3️⃣9️⃣ Who are they?

13 1 0
                                    

Suwon memandang datar ke arah dua orang sahabatnya yang terlentang tidur di atas katil dan sofa miliknya. Dia mengeluh kecil lalu menuju keluar daripada biliknya. Sofa ruang tamu tingkat atas menjadi destinasinya.

"Itu bilik aku atau bilik mereka? Katil dengan sofa aku diorang kebas. Macam kena halau daripada bilik sendiri sahaja." Kata Suwon lalu terlentang di atas sofa di ruang tamu itu.

"Jam tepat pukul 4 pagi. Kenapa mata aku segar semacam ni? Aku nak tidur, badan aku penat tapi mata aku tak nak bagi kerjasama."

"Andainya esok ada misi mengejut, kalau aku pengsan tu maknanya aku dah sampai had aku.."

"Kau juga yang cari pasal makan serbuk kopi tadi."

Suatu suara menjawab kata-katanya. Suwon memasang wajah datar.

"Diamlah Won tak! Aku tak seru kau pun, tak aman ke apa?" Bebel Suwon. Won tak muncul di hadapannya dan duduk di atas sofa berhampiran dengan Suwon.

"Memang kau tak seru kitorang. Itu yang menjadi misteri di sini. Kenapa aku muncul tiba-tiba di sini?"

"Kau rindu aku kot."

"Mungkin aku dah gila sebab tu aku rindu kau."

"Tch!"

"Perangai pelik kau semakin menjadi-jadi ya, sekarang? Siang tadi makan serbuk kopi sebab nak rasa. Sebelum ini kau makan serbuk koko sebab kau ingat rasa dia sama macam milo."

"Perkara lepas jangan dikenang."

"Paling lawak sekali, kau makan dakwat pen merah sebab kau kata bau dia macam strawberi. End up kau merana lepas makan."

"Jangan ungkit weh!" Kata Suwon lalu menekup kepalanya dengan kusyen sofa. Well yang dakwat pen tu Author pernah makan sebab tak sengaja. Author nak tiup benda tu supaya dakwat dia keluar sekali author tersedut dakwat tu. Tak sedap woo.. bau je sedap.

"Yang kau ni dah kenapa tekup muka tu? Tak boleh tidur lah tu."

"Jisoo? Apa kau buat kat atas ni?" Soal Suwon lalu membetulkan kedudukan dia.

"Aku dengar ada orang tengah membebel kat atas seorang diri. Ni tak boleh tidur sebab makan serbuk kopi lah ni?" Kata Jisoo dengan nada sinis.

"Diamlah."

Suasana menjadi sunyi sepi buat seketika. Jisoo kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

"Jisoo, Josh dah balik ke?" Soal Suwon.

"Belum lagi. Kenapa kau tanya?"

"Aku minta dia buat sesuatu. Aku nak tahu apa keputusan siasatan dia."

"Oohh.. mana Kaizo dan Baekhyun?"

"Menyemak bilik aku. Diorang buat bilik aku macam bilik diorang." Kata Suwon dengan nada tidak puas hati.

"Hehehe..."

"Kenapa kau tak tidur lagi? Dah lewat dah ni."

"Aku baru bangun lah. Aku tidur awal semalam sebab bosan."

"Jadi aku je lah yang tak normal sekarang ni.."

....

“Oh tuhan! Seungcheol! Kau buat kami hampir gila bila kau menghilangkan diri hampir satu hari!” marah Jeonghan sebaik sahaja tiba di hospital. Joshua segera memaklumkan keadaan Seongcheol kepadanya sebaik sahaja mereka tiba di hospital.

Meeting of Shadows (repub)Where stories live. Discover now