CHAPTER 20

63 5 0
                                    

"kai?"

Hueningkai dan Jin Seo yang sedang memilih sayur tersentak. mereka menoleh serentak. Encik Hu juga menoleh. "Taehyun-ah!"balas Hueningkai dengan nada yang sedikit terkejut.

pandangan mata Taehyun jatuh pada tangan Hueningkai yang sedang memegang tangan Jin Seo erat. matanya mula berubah tajam.

aura Taehyun juga berubah buatkan Hueningkai sedikit cemas. dia kenal aura ini. aura Terry Kang. Jin Seo tutup mulutnya yang terbuka luas. rambut Taehyun berubah warna blonde buatkan dia sedikit terkejut.

Encik Hu pandang sekeliling. nasib tiada orang dibahagian situ. CCTV yang ada terus dipadamkan oleh Encik Hu gunakan kuasanya. dia berdiri dihadapan Hueningkai dan Jin Seo untuk melindungi mereka.

Terry pandang Jin Seo dan pandangan mereka bersatu. Jin Seo terkejut. pandangan itu buatkan hatinya sedikit hangat tapi kenapa?

"budak Taehyun ni risau pasal kau dan cinta hati aku..korang buat apa sekarang ni?"soal Terry dingin. Jin Seo tersentak. cinta hati?siapa?Taehyun?

Hueningkai mengeluh. "Terry..ini bukan macam yang kau sangka..aku dan seo pergi sebab..seo sakit."jelas Hueningkai. kening terry ternaik sebelah.

"sakit?seolma..sebab budak Taehyun ni?"soal Terry sedikit geram. Jin Seo mula faham. dihadapan mereka kini bukanlah Kang Taehyun yang mereka kenal. ini sisi gelap Taehyun.

"Taehyun tak salah..ini salah saya sendiri"ujar Jin Seo lembut. dia tak boleh berkasar dengan sisi gelap seseorang kerana itu boleh bawa padah pada dirinya sendiri.

tapi hanya bunyi dengusan kasar sahaja yang Jin Seo dapat sebagai respon. "budak ini akan kena dengan aku nanti...kau jaga diri,love. Aku akan muncul semula nanti"ujar Terry lalu pergi.

Jin Seo pegang dadanya. Degupan jantung yang terlalu laju buatkan Jin Seo sedikit terganggu. "Jaebal maeum(hati)...jangan cepat perasan. Taehyun tak suka kau..itu cuma sisi gelap dia!"bisik Jin Seo pada dirinya sendiri.


Taehyun pegang kepalanya yang terasa sakit. Apa yang dah jadi?bukan sepatutnya dia berada di kedai membeli sayur?.

Pintu biliknya dibuka dari luar buatkan Taehyun menoleh. Jungkook tersenyum. "Syukurlah kau dah sedar,Taehyun..."ujar jungkook.

Dahi Taehyun berkerut. "Maksud hyung?"Tanya Taehyun. Jungkook mengambil tempat disisi katil taehyun.

"Semalam Terry yang kawal badan kamu...dia hampir serang hayoung tapi Nasib Beomgyu ada halang kamu"cerita jungkook secara ringkas.

Taehyun terkejut. Terry kawal dia semalam. "Kamu pergi mana sampai Terry boleh kawal kamu tiba-tiba?sudahlah kamu tak bawa balik sayur!"rungut jungkook.

Taehyun pegang kepalanya apabila satu kilasan memori masuk.

"Kai?"

Itu sahaja yang ada dalam memori itu. "Aku jumpa kai semalam?"ujar Taehyun. Dahi jungkook terus berkerut. Kai?bukan budak itu ada hal sekolah ke?

"Mustahillah!kai kan pergi urusan sekolah"balas jungkook. "Tapi kita tak tahu dimana kan?mana tahu dekat-dekat sini je!"bidas Taehyun sehingga jungkook terdiam.

Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Taehyun. Kemungkinan hueningkai dan Jin Seo berurusan dekat sini adalah sangat besar.

"Hayoung noona macam mana?"Tanya Taehyun. Jungkook senyum. "Dia okay. Kamu jangan risau. Dia dah pergi sekolah dengan yang lain"balas jungkook.

Nap of Star(강태현)Where stories live. Discover now