3️⃣7️⃣ Zodiac Hunter

10 1 0
                                    

Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di hadapan sebuah bilik seseorang. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain sebelum salah seorang daripada mereka mengetuk pintu bilik itu.

"Masuk."

"Suwon, kau buat apa?" Soal Kaizo sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu.

"Ermm sedang siasat kes pencerobohan itu. Kenapa? Gary hyung dan Jihyo noona dah balik ke?" Soal Suwon.

"Dah tadi. Diorang ada bagi maklumat sikit tentang kes kita." Kata Baekhyun lalu menyerahkan dokumen kepada Suwon. Suwon tanpa membuang masa terus membaca dengan teliti dokumen itu.

"Bagus! Aku dah jumpa apa yang aku cari! Finally!" Kata Suwon lalu baring di atas katilnya. Dia buat semua kerja tu atas katil, memang berselerak katil dia dengan kertas dokumen.

"Kau cari apa?" Soal Baekhyun lalu bersila di atas lantai. Tangannya mencapai helaian kertas yang terdapat di atas katil milik Suwon itu. Kaizo pula mengambil kerusi belajar di bilik itu lalu duduk berhampiran dengan katil itu.

"Simbol apa yang kau lukis?" Soal Kaizo.

"Ingat tak misi SE yang pertama? Alah yang korang selamatkan aku dulu tu." Soal Suwon kepada Kaizo.

"Ingat. Kenapa? Tunggu dulu... Ini.."

"Tepat sekali! Penceroboh itu memakai baju hoodie yang ada logo kumpulan Thé Drakon. Gary hyung dengan Jihyo noona dapat misi untuk siasat kumpulan mafia tu yang buat kacau di negara Varians." Kata Suwon.

"Jadi hacker tu daripada kumpulan itu kah? Apa kaitan dia dengan Taehyung?" Soal Baekhyun.

"Hacker tu bukan daripada kumpulan mafia tu. Lagipun kumpulan tu mana kenal Hatred Witch. Diorang daripada negara Varians bukan? Kalau Pheonix Star, diorang kenallah." Kata Suwon lagi.

"Jadi yang kes Taehyung tu macam mana?"

"Aku ada cari maklumat tentang Thé Drakon, ada salah seorang ahli diorang ni dihukum untuk mati. Namun dia masih lagi hidup sekarang kerana dia berjaya meloloskan diri. Sebab kenapa dia dihukum, kumpulan Zodiac Hunter dedahkan maklumat kumpulan diorang. Dia bertanggungjawab atas segala maklumat kumpulan memandangkan dia Data Keeper kumpulan itu." Terang Suwon.

"Zodiac Hunter? Tak pernah dengar pun." Kata Kaizo.

"Diorang kumpulan yang bergerak dalam bayang. Kau tak tahu kerana kumpulan itu aktif di human world sahaja. Aku pun baru tahu tentang kumpulan tu. Malam ni kita akan siasat tentang kumpulan tu, aku yakin hacker tu daripada kumpulan Zodiac Hunter. Taehyung pula... Mungkin kita akan dapat maklumat tentang itu nanti.." Kata Suwon dengan nada serius.

"Kalau itu yang kau nak.."




--------------------:)--------------------




Seorang figura berpakaian hitam sedang berjalan di kawasan hutan. Dia memerhatikan keadaan sekeliling dia sebelum mula melangkah ke tempat rahsia miliknya. Tanpa dia sedari, kelibatnya diperhatikan oleh orang lain.

"Got you!" Kata si pemerhati lalu tersenyum sinis. Telefon miliknya dikeluarkan lalu menghantar teks pesanan ringkas kepada seseorang.

"Misi seterusnya serahkan kepada mereka. Finally.." kata pemerhati itu lalu mengeluh lega. Dia tidak menyedari bahawa bahaya sedang menantinya.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now