S2 - Bab 13💋

2.7K 493 219
                                    

My Baby,
Your Daddy.





Malam itu, tidur Taehyung tidak lena seperti malam yang sebelumnya. Malam itu fikirannya asyik melayang memikirkan Harley dan Rania.

Dia jadi hilang fokus dan selalu termenung.

Taehyung cuma bimbang jika berlaku perkara yang tak elok pada isteri dan anaknya itu. Jujur dia cakap, dia masih sayangkan Harley.

Dia sayangkan Harley, sangat- sangat.

Taehyung?” panggilan dari sang isteri buatkan Taehyung yang mengelamun kembali ke realiti. Wajah mamai si dia buatkan kerisauan dalam hati Taehyung sedikit demi sedikit menghilang.

Dia mengiringkan tubuh agar berhadapan dengan gadis itu, lengan dilingkarkan dipinggang gadis itu. Wajah dirapatkan.

“Kenapa tak tidur lagi?” soalnya.

“Tak dapat tidur, teringat Harley.” jawab Taehyung.

Gadis itu mencelikkan matanya sebaik nama Harley disebut, tapak tangan diletakkan di pipi Taehyung. Bertujuan untuk menenangkan lelaki itu.

“Rindu?”

“Em... saya rasa tak sedap hati.” jawab Taehyung, si dia mendiamkan diri. Lengan dilingkarkan pada leher Taehyung menjadikan jarak diantara mereka menjadi rapat.

How can i help you?” bisiknya.

Taehyung cuma terdiam, tanpa banyak bicara wajahnya disembamkan di leher gadis itu. Sungguh dia cakap, rindunya pada Harley terlepas bila gadis itu berubah manja seperti itu.

Dia suka.

“Harley ada call?

“Semalam je. Lepastu dah tak ada. Saya risau dia masih marahkan saya dan saya bimbang, kalau perkara ni terbongkar dia-”

“Syh.”

Jari gadis itu mendarat di bibir Taehyung, meminta lelaki itu tidak meneruskan kata- katanya.

“Awak lebih sayangkan Harley dari saya?” soalnya. Taehyung sedikit tersentak kerana baginya soalan itu merupakan soalan keramat bagi dirinya.

Lama Taehyung berdiam diri buatkan si dia menjadi sedikit kesal dengan reaksi lelaki itu. Pelukan di leher Taehyung di longgarkan, namun dengan pantas lelaki itu menukar posisi sebelum tubuhnya kini berada diatas tubuh si dia.

Taehyung menggeleng perlahan.

“Sayang, saya dah cakap. I love both of you, equally.” ucap Taehyung.

Si dia menggulingkan anak mata. Sedikit jengkel dengan jawapan yang sama dari mulut lelaki itu.

Equally? Apa maksud awak dengan equally? Tak. Awak tak cintakan saya macam awak cintakan Harley.”

We already married for almost 1 year and still, you didn't have a courage to touch me like you do to Harley.” luah si dia buatkan Taehyung kembali tersentak.

You want, what?

“Saya nak anak. Harley tak pernah bagi awak peluang dan Rania bukan anak awak. Saya ni pula isteri awak, tapi awak tak pernah sentuh saya layak seorang isteri.”

“Kenapa? Awak takut?” soalnya bila riak wajah Taehyung mula berubah. Lelaki itu berganjak ke tepi, membina jarak antara dia dan sang isteri.

“Ini bukan waktu yang tepat untuk bincang soal anak-”

“Habis tu, bila? Tunggu sampai Harley mengandung baru awak nak sentuh saya? Tae! Harley tak rela! Harley tak nak anak dari darah daging awak. Dia cuma mahukan Rania, anak dia dan Jungkook! Anak luar nikah-”

“Jasmine!”

Nada suara Taehyung naik satu oktaf. Dia benar- benar tak suka jika status Rania dibahas.

“Apapun yang awak nak cakap, Rania anak saya. Bukan anak luar nikah, bukan anak Jungkook. Mereka berdua milik saya. Sama seperti awak.” balas Taehyung.

Lehernya digosok perlahan.

Geure. Kalau awak tak sabar nakkan anak, saya akan bagi awak malam ni juga.” serius saja nada suara Taehyung buatkan Jasmine menelan liur.

“Tae-”

I'm ready to serve you, girl.” ucap Taehyung sebelum mencapai tali pinggang miliknya yang tergeletak diatas sofa bilik.




. . .



Buat masa ni, awak tinggal dekat apartment saya sementara tunggu suami awak balik.” ucap Jimin setelah selesai menghantar Rania kedalam bilik tidur.

Kini, mereka berdua saja yang berada di ruang tamu. Berbincang tentang perkara yang baru berlaku.

“Kalau awak perlukan apa- apa, awak boleh call saya-”

“Dari mana tahu tempat tinggal saya?” soal Harley, seraya berpeluk tubuh. Jimin menjongketkan keningnya sebelum tersenyum kecil.

“Saya tahu dari guru sekolah Rania. Dia sepupu saya.” balas Jimin tenang. Harley terdiam.

Pandangan dialihkan dari bertentang mata dengan lelaki itu.

“Kenapa awak selamatkan saya?”

“Saya tak nak tengok awak terluka. Lebih tepatnya, saya tak nak tengok Rania terluka sebab ulah ayah kandung dia.” terang Jimin.

Kanak- kanak seusia Rania tak seharusnya dilibatkan dalam masalah seperti itu. Jungkook sepatutnya lebih matang, tapi sikap terdesak lelaki itu yang mendorongnya berbuat demikian.

Jungkook, bila dah nakkan sesuatu, dia takkan mengalah walaupun terpaksa dapatkan dengan cara yang salah.

“Awak percaya Rania anak kandung Jungkook?”

“Mereka nampak seiras. Kalau ya Rania itu anak Jungkook, saya rasa gembira bagi pihak Jungkook. Tapi kalau bukan, saya minta maaf sebab Jungkook gunakan alasan itu untuk dekatkan diri dengan awak.” ucap Jimin.

Lama Harley mendiamkan diri, memikirkan ayat yang betul untuk menerangkan semuanya.

“Huh...”

“Ya, awak betul. Rania tu anak Jungkook.”

“Saya mengandung 2 minggu selepas berkahwin dengan Taehyung dan awak kena tahu. Selepas saya berkahwin dengan Taehyung, dia tak pernah sentuh saya langsung. Hingga kini.”

“Dia terima Rania sebagai anak dia. Dia sayangkan Rania, macam anak dia.”

Now tell me, macam mana saya nak claim Jungkook sebagai ayah kandung Rania kalau perangai dia masih tak berubah?” soal Harley.

Wajahnya memaparkan riak sedih.

“Awak orang pertama yang tahu perkara ni selain Taehyung. Please, kalau awak nak Rania bahagia. Jangan bongkarkan. Saya jujur dengan awak, sebab saya percayakan awak.” terang Harley.

I'll keep my promise.




.

Hiokhiok, jadi burung hantu titew ni malam.

[S1&S2] Daddy Issue ✓Where stories live. Discover now