3️⃣3️⃣ New Mission

21 1 0
                                    

Jisoo dan Joshua masing-masing sibuk mengemas barangan mereka. Misi tiga tahun mereka telah tamat, jadi kini mereka akan berangkat pulang ke dunia asal mereka. Suwon melangkah masuk ke dalam rumah sewa milik mereka bertiga lalu merebahkan badannya di atas sofa seraya mengeluh.

"Kau tak kemas barang kau kah?" Soal Joshua.

"Kemas barang untuk apa?"

"Misi kita dah habis bukan? Hari esok kita perlu berangkat pulang ke dunia kita." Kata Jisoo. Suwon menepuk dahinya tatkala teringat hari esok.

"Aku ada misi lagi sebelum cuti tiga bulan.." kata Suwon.

"Kenapa cuti kau makin lama makin bertambah?" Soal Jisoo dan Joshua serentak.

"Err... Aku minta. Lagipun misi aku kali ini ambil masa 5 hari." Kata Suwon.

"Kenapa kau sahaja yang terlibat?" Soal Jisoo.

"Aku, Baek dengan Kaizo. Misi kali ini melibatkan ketua kumpulan sahaja." Kata Suwon.

"Rumah ni tamat bayaran sewa esok. Kau nak tinggal mana nanti?" Soal Joshua.

"Aku cuba tanya Baekhyun dengan Kaizo nanti. Korang terus balik rumah ke nanti?"

"Tak. Kitorang tinggal di hostel HW selama seminggu dahulu. Kita balik sama-sama nanti. Kitorang tunggu kau habis misi dulu."

"Baiklah.. nanti kita jumpa diorang semua sama-sama."

"Yesss!"

"Alang-alang dah cuti, movie jom!"

"Walaupun aku tak cuti lagi, aku nak join!!"

--------------------:-)--------------------

"Aku dah tiada sesiapa lagi... Ibu dan ayah aku mati akibat kemalangan maut... Adik bongsu aku mati akibat kecuaian dia bermain di lift yang belum siap diselenggarakan... Aku dituduh membunuh adik kedua aku dan menyimpan mayatnya di bawah katil bilik aku... Mereka kata aku gila... Aku tak gila! Atau aku... Memang dah gila?"

Kelihatan seorang gadis memeluk tubuhnya di kawasan hutan. Kedengaran bunyi air terjun daripada tempatnya itu. Pakaiannya kelihatan agak lusuh, dia melarikan diri dia daripada tempat dia berada sebelum ini. Dia terseksa disana, semua memandang hina kepadanya.

"Mei! Mana kau!"

Gadis itu tersentak apabila mendengar suara itu. Badannya mula menggigil tanpa sebab. Dia bangun daripada tempatnya dan mula berlari tanpa arah. Dia tidak mahu dirinya dijumpai oleh sesiapa pun. Tanpa dia sedar dia kini sedang menuju ke arah air terjun berhampiran dengan tempatnya berada.

...

"Ini balasan kau atas apa yang kau buat..."

"Kau layak terima hukuman ini..."

"Pembelot seperti kau layak mati!"

Kelihatan seorang figura sedang tersenyum sinis melihat mayat mangsanya yang telah dibunuh. Dia menggantung mayat itu supaya orang lain menganggap dia mati akibat bunuh diri. Dia mula mengesan kehadiran orang lain di tempat itu. Dia lantas menyembunyikan dirinya.

Seorang gadis tiba di tempat itu, dia tercungap-cungap menahan lelah setelah lama berlari. Sebaik sahaja dia ingin meneruskan langkahnya, dirinya terkaku apabila melihat mayat seorang lelaki yang tergantung di kawasan itu.

"Lelaki itu.... Dialah yang membunuh adik aku.. kenapa dia bunuh diri? Kerana rasa bersalah? Kenapa kau tidak mati ditangan aku?! Disebabkan kaulah aku hidup merana!" Kata gadis itu.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now