3️⃣6️⃣ Accept the Fate

11 1 0
                                    

Seorang remaja lelaki sedang asyik merenung ke luar jendela. Dia baru sahaja selesai menjalankan misi selama satu hari bersama ketua kumpulannya. Kini dia diberi cuti selama seminggu atas ganjarannya menghalang Idrafe melarikan diri. Tanpa remaja itu sedar, pintu biliknya telah dibuka oleh seseorang.

“Lee Chan?”

Remaja itu tersentak apabila namanya disebut. Dia lantas melihat ke arah seorang lagi remaja lelaki yang menyebut namanya.

“Jun hyng?! Macam mana hyung boleh berada di sini?” soal Chan.

“Hyung tinggal di sini untuk sementara. Tak sangka kita berada di tempat yang sama.” Kata Junhui lalu tersenyum.

“Kenapa hyung tinggal di sini? Hyung Hatred Witch agent juga kah?” soalnya lagi.

“Tak, hyung berada di sini untuk latih kuasa hyung. Disebabkan Joshua hyung dan kau lah, hyung tekad dengan matlamat hyung. Kamu tinggalkan kami demi terima dugaan hidup kamu, Joshua hyung pula tinggalkan kita demi keselamatan kita. Hyung pula tinggalkan mereka demi menuntut kematian keluarga hyung. Kalau kau nak tahu, hyung pun wizard macam kau juga.” Kata Junhui. Chan menatap hyungnya dengan pandangan yang tidak percaya.

“Hyung pun macam Chan juga?! Hyung ada kuasa apa?” soal Chan dengan nada teruja.

“Kuasa cahaya. Chan ada kuasa apa? Hyung lupa nak tanya kamu.” Soal Junhui seraya menjawab soalan Chan.

“Kuasa halilintar. Chan nak tanya hyung sesuatu. Macam mana keadaan diorang lepas Chan tinggalkan mereka??” soal Chan.

“Diorang meroyan lagi-lagi Jeonghan hyung.” Kata Junhui lalu ketawa kecil diikuti oleh Chan.

“Terasa seperti adik derhaka pula. Hehehe..” kata Chan lalu ketawa kecil.

“Setuju..”

“Terima kasih kerana telah menjalankan misi dengan jayanya. Maaf kerana telah mengganggu kamu berdua.”

“Itu telah menjadi tugas kami, tuan.”

“Ouh ya, maklumkan maklumat yang kamu berdua peroleh kepada Grim. Saya yakin maklumat itu berguna untuk misi mereka bertiga.”

“Baik tuan!”

“Kamu boleh bersurai.”

 

“Akhirnya misi kita telah tamat! Tak sabar mahu berjumpa dengan Haneul!” kata Jihyo lalu tersenyum gembira apabila terbayang wajah anaknya itu.

“Oppa juga. Harapnya Baekhyun tak buli anak kita nanti.” Kata Gary. Malangnya perkara yang berlaku ialah sebaliknya.

“Dah sampaii!”

Gary dan Jihyo menekan loceng rumah milik Baekhyun. Beberepa minit kemudian, pintu rumah itu dibuka daripada dalam.

“Ehh?! Noona dan hyung dah sampai? Cepatnya.. Masuklah ke dalam.”

“Joshua? Bila masa kamu balik dunia ni?” soal Gary.

“Sejak semalam lagi, hyung. Kitorang tumpang rumah Baekhyun. Dia minta kitorang jaga anak buah dia sementara dia selesaikan misi dia.”

“Menyusahkan kamu sahaja..” kata Jihyo pula.

“Saya dengan Jisoo tak kisah pun. Lagipun kitorang sedang cuti sekarang. Jisoo tu suka budak-budak, terus paksa saya datang sini bila Baekhyun hubungi kami semalam.”

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now