Part 1

4 0 0
                                    

Jangan berlagak bagus kalau hakikatnya tak mampu buat apa-apa. Kita hidup didunia bersama, kongsi udara, kongsi tanah, bumi, hujan, semua benda dikongsi. Kalau rasa diri tu hebat, kenapa tak pindah duduk diplanet lain terus. (bisik suara hatiku, hakikatnya aku yang pengecut kerana tak mampu huraikan apa apa di realiti. Hanya mampu melepaskan marah didalam hati.)

Sering kali aku bertengkar dengan rakan sekelas ku. Mereka terlalu angkuh terhadapku. Dek kerana aku hanyalah anak dari keluarga yang miskin dan tidak semampu mereka yang mempunyai kekayaan dan kesenangan. Dan kerana asal usulku, aku sering diabaikan oleh rakan sekelas ku.

(10.20 PAGI) - Waktu rehat sudah tiba, perut pun dah mula lapar... (bisik hatiku) Aku berjalan kaki menuju ke kantin untuk membeli makanan. Yang selalu ku beli adalah roti 50sen. Itu sahaja yang aku mampu. Wang saku tidaklah banyak. Kadang kala hanya 50sen sahaja aku bawak belanja kesekolah. Ibu ku tidak mempunyai wang yang cukup untuk seharian. Dan aku tidak mempunyai ayah.. Ibu ku hanya meniaga dipasar malam setiap hari. Kadang kala cuaca hujan hasil niaganya langsung tidak ada. Sehingga kadang kala, kami mengikat perut untuk tidak menjamu makanan apa apa. Jangan risau...Aku sentiasa memahami keadaaan keluarga ku..

Memandangkan waktu rehat sudah tiba, aku terus menuju ke kantin dan beratur untuk membeli makanan. Aku hanya keseorangan. Aku tidak pernah mempunyai rakan. Dari aku kecil sehingga kini aku masih tidak pernah mempunyai rakan. Maklumlah, aku hanya seorang Budak miskin dan sering digelar sebagai " gila " kerana aku sering bercakap seorang diri. Ya...bukan gila, cuma suka bersembang dengan haiwan dan anak patung sahaja. Kerana tiada siapa lagi aku boleh bercerita

Setelah beratur dikantin tiba tiba ada seorang murid lelaki menarik tudungku sambal berkata " KETEPI LAH BOD*H ". Aku ditepis lalu aku terjatuh bersama wang syilingku. Murid murid yang lain mentertawakan ku. Mana tidaknya, aku jatuh dilantai dan tudungku tertarik kebelakang kerana murid lelaki tersebut.

Aku bangun kembali membetulkan tudungku, sambal mengutip satu per satu syiling ku yang bertaburan di atas lantai. Akhirnya makanan yang aku mahu beli sudah pun habis dijual.

Dan aku pun berlalu pergi dengan perut yang kosong

Waktu rehat sudah pun habis. Lonceng berbunyi menunjukkan kelas sudah bermula. Aku berlari ingin menuju ke kelas. Dan ada seseorang membaling botol minuman ke arah kepalaku dari tingkat atas.

" HAHAHAHAH " mereka mentertawakan ku. Jelas sekali mereka sengaja mencampakkan botol itu. Aku berlalu pergi dengan menahan sebak didada. Gengaman dendam ditanganku bukanlah tanda aku benci. Aku tidak pernah diajar oleh orang tuaku supaya berkelakuan jahat terhadap sesiapa. Orang tua ku mendidik aku dengan baik sekali. Aku marah sekalipun, aku hanya simpan dihati. Aku tidak mahu membalas, cukuplah Allah sahaja yang menguji.

Duduk di tepi tingkap adalah perkara yang aku suka didalam kelas. Meja sebelahku kosong. Seorang pun tak mahu duduk disebelahku. Termenungku seorang melihat langit diluar tingkap. Hatiku berkata, (kenapa Allah menguji kehidupanku sebegini rupa? Adakah aku tidak layak untuk memiliki kebahagiaan seperti manusia diluar sana? ) Sering kali aku bertanya soalan yang sama. Aku tahu aku bukanlah sesiapa untuk membetulkan keadaan. Hanya Allah sahaja yang mempu mengubah takdir seseorang. Dan aku terima akan takdir itu...Walaupun sering kali dimainkan oleh soalan yang sama dikepala.

Kringggg!! Lonceng sekolah berbunyi. Waktu untuk pulang ke rumah. Aku keluar dari pintu kelas sambil menggalas beg sekolah yang sudah banyak ku jahit kerana terkoyak. Aku hanya memakai beg yang sama setiap tahun. Kerana keadaan hidupku tidak mengizinkan, aku hanya pakai yang sedia ada. Begitu juga dengan kasut sekolahku. Kusam, dan tapaknya juga sudah merekah. Aku tidak merungut dihadapan ibuku. Cukuplah dengan makanan yang ada dirumah untuk kami makan isikan perut yang kosong.

Aku berjalan kaki untuk pulang kerumah. Rumahku jauh, jika ingin lebih cepat boleh menaiki bas untuk lebih mudah. Malangnya, duit yang ku bawa kesekolah cukup-cukup sahaja untuk aku membeli makanan. Aku berjalan kaki mengikut Lorong Lorong ditaman perumahan. Tiba tiba ada sekumpulan lelaki menaiki motor mengekoriku di belakang. Aku berlari ke arah Lorong yang lain supaya mereka tidak dapat mengejarku. Malangnya, aku tidak sepantas yang kufikirkan.

Mereka memukul ku di kepala dan tubuhku. Membuangkan beg sekolahku di longkang. Aku menjerit minta pertolongan. Kebetulan ada sebuah kereta melintas. Mereka lari sepantas yang mungkin meninggalkan ku disitu. Kakak kereta itu berhentu lalu menolongku. Kakak itu seorang jururawat klinik, menaiki kereta berwarna merah. Kalau lah dia tiada, mesti aku lebih banyak kena oleh lelaki lelaki tadi.

Aku mengucap terima kasih kepadanya kerana membantuku. Dia ingin membawaku pulang. Dan aku setuju menaiki kereta dengan nya..

Setelah sampai kerumah. Kakak itu pun berlalu pergi sambal meninggalkan nombor telefon kepadaku. Indah rupanya seperti sikapnya. Sepanjang perjalanan bersamanya , dia ada cerita serba sedikit tentang dirinya. Orangnya sangat budi pekerti. Aku kagumi sifat baiknya itu.

Aku pulang ke rumah, tanpa ada sesiapa dirumah. Ibu ku berniaga. Kadang kala jika aku pulang awal baru aku ikut ibuku ke pasar malam untuk berniaga.

Aku meletakkan beg sekolahku di atas bangku. Aku duduk ditepi pokok. - Angin meniup lembut dipipi. Melihat langit kelihatan mendung. Mendongak kembali ke langit, masih tertanya tanya bilakah kebahagiaanku akan menjelma? Setelah lama aku menanti sesuatu yang bahagia hadir ke hidupku.

- " AHH ini semua angan angan mimpi dan tidak akan pernah ada untuk aku merasa!! " (jeritku)

akan bersambung.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BILAKAH KEBAHAGIAAN MENJELMA?Where stories live. Discover now