-9-

80 9 4
                                    

"Hai ash" tegur wonwoo dari belakang aku. aku terus memusingkan kepala aku ke arah belakang lalu tersenyum nipis melihat dia.

"hai" sahut aku kembali. eric yang berada di sebelah, aku abaikan dan dia hanya tayang muka blur dia tu je. mampos kat kau lah eric. kesah ape aku.

"jom masuk kelas" ajak wonwoo sambil tersenyum. secara tiba-tiba aku rasa lain apabila melihat dia senyum kepada aku. tak pernah pernah mamat ni senyum dekat aku. mimpi apa?

dengan pantasnya terus aku mengangguk tanpa banyak soal lalu berjalan beriringan dengan dia. tiba-tiba, seseorang menegur aku. eh babi lah, memang takleh tengok orang bahagia ke apa?

"woi ash, bawak lah aku pergi pejabat" laung eric yang sudah jauh di belakang. aku hanya memberikan jelingan ke arah dia.

"pergi cari sendiri lah. takpon kau mintak lah tolong kat sesiapa" laung aku balik. malas aku layan abang aku tu.

aku terus menuju ke kelas bersama wonwoo. mata mata dan bisikan-bisikan yang dituju untuk kami berdua, kami abaikan.

mana tak peliknya kan? seorang budak nerd jalan sekali dengan hottest sekolah a.k.a boyfriend orang tu. ah, lantak lah kesah apa aku kan?

skip

sesampainya di hadapan kelas aku, aku melihat ke arah wonwoo sambil tersenyum nipis.

"aku masuk kelas aku dulu eah" kata aku dan wonwoo hanya mengangguk.

"jumpa time rehat nanti" kata wonwoo lalu dia terus pergi ke kelasnya yang berada di tingkat atas.

aku tersenyum lalu terus masuk ke dalam kelas. tiba-tiba, aku mendengar tepukan daripada beberapa orang pelajar. aku terus pusing ke arah belakang aku.

aku terkejut tetapi cepat-cepat aku tutup rasa terkejut aku itu dan tayang muka pokerface aku. eyh, apa lagi perempuan-perempuan jahanam tu nak?

"seronok ke jalan dengan boyfriend orang huh betina?" kata seolhyun. aku hanya mampu berdiam diri.

"woi, aku cakap dengan kau ni !!" kata seolhyun lagi lalu menunjal kepala aku. masih lagi aku berdiam. pelajar-pelajar yang sudah sampai dan yang berada di dalam kelas aku mula membisik antara satu sama lain.

"eh perempuan, kau pekak ke atau kau ni bisu takleh nak jawab?" kata soomin pula. dan masih lagi aku berdiam diri.

"kurang ajar betul" kata minyu pula. aik? dah sejak bila pula aku kurang ajar ni? pelik pelik lah budak sekolah ni.

"kau panggil kawan perempuan dia ni ah yoon. biar ajar dua dua terus. senang kerja aku" kata seolhyun. aku terkejut. belum sempat ah yoon pergi ke arah ahra terus aku mengeluarkan suara.

"tak payah lah nak libatkan orang yang tak bersalah lamak" kata aku setelah sekian lama berdiam diri.

"oh, ada pun mulut ingatkan bisu tadi" kata seolhyun lalu tergelak sinis bersama kawan-kawannya.

"eh perempuan apa motif kau hah menggedik dengan boyfriend aku?" soal seolhyun.

"sukahati aku lah. dia yang datang dekat aku" kata aku lalu tersenyum sinis.

"kurang ajar eh kau" seolhyun terus menampar aku. ada kesan merah yang teramat di pipi aku dan hujung bibir aku mengeluarkan darah sedikit. nasib lah cermin mata fake aku ni tak senget.

tiba-tiba seolhyun membisik sesuatu kepada ah yoon. ah yoon yang sedang menghisap lolipop terus mengangguk faham lalu dia terus keluar dari kelas aku.

aku hanya mampu membiarkan sahaja mereka manakala mereka tersenyum sinis sambil melihat aku.

tidak sampai satu minit, ah yoon kembali ke kelas aku bersama dengan seorang lelaki. mata aku terus membuntang. lelaki itu adalah

Jeon Wonwoo.

"you sayang i ke atau you sayang perempuan ni?!?" kata seolhyun sambil menunding jari ke arah aku.

"mestilah i sayangkan you" jawab wonwoo selamba.

"habis? semalam tu apa? korang berdua siap bermain kejar-kejar lagi depan sekolah you ingat i tak tahu? pagi tadi pun you datang sekolah lepastu jalan dengan perempuan ni sampai kelas apa semua ni ?!?!" kata seolhyun sambil meninggikan suaranya.

kawan-kawan seolhyun menenangkan seolhyun. wonwoo pula hanya memdiamkan diri. tidak tahu mahu jawab apa. yang pasal semalam tu macam mana diorang boleh tahu?

"pahal diam? jawab lah i tanya you ni?!?!" sekali lagi seolhyun meninggikan suaranya menyebabkan ramai pelajar datang ke kelas aku. eyh, diorang pikir ada free show ke sekarang ni?

"i memang sayangkan you seorang sahaja. yang pasal semalam dengan tadi tu, i saja rapat dengan perempuan ni. mana tahu dia ada kutuk you ke? boleh i terus bagitahu you" kata wonwoo dengan muka selamba dia dan tersenyum sinis ke arah aku.

jujur lah aku cakap, yang aku broken dengan jawapan wonwoo tu. sikit jelah sikit dalam 90% macam tu lah.

"ouh baguslah kalau macam tu tindakan you buat dan sekarang i nak you ajar perempuan ni menggedik dengan you semalam dan pagi tadi" kata seolhyun lalu menunding jarinya ke arah aku.

aku nampak yang wonwoo agak terkejut tetapi dia tutup rasa terkejut dia itu. setelah itu, wonwoo terus akur dan pergi ke arah aku.

dia terus menampar aku di pipi aku sebelah kanan. tak ada lah sakit sangat bagi aku lah tapi dia sakit sikit lah dari seolhyun tampar aku tadi.

"sekali lagi kau dekatkan diri dengan aku, memang nahas kau aku kerjakan" kata wonwoo dan memberi amaran kepada aku. aku agak kecewa dengan tindakan dia tadi.

sekali lagi wonwoo menarik tangannya ke atas. tetapi bukan penampar yang dia mahu bagi tetapi penumbuk. aku terus menutup mata aku rapat.

tiba-tiba aku tak rasa apa-apa yang mendarat di muka aku. aku membuka mata aku dan ternampak lelaki semalam yang datang selamatkan aku. apa nama dia? lucah? luncas? beluncas? ha lucas.

"haih, kan aku dah kata jangan pukul perempuan kau ni nak jadi dayus ke apa?" kata lucas selamba. wonwoo terus menepis pegangan lucas itu.

"asal kau halang aku daripada tumbuk perempuan ni?" soal wonwoo selamba.

lucas hanya mengangkat bahunya sahaja. wonwoo terus mendengus geram lalu dia terus keluar dari kelas aku.

"ingat ya perempuan, sekali lagi kau cuba dekat dengan boyfriend aku, orang yang kau sayang tak akan selamat" kata seolhyun lalu tersenyum sinis ke arah aku bersama kawan-kawannya dan keluar dari kelas aku.

"kau okay?" soal lucas dengan riak wajah risau dia itu. belum sempat aku jawab. kim saem terus masuk kelas aku.

"kamu buat apa dekat sini lagi lucas? pergi kelas kamu sekarang" kata kim saem. lucas terus beredar dan keluar dari kelas aku.

aku terus pergi ke meja aku dan duduk disitu sambil menunduk. bukan apa, aku taknak kim saem soal kenapa dengan muka aku yang cantik sangat ni.

"kau okay?" soal ahra dengan riak wajah risau. aku hanya mengangguk pelan sahaja.

"sorry, aku tak dapat nak tolong kau" kata ahra serba salah. aku memandang dia.

"tak apa lah, better kau jangan masuk campur hal aku sebab aku taknak kau terlibat sama" kata aku lalu tersenyum nipis.

ahra hanya menunduk manakala aku hanya membiarkan sahaja.

TBC

{OG} Gangster Daughter [전원우]Where stories live. Discover now