak terhadap Muzaffar, makin menjadi-jadi rasa malasnya untuk bangun. Dia berdecit perlahan. Panas hatinya apabila mengenang peristiwa malam tadi. Muzaffar telah mendatanginya secara paksa. Biarpun dia tahu tugas seorang isteri untuk melayan kehendak batin suami, namun tidak bolehkah seorang suami meminta dengan cara yang elok dan bukan dengan paksaan?

Saat telinganya menangkap bunyi tombol pintu dipulas oleh Muzaffar, Mardiana menyelak duvet supaya matanya dapat melihat kelibat sang suami yang melangkah keluar. Dia ingin pastikan bahawa Muzaffar benar-benar sudah pergi. Dalam masa yang sama dia menahan diri supaya tidak bangkit dari katil. Ternyata Muzaffar tergamak pergi begitu sahaja tanpa memujuk dirinya. Biarpun dia tahu Muzaffar bergegas pergi atas desakan tugas, namun sedikit sebanyak hatinya berasa sedih dan kecewa kerana suaminya tidak berusaha melayan rajuknya.

Matanya terbuka luas. Mardiana baring menelentang dengan duvet yang dibiarkan terselak semakin luas. Lemas juga berselubung begini. Panas hatinya sama dengan panasnya dia berselubung di dalam duvet ini. Diamnya tadi bukan dia tidak mendengar bahkan setiap kata-kata Muzafar menerobos masuk ke telinganya. Bukan dia tidak berasa lapar. Cuma egonya yang tidak membenar untuk dia menuruti permintaan Muzaffar untuk bersarapan bersama sebentar tadi.

Dia mahu lancarkan perang dengan Muzaffar secara silent treatment dan memboikot suami sendiri. Sungguh, hatinya benar-benar tersinggung! Dia mulai bosan dengan sikap pentingkan diri Muzaffar.

Dirasakan bahawa dirinya sudah muak menjadi 'bantal peluk' kepada lelaki yang angkuh itu. Hati perempuannya memberontak saat Muzaffar memperlakukannya seperti perempuan pelacur. Mengulit dan membelai akan tubuhnya hanya semata-mata untuk kepuasan seksual sendiri, langsung tidak peduli tentang perasaannya yang ingin dibelai dan dimanja. Muzaffar tidak peduli semua itu. Suaminya itu memang laki-laki durjana!

'Astaghfirullahalazim...'

Kepala digeleng perlahan. Tidak patut dia melemparkan kata-kata kesat itu kepada Muzaffar. Namun rasa marah terhadap suaminya itu yang membuatkan dia mencemuh dengan bahasa yang sedikit kesat. Dia menekup mulut dan menjentik bibir bawahnya sebagai denda kerana telah  memaki hamun Muzaffar.

Pun begitu, apabila terkenangkan peristiwa malam tadi, dia mendengus geram. Cadar katil diramas sekuatnya. Sedikitpun dia tidak menikmati hubungan ranjang bersama Muzaffar walaupun telah meraih puncak orgasme. Sebaliknya dia merasakan perit dan pedih pada bahagian segitiga emasnya akibat ditujah secara kasar. Sepanjang proses itu berlangsung, jiwanya cukup terseksa. Dia merasakan telah disakiti emosi dan fizikal.

Saat ini wajah Iqbal muncul di ruangan mata. Kekasihnya itu mendatanginya dengan lembut dan penuh rasa cinta. Ternyata Iqbal pandai membelai dan memanjai dirinya. Mulalah dia membandingkan suaminya dengan Iqbal. Di hatinya, Iqbal adalah pemenang .

Mardiana capai bantal di sebelah dan dipeluk. Bukan sengaja dia membuat perbandingan di antara dua lelaki yang bersamanya. Layanan Muzaffar jauh berbeza berbanding Iqbal. Suaminya terlalu dingin dan beku. Langsung tiada kelihatan ekpresi cinta dari riak wajahnya. Sentuhan  Muzaffar langsung tidak menyentuh hingga ke dasar hatinya. Segalanya dirasakan keras dan beku. Tidak mesra dan romantis seperti dahulu, ketika tahun-tahun awal perkahwinan mereka. Lewat kebelakangan ini dirasakan serba-serbi hambar dan tawar.

Yang Terlarang Itu GodaanUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum