BAB 14

146 10 0
                                    

TANGAN, kaki Miazara diikat tali rafia. Si pelaku sangat kejam. Dia begitu membenci Miazara. Malah, Miazara diulit bahagia juga tidak berapa senang di hati.

" Rizuan!!!!. Kak Fatin!!!!. Sesiapa selamatkan aku!!!!". Miazara di bawa ke bilik stor lama, berdekatan bangunan terbiar di ibu kota. Miazara keseorangan. Bilik tempat dikurungnya cuma terdapat satu mentol saja menyinari Miazara. Sekelilingnya gelap. Penjahat itu mungkin mahu menfokuskan Miazara diseksa jelas depan matanya. Penjahat itu menapak ke Miazara. Miazara berdoa dalam hati agar lelaki itu tidak membunuhnya sebelum sempat bertemu dengan ibu bapanya.

" Apa khabar.... Miazara Batrisya Binti Azizi?. Kau mungkin tak kenal aku. Tapi aku kena Mak Ayah kau!. Mak ayah kau berhutang dengan aku!. Sekarang, mereka larikan diri!. Kau akan jadi pengganti hutang Ayah kau, Miazara Batrisya!" Nafas si penjahat dihembus tepat pada wajah Miazara. Peluh dingin menitik di dahi. Berapa lama agaknya dia diculik?. Berapa lama dia terkurung dalam bilik yang menjijikkan ni?. Ayah berhutang berapa ribu, juta atau million sampai nak culik aku?. Miazara memberanikan diri melawan penjahat itu. Dia cuba menendang, namun, malang. Kakinya diikat kuat. Berganjak sedikit, kakinya terasa perih.

" Arhhh!!!" Miazara merintih. Miazara terpaksa akur pada penjahat.

" Sakit?!". Penjahat tersebut mencekik Miazara, Miazara berasa sesak. "Kesian kau jadi anak Azizi!!. Kena buang ayah sendiri, rumah pusaka kena rampas, kau dah tak ada apa-apa lagi!!!!".

Miazara dicampak ke lantai. Kepalanya terhentak kuat. Cairan merah mengalir pada lantai. Mata Miazara kabur. Dia dapat lihat bayangan ibu bapanya sedang melambai-lambai ke arahnya, sambil tersenyum dan berpakaian putih. Ayah.... Ibu.... . Adakah dia akan mati di sini?. Miazara dalam keadaan separa sedar. Kerana itu wajah ibu bapanya dapat dilihat. Sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia, kerinduan Miazara akhirnya terubat.

Mia... sayangkan Ibu dan Ayah... . Ibu dan Ayah tunggu Mia ya?.

********************

PASUKAN polis berusaha menjejaki Miazara. Hari ini sudah masuk hari keempat Miazara diculik oleh seseorang yang semua orang tidak tahu siapa identiti sebenarnya. Pada malam sebelum operasi menyelamat Miazara, Rizuan menerima panggilan dari penculik. Penculik itu mengugutnya agar melepaskan jawatan ketua polis Putrajaya. Kedengaran seperti penculik itu berdendam terhadapnya. Rizuan kurang pasti apa motifnya menculik Miazara.

" Teman wanita kau ada dengan aku. Kalau kau nak dia selamat, sediakan wang tebusan RM 500,000 dan lepaskan jawatan ketua polis kau. Kau datang ke tempat ini kalau kau nak dia selamat. Jangan bawa polis ke sini. Atau kau akan jumpa teman wanita kau di alam lain"

Bip!.

Penculik tu mesti dah lama mengintip pergerakan aku dan Miazara. Pembantu merangkap sahabat Rizuan, Zairi sudah mengenal pasti lokasi Miazara diculik berdasarkan panggilan terakhir penculik itu. Mujur saja Rizuan merekod perbualannya. " Tuan Rizuan, kami dah kenal pasti di mana lokasi Miazara diculik. Miazara berada di Kampung Baru, Tuan!"

" Semua!!. Kita gerak ke Kampung Baru!!" Arah Rizuan pada pasukannya. Sebanyak 300 buah kereta polis membunyikan siren memasuki kampung baru. Khas untuk menyelamatkan Miazara.
Rizuan memandu keretanya sendiri diiringi polis di belakang. Penculik itu takkan beri lokasi tepat di mana dia sembunyikan Miazara!. Jika dia beri sekalipun, pastinya akan memberi lokasi palsu!!!.

*******************

" MIA..... bangun sayang..... "

Miazara membuka matanya. Kelilingnya seperti berada di taman syurga!. Adakah dia dah mati tanpa sempat mengucap dua kalimah syahadah dan "saya cintakan awak, Rizuan?". Miazara berada di sebuah taman dengan gazebo, istana yang indah dan hamparan rumput yang halus tidak mampu diucap butir bicara. Miazara menoleh melihat siapakah empunya suara yang mengejutkan dari lenanya. Alangkah terkejutnya. Sepasang suami isteri begitu mirip Ibu dan Ayahnya berpakaian serba putih. Wajah mereka tersenyum manis. " Ibu... Ayah!" Miazara terus memeluk kedua ibu bapanya. Benar lah apa dia lalui sekarang. Mereka bertiga sudah meninggalkan alam dunia, dan hidup bahagia di Syurga. Segala bebanan dunia terbalas di sini.

" Ibu.... Ayah... jangan tinggalkan Mia lagi... Mia dah tak kuat. Mia dah tewas dengan Mak Long. Dia dah rampas rumah kita" Puan Roziah menyapu air mata Miazara yang mengalir.

" Mia sayang. Kamu belum tewas. Perjalanan kamu masih panjang. Kami akan sentiasa melindungi sayang daripada sini. Kami dah bahagia. Ibu dan Ayah juga sudah berbaik semula"

" Kenapa Ibu dan Ayah... pergi?. Apa dah berlaku?"

Puan Roziah melihat suaminya, Encik Azizi. Encik Azizi mengangguk dan tersenyum. " Mia jangan menangis sayang.... . Kami kemalangan ketika hendak pulang ke rumah untuk berjumpa Mia. Kami tergesa-gesa hendak memaklumkan pada kamu, kami sudah bercerai. Kami dapat pengajaran. Tuhan ambil nyawa Ibu dan Ayah agar kami bersatu semula. Sebelum kami menghembus nafas terakhir saat di dalam kereta, Ibu, Ayah meminta maaf dalam keadaan cedera parah. Mia jangan bersedih. Kami sayangkan Mia. Tuhan lebih sayangkan kami berdua. Mia baliklah ke Rizuan"

" Rizuan???. Ibu kenal...."

" Selamat tinggal, Mia" Mereka melambai tangan pada Miazara. Puan Roziah dan Encik Azizi memaling lalu menghilang dalam kabus putih.

" Ibu !!!!. Ayah!!!!"

****************

MIAZARA terasa kepalanya berat. Dia membuka matanya sedikit. Rizuan tertidur di sofa. Wajahnya tidak terurus. Bukan kah aku dah mati?. Kenapa dia boleh balik lagi ke dunia?. Ataupun Rizuan menyusul sekali?. Bagaimana dengan Kak Fatin?. Kak Fatin keseorangan kah?. Ya Tuhan, pulangkan Rizuan pada Kak Fatin.....
Miazara menangis tersendu-sendan sehingga Rizuan terjaga. Dia terharu Miazara sudah sedar dari koma.

" Mia!. Ya Tuhan, syukur!" Butir air mata Miazara disapu jari-jemari Rizuan. Miazara memahut tangannya pada tangan Rizuan yang sedang menyapu air matanya. " Rizuan???. Saya di mana?. Saya dah mati kan?. Macam mana awak boleh ada di sini?". Hampir pengsan Rizuan mendengar perkataan 'mati'. Doktor juga memberitahu perkara hampir serupa. Miazara koma akibat kecederaan parah bahagian kepala. Dua minggu Miazara bertarung dengan kecederaannya. Malah, dia telah melepasi tahap kritikal selepas beberapa hari. Sampai saja ke tempat Miazara diculik, Miazara kehilangan darah. Pucat lesi, darahnya kering di lantai. Penculik Miazara juga telah ditangkap. Dia bersubahat dengan Mak Long untuk menghapuskan keluarga Miazara dan Rizuan. Mak Long mengetahui Rizuan sebagai ketua polis Putrajaya lalu mengupah penculik. Geran tanah rumah Miazara juga berjaya dirampas semula dan akan diserahkan kepada Miazara.

" Tak... Mia belum mati lagi" Rizuan memeluk Miazara. Seperti ada kejutan elektrik, bahu Miazara terhinjut.

" Ri... Riz.... "

" Maafkan saya... saya tak mampu lindungi awak"

Ketika operasi menyelamatkan Miazara, Fatin mengorbankan dirinya ditembak penculik yang mahu menembak Rizuan. Pada waktu itu, Rizuan meratapi Miazara yang tidak sedarkan diri.

Bersambung....

Iklan tajaan

Iklan tajaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now