DC 06 finale

285 75 15
                                    

Pagi itu, San tiba awal di sekolah kerana dia terlupa untuk menyiapkan tugasannya yang tertinggal di bawa meja semalam.

Dengan keadaan kelam-kabut, San cuba untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Tidak ramai pelajar yang berada di sekolah kerana sekarang masih lagi awal. Kalau nak diikutkan asal, memang taklah dia pergi awal.

Setelah beberapa minit kemudian, San berjaya menyiapkan kerja sekolahnya. Dia menghela nafas lega seketika. Untuk menghilangkan rasa bosan melanda, dia mencapai phone untuk main game.

Namun, niatnya terhenti setelah dia baca satu mesej yang baru sahaja dihantar oleh Mingi tadi. Lantas dia buka lalu baca mesej tersebut.

Mingi Wanna Song

San, jumpa aku kat rooftop
jap. Ada something aku
nak cakap dengan kau.

Sekarang!

Mesej Mingi itu tadi membuatkan San hairan. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan arahan kawan baiknya itu.

Dengan keadaan yang malas, dia melangkah keluar dari kelas untuk berjumpa dengan Mingi. Habis terbatal niatnya untuk bermain game tadi.

'Agaknya apalah hal penting yang Mingi nak bincangkan tu ya?' bisik San dalam hati. Pelik baginya tetapi pada masa yang sama dia juga berasa ingin tahu.

•••••

Tiba sahaja di rooftop, San lihat Mingi sudah lama menunggu ketibaannya di situ. Dia menghampiri Mingi lalu menegur.

"Mingi, ada apa ni?" soal San ingin tahu.

Mingi tidak membalas soalan San sebaliknya dia menumbuk pipi San secara tiba-tiba membuatkan San hampir jatuh tersungkur.

"Yah! Kau dah kenapa tumbuk aku ni?" soal San terkejut. Dia menyentuh pipinya yang sudah ditumbuk oleh Mingi tadi.

"KAU PEMBUNUH!"

San terkedu selepas Mingi menjerit tadi. Sungguh dia tidak faham apa yang sudah berlaku sekarang. Dia keliru!

Lebih membuatkan dia terkejut ialah Mingi memanggilnya pembunuh!

"Apa kau cakap ni?" tanya San lagi.

"Kalau bukan disebabkan kitorang join permainan bodoh kau tu, diorang takkan mati dengan ngeri!" Tambah Mingi. San terdiam seketika. Masih lagi tidak faham.

"Ma-maksud kau?"

"Kau ni bodoh ke apa? Wooyoung mati semalam sebab bunuh diri! Yeosang mati kemalangan dan Yunho mati misteri! Sekarang tinggal kita berdua jer dan sekarang kau mesti nak bunuh aku kan?"

Balas Mingi geram. San terkejut selepas sahaja dia mendengar bahawa Wooyoung mati semalam. Atas sebab apa dia sendiri tidak tahu.

"Yah! Macam mana Wooyoung boleh mati hah?" soal San ingin tahu. Mingi tersengih.

"Kenapa lepas Wooyoung dah mati baru kau nak ambil kisah? Yeosang dengan Yunho mati hari tu kau langsung tak kisah. Nampak tak di situ kaulah pembunuh kawan sendiri!"

Kata Mingi geram. San mula berasa panas hati setiap kali Mingi memanggilnya pembunuh.

"AKU BUKAN PEMBUNUH! KORANG YANG BODOH SEBAB IKUT CAKAP AKU!" Jeritnya kuat sambil menolak Mingi dengan kasar.

[C] Death Chocolate  ☾ 99즈 ☽Where stories live. Discover now