"Hi..hi..hi...... ""Tidak disangka dengan ilmu sejengkal, kau boleh menerobos masuk ke tempat aku."
Lelaki itu memutarkan tongkat emas naga dengan kecepatan tinggi melemparkan ke udara lalu menangkap kembali.
Sebelah lagi tangannya menarik hujung topi sehingga menutupi matanya.Bergaya.
Lelaki itu kurus tinggi.
Lebih tinggi dari kebanyakan orang Melayu, Rafik mengagak lebih 6 kaki.
Di tambah pula dengan topi tinggi yang biasa dipakai oleh ahli silap mata dalam pertunjukan.
Malah keseluruhan pakaian lelaki itu serupa dengan pakaian ahli silap mata.
Berbaju sut gelap, lebih tepat kelabu gelap yang hampir hitam.
Ada mantel separas pinggang di belakang juga berwarna kelabu gelap tetapi bahagian dalamnya berwarna hijau berkilat."Biar aku perkenalkan diri."
Lelaki itu menanggalkan topinya."Namaku Nongku. Aku bergelar Sri Insan Alam Pertawi, pawang yang menguasai bahagian tanah Melayu ini, melintasi Segenting Kra sehingga ke pergunungan Daeng Lao utara negara Siam " ujar Pawang Nongku lantas menunduk menyilangkan tangannya tanda pengenalan.
"Wahai bomoh, kau termasuk dalam kawasan pengaruhku," tiba-tiba Pawang Nongku bertempik sambil meluruskan tongkat naganya ke arah bomoh.
Serentak itu angin menderu-deru menerpa bomoh sehingga hampir dia terpelanting.
Rafik mendapat tempias deru angin yang sama sehingga dia hampir terdorong ke belakang.Pawang Nongku menarik kembali tongkat naganya yang serta-merta menyebabkan deruan angin terhenti.
"Hi..hi..hi..," gelihati benar Pawang Nongku mempermainkan bomoh dan Rafik.
"Maka menurut pantang larangnya kau dilarang untuk mengamalkan perbomohan selama mana aku ada di sini. Tidakkah kau tahu pantang larang berbomoh?" soal Pawang Nongku sinis sambil menghentakkan tongkat naga ke bumi yang mengeluarkan bunyi bergema dan gegaran.
Bomoh kelihatan serba-salah.
Dia tahu pantang larang tersebut.
Di saat menerima penamat ilmu, telah diturunkan oleh gurunya juga segala petua dan larangan."Adapun bomoh, tabib dan dukun sekiranya Pawang memasuki kawasan, maka tawarkan segala ilmu, hentilah segala amalan."
"Orang sakit minta tolong. Kewajipan aku untuk menolong," bomoh cuba mempertahankan tindakannya.
Resah dan serba-salah.
Jika benar terlanggar pantang, untuk menebus bukannya mudah.
Banyak amalan serta petua perlu dilaksana, malah jika pawang murka boleh hilang segala ilmu di dada.Bomoh menurunkan tangannya, mengendurkan tenaga pelindung.
Petanda tunduk pada wibawa dan pengaruh pawang. Gegelung cahaya hilang dari pandangan."Apa yang tok bomoh lakukan ni?" tanya Rafik.
Rafik gelisah.
Tindakan bomoh bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, tetapi juga bahaya terhadap pesakitnya, akak Shikin.
Malah bahaya juga pada Rafik yang bersamanya di alam makhluk halus itu.
Rasa gelisah Rafik bertambah kerana dia tidak membawa kelengkapan yang cukup untuk mempertahankan diri. Bahkan bukan niatnya untuk ikut bersama ke alam itu."Bukan urusan kau," tingkah bomoh keras.
Rafik tidak puas hati.
Dia perlu bertindak.
Menurut petua ilmunya dia perlukan limau nipis sebagai asbab ilmunya.
Tanpanya, Rafik boleh mencuba namun belum tentu berjaya menimbulkan auranya..Tetapi dia tidak ada jalan lain.
Berundur maka akak Shikin dalam bahaya. Pawang Nongku akan melancarkan sihir yang lebih teruk kerana dirinya telah didedahkan.
YOU ARE READING
Rafik 2 Sulur Bidar
Paranormal'Dia lantas menyapu darah itu dengan selendang nipis yang ada di tangannya. Nafasnya mengah turun naik. Bertentangan dengannya tiga lembaga dengan kayu di tangan. Pakaian seragam hitam mereka melambangkan status soldadu atau panglima perang. Berbulu...