DC 02

296 75 24
                                    

Setelah lama mereka berada di dalam kedai coklat itu tadi, mereka berlima melangkah keluar dengan membawa Death Chocolate itu sekali. Riak wajah mereka menunjukkan berasa sedikit takut kecuali San.

"Kau yakin ke kita akan makan coklat ni?" tanya Mingi kurang keyakinan.

"Korang dah lupa ke apa penjual tu cakap kat kita?" balas Yeosang.

Soalan dibalas dengan soalan. Mereka berlima pun mula teringat tentang kejadian di dalam kedai coklat itu tadi.

•••••

10 minit lalu...

"Death Chocolate?"

San meneliti kotak coklat yang dipegangnya kini. Dalam kotak itu mempunyai lima biji coklat dan kesemuanya berlainan perisa. Ada yang perisa strawberry, dark chocolate, mint, milk dan hazelnuts.

San mula tertarik pada Death Chocolate itu dan dia putuskan untuk membeli. Sewaktu dia ingin membuat bayaran, jurujual itu memandangnya dengan pandangan yang menyeramkan.

"Adik pasti nak beli coklat ni?" soal jurujual itu membuatkan San berkerut dahi.

"Huh? Kenapa?" tanya San hairan.

Yeosang, Wooyoung, Yunho dan Mingi yang perasan San sedang bercakap dengan jurujual itu terus menghampirinya. Mereka mula berkumpul di hadapan kaunter pembayaran.

"Kau nak beli coklat ni ke, San?" soal Wooyoung. San mengangguk tanda ya.

Mingi mengambil kotak coklat yang ingin dibeli oleh San itu. Matanya terbutang selepas baca nama coklat itu.

"Death Chocolate?"

"Kenapa dengan coklat ni?" tanya Yeosang pula kepada jurujual itu.

Dia juga hairan kerana nama coklat itu ada perkataan 'death'. Dia tertanya apakah yang terkandung dalam coklat tersebut.

"Sebenarnya Death Chocolate ni khas untuk permainan ekstrem. Dia bukan jenis coklat yang boleh dimakan biasa. Dalam tu ada satu jer coklat yang boleh dimakan."

Mereka berlima terdiam selepas sahaja jurujual itu menjawab soalan mereka dengan nada yang serius. Lebih menyeramkan lagi, dia sempat mengukir senyuman sinis kearah mereka berlima.

"Maksudnya coklat ni untuk permainanlah? Kalau macam tu saya belilah!"

Kata San membuatkan mereka yang lain terkejut.

"Yah! Kau gila ke?"

"Kau betul-betul nak beli coklat ni ke San?"

"Iyelah! Lagipun aku cuba nak main game ni! Aku dengar macam seronok jer..."

Balas San selamba. Baru sahaja dia ingin mengeluarkan duit poketnya, jurujual itu terus berkata lagi.

"Kamu tak boleh bayar dengan duit. Saya akan tuntut bayaran coklat ni bila kamu semua dah makan nanti."

San dan kawannya itu hanya mengangguk tanda faham. Agak menghairankan tetapi San begitu teruja dengan Death Chocolate itu. Lalu mereka pun mula minta diri untuk keluar dari kedai tersebut.

Sebelum keluar, Yunho sempat melihat jurujual itu masih lagi mengukir senyuman yang seram ke arah mereka. Dia mula rasa tidak sedap hati lalu keluar bersama kawannya.

•••••

"Agaknya ada apa dengan coklat ni ya?" soal Wooyoung dengan penuh tertanya. Mereka yang lain mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Nak tak kita cuba makan coklat ni?" cadang San pula membuatkan mereka yang lain terkaku.

Ada yang mula berasa takut dengan coklat ini. Ada juga yang berasa mahu buang terus Death Chocolate. Tetapi San kelihatan sangat teruja untuk cuba.

Dia dari tadi melihat kotak Death Chocolate itu dengan penuh teliti. Mingi, Yunho, Yeosang dan Wooyoung saling berpandang antara satu sama lain. Mereka tidak tahu mahu jawab apa.

"Erm..."

"Aku rasa tak ada masalah kalau kita cuba makan."

Ujar Yunho selamba membuatkan mereka bertiga tersentak sedikit.

"Seriuslah..." cebik Wooyoung. Namun Yunho mengangguk.

"Mana tahu maksud penjual tu kata coklat yang selamat dimakan tu cuma coklat biasa. Yang lain tu pula mungkin sekadar coklat yang boleh buat kita sakit perut," tambah Yunho lagi.

Yeosang, Wooyoung dan Mingi terdiam seketika selepas mendengar kata-kata Yunho tadi. Mereka kurang yakin dengan San dan Yunho kerana mereka dapat rasakan sesuatu yanh pelik pada coklat itu.

San yang melihat kawan baiknya itu teragak-agak untuk makan Death Chocolate ini mengeluh perlahan. Lalu dia mula bersuara.

"Kalau korang tak nak tak apalah. Aku boleh jer buang coklat ni..." Ujarnya lalu menuju ke tong sampah untuk membuang Death Chocolate itu.

Namun, dia sempat dihalang oleh yang lain.

"Ehh jangan! Kita main game ni!" Halang mereka berempat serentak. San sudah tersenyum lebar.

"Okey kalau macam tu! Siapa yang dapat coklat tuah tu, dia menang!"

Kata San lagi. Mereka berempat mengangguk tanda setuju untuk bermain Death Chocolate ini. Selepas sahaja San membuka kotak Death Chocolate itu, mreka terus mengambil perisa kesukaan mereka.

Yunho mengambil mint chocolate, Yeosang mengambil strawberry chocolate, San mengambil dark chocolate, Wooyoung mengambil hazelnut chocolate manakala Mingi pula mengambil coklat susu.

"Dah sedia? Dalam kiraan 3 saat, kita akan makan coklat ni!" Kata San lagi. Mereka yang lain mengangguk tanda bersedia.

Mereka berlima sudah menelan air liur untuk makan coklat ini. Namun disebabkan ia hanyalah permainan, mereka tidak begitu mengambil kisah sangat.

"1..."

"2..."

"3!"

Mereka berlima terus makan Death Chocolate itu. Selepas beberapa minit berlalu selepas mereka makan, mereka tidak berasa apa-apa perubahan pun.

"Aku rasa ni cuma coklat biasa..." ujar Mingi.

"Itulah. Tapi boleh tahan sedap juga coklat tadi," balas Wooyoung.

"Mungkin kita kena tipu dengan jurjual tu kot," sapuk Yunho pula.

San sudah menjuih bibir tanda kesal. Dia ingatkan dia akan dapat main permainan yang ekstrem seperti apa yang dikatakan oleh jurujual tadi.

"Huh! Buang masa jer takut tadi," cebik Mingi.

"Jomlah kita balik."

Ajak San. Mereka berlima pun mula buka langkah untuk meninggalkan kawasan kedai coklat itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah, hanya Yeosang sahaja tidak bercakap apa-apa selepas makan.

Dia rasa dirinya lain macam selepas makan Death Chocolate tadi. Yang membuatkan dia hairan, badannya mula terasa sakit sedikit.

[C] Death Chocolate  ☾ 99즈 ☽Where stories live. Discover now