3.01 : "Not A Dream"

113 16 1
                                    

Bandar yang sangat tenang, Mizuno Himeno seorang gadis berumur dua puluh tiga tahun bekerja sebagai artis animasi di sebuah syarikat megah sedang duduk di mejanya melakukan tugas.

Himeno : "Haah.... Penatnya."

Tidak lama kemudian, datangnya seorang gadis berambut perang ikal mayang menyapanya Himeno yang tidak habis-habis mengeluh.

"Tak settle lagi ke, Himeno?"

Himeno : "Belum, Lydia. Banyak lagilah kerja ini.... Nak kena siapkan borang agreement untuk release rancangan animasi terbaru kita lagi. Haih...."

Panjang lebar Himeno meluahkan rasa letih kepada gadis yang digelarkan sebagai Lydia. Dia itulah rakan karib Himeno sejak dia memulakan kerjaya di situ.

Namun begitu, tiada apa yang dapat Lydia bantu bagi meringankan beban rakan karibnya itu. Hanya bersimpati sahaja yang termampu untuknya.

Lydia : "Kasihan kau."

Himeno : "Hmm.... Lydia? Kau free tak rabu ini?"

Sekilas Himeno menukar topik perbualan mereka.

Lydia : "Biar aku check balik."

Tanpa berlengah, Lydia membuka telefon bimbit untuk melihat jadual kerjanya. Sebulat-bulat Lydia memeriksa jadual yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya.

Lydia : "Hari Rabu eh? Mmm.... Petang itu aku free. Pagi aku ada meeting dengan si Shad. Kenapa tanya?"

Persoalan Lydia tidak dibiarkan sepi. Segera Himeno menyampaikan hasratnya.

Himeno : "Aku nak ajak kau hang out...."

Lydia : "Hang out di mana?"

Himeno : "Di kafe tepi tasik itu."

Lydia : "Oh...! Yang baru buka itu eh? Boleh! Lepas sahaja aku habis meeting aku terus call kau ya?"

Penuh teruja Lydia bersetuju akan rancangan Himeno. Tidak sabar-sabar hatinya untuk ke kafeteria yang sedang viral di bandar itu.

Himeno : "Okey.... Jumpa hari Rabu."

🌸🌸🌸

Hari Rabu sudah pun menjelang. Seperti yang telah di rancang, Himeno dan Lydia sedang duduk di kafeteria yang dimaksudkan. Kafeteria itu menjadi lokasi kegemaran dek kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan tasik.

Lydia : "Syoknya dapat tengok tasik sambil makan parfait...."

Himeno : "Kan? Aku dah lama nak ajak kau ke sini. Akan tetapi sejak kita ada projek animasi baru ini, masing-masing busy."

Lydia : "Itulah. Karya animasi kita untuk season sebelum ini mendapat sambutan hangat. Jadi untuk season kedua ini, sudah semestinya ramai orang yang sangat ternanti-nantikan."

Sungguh meriah perbualan mereka. Namun begitu, keterujaan mereka tiba-tiba melesap pergi apabila terdapat sebuah pulau jatuh dari langit. Pulau aneh itu terhempas jatuh betul-betul di atas tasik di sebelah kafeteria yang mereka duduki.

Fenomena dahsyat itu di tatap oleh orang ramai. Tidak dinafikan kesemua rakyat marhaen sangat terkejut menyaksikan apa yang telah berlaku. Bahkan ada juga yang bertindak berlari ketakutan termasuk kedua-dua sahabat ini.

Himeno : "A... apa ini?"

Agak jauh berlari, Himeno berhenti seketika untuk memerhatikan pulau tersebut dengan penuh rasa curiga. Bertambah mengejutkan apabila adanya makhluk berwarna hitam seperti bayang terbang keluar dari pulau tersebut.

Unknown Cat : The Final Wave©Where stories live. Discover now