BAB 15

141 11 0
                                    

PEMERGIAN Fatin membuatkan apartment ni sunyi. Aku tinggal sorang sekarang. Kawasan perumahan apartment juga belum aku kenal. Jiran-jiran Rizuan dan Kak Fatin juga belum ditegur sapa sesama sendiri. Agak janggal jika kami bersua ketika jiran berbual di hadapan pintu bersama jiran lain. Aku hanya mengangguk dan tersenyum jika mereka menyapa aku. Muka aku jarang dilihat. Hanya Rizuan dan Kak Fatin saja mereka biasa nampak. Mereka pemilik asal apartment mewah ni. Rizuan memberikan terus apartment ni pada aku. Makanya, ia sudah menjadi rumah kedua aku.

" Adik orang baru?. Bila pindah?. Mak cik dulu selalu nampak Rizuan dengan kakaknya tinggal sebelah mak cik". Mak cik Nab menegur aku, selepas aku pulang bersiar-siar di taman mini yang berada di tingkat 10.

" Baru pindah, mak cik. Dua hari lepas. Rizuan kawan saya. Dia bagi saya rumah ni"

" Ohhhh. Tinggal sebumbung?"

Aku hampir ketawa mendengar Mak cik Nab mengatakan tinggal kami sebumbung. Aku tinggal sebumbung dengan Rizuan?. Lambat lagi lah---

" Eh-eh, tak. Rizuan dah pindah rumah baru. Saya tinggal sorang. Tapi kadang-kadang Rizuan datang melawat"

Mak cik Nab memahami penjelasan Miazara. Haish!. Ingat dia orang tinggal sebumbung!. Terkejut aku!. " Nama saya Miazara, Mak cik. Mak cik panggil saja Mia"

" Ha ya lah. Selamat datang, Mia. Kalau kamu ada benda nak tanya pasal komuniti dalam apartment ni, Mia boleh ketuk pintu, tanya mak cik, Mak cik Nab!" Ujarnya sambil menepuk dada. Mak cik Nab ibarat ketua kampung, tok penghulu apartment. Apa-apa masalah, cadangan boleh cakap pada Mak cik Nab. Baiknya orangnya. Bersyukur aku berjiran dengan Mak cik Nab yang peramah dan ringan tulang itu.

******************

SYIQIN mengejutkan kawan-kawannya yang tertidur di masjid. Jemaah solat wanita mahu menggunakan ruang solat ini. Kerana melihatkan gadis-gadis itu tertidur, mereka tidak sampai hati menggangu.
" Zahira, Hazlinda, bangun!. Diorang nak solat!". Hazlinda menggeliat. Jam tangan dilirik. 1.10 petang?!.

" Sekarang dah waktu zuhur?"

" Ya, cik adik ooi!. Kita tertidur sebab penat kena kejar lelaki gila semalam!.
Dah bangun!. Kita kena pergi beli makan tengah hari!"

" Syiqin..... kita dah pokai!. Kau ada duit?. Duit-duit tu  kau sibuk nak pakai beli barang kau saja" Rungut Zahira. Mereka bertiga hendak meninggalkan masjid ini tanpa bersolat. Mereka bertiga bukannya pernah bersolat. Syiqin, Hazlinda dan Zahira bersolat jika dipaksa ibu bapa masing-masing. Mereka terhenti kerana ditegur seorang wanita berusia, Ustazah Rosmahani.

" Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, anak-anak. Anak-anak hendak ke mana?. Dah solat?"

Tiga-tiga diam. Hazlinda, Syiqin dan Zahira saling pandang. Macam mana ni, Linda?. Mak cik ni sibuk saja tanya kita dah solat ke belum!. " Kami... dah solat, Mak cik. Baru saja tadi". Bohong Hazlinda. Ustazah Rosmahani mengetahui gadis-gadis itu membohonginya. Ustazah itu menguji mereka lagi.

" Berapa rakaat?. Tak nak dengar ceramah?"

" Err--- dua mak cik" Jawab Zahira yakin.

Mak cik Rosmahani menggeleng sambil tersenyum. Sah lah mereka tak pernah bersolat. Ustazah Rosmahani menjemput para gadis itu bersolat. Sebelum memalukan diri tidak pernah menyarung telekung, Syiqin berkata jujur.

" Mak cik!. Saya.... saya tak pernah bersolat.... Saya minta maaf!"

Ustazah Rosmahani tersenyum. Hazlinda dan Zahira turut insaf. Mereka bertiga tertunduk malu. Ini lah balasan Tuhan pada mereka. Mereka begitu alpa pada dunia. Dunia akhirat, mereka tidak pernah mengambil tahu dan amalan mulia tidak juga dipraktikkan.

" Kami juga minta maaf...."

" Alhamdulillah.... baguslah kamu bertiga sudah insaf. Kamu anak dara. Patut terbit rasa malu. Kamu bertiga bukan saja sudah melanggar hukum Agama. Malah kamu bertiga tidak menutup aurat masuk ke masjid"

" Kami minta maaf sekali lagi"

" Tidak perlu minta maaf pada Umi. Kamu minta maaflah pada Allah S.W.T. . Bertaubat lah sebelum terlambat. Pintu taubat sentiasa dibuka untuk umat-umatnya"

Syiqin, Hazlinda dan Zahira tiba-tiba saja terdetik untuk bertaubat. Begitu ajaib kata-kata 'Umi' itu.

" Mari solat?"

Gadis-gadis itu mengangguk.

**********************

LUAS betul apartment Rizuan. Ada balkoni menghadap kolam renang, Astro Njoi, tub mandi. Boleh dikatakan sangat mewah. Harga sewa sebulan dalam RM 16,000 rasanya. Kalau beli terus agak-agak berapa?. Bagi Rizuan, harga setakat RM 16,000 apalah sangat?. Dia ketua polis Putrajaya, ada ibu pejabat sendiri. Lagipun aku cuma menumpang. Bukan hak aku. Aku bersyukur ada tempat tinggal. Tambahan pula, Rizuan sangat mengambil berat dan menjaga aku selepas dia dapat tahu Ibu Bapa aku telah tiada. Kehilangan Kak Fatin memberi kesan padanya. Mungkin sebab tu Rizuan amat menjaga aku, supaya dia tak kehilangan sesiapa lagi.

" Bosan juga duduk sorang-sorang" Satu siaran tiada yang menarik Miazara meneruskan tontonannya. Dia melirik telefon pintarnya pula.

Rizuan : Assalamualaikum, Mia

Hah?. Sejak bila.... Rizuan tahu nombor peribadi aku?. Dia curi-curi tengoklah tu masa aku koma. Hurm, biar lah. Crush sendiri. Hahaha

Miazara : Waalaikumussalam. Kenapa Abang Riz?

Rizuan : Abang?. Mia berangan ya?

Miazara : Nak berangan kan siapa?. Saya tak ada sesiapa yang perlu nak diberangankan. Buah berangan goreng boleh lah

Rizuan :  Pandai Mia buat lawak sekarang. Siapa ajar Mia? 😂

Miazara : Siapa? 🤔 Orang tu lah

Rizuan : ' orang tu'?. Mia.... dah ada .....

Miazara : Dah ada apa pula?

Rizuan : Budak perempuan sebaya Mia bukan ke biasanya ada teman lelaki?

Miazara : Saya tak ada boyfriend. Saya chubby, bosan tahap nerd. Kawan saya cuma buku, Kak Fatin....

Rizuan : Saya?. Saya bukan kawan Mia?

Gulp!. Dia boleh baca fikiran aku ke yang aku suka dia?.

Rizuan : Jawablah Mia. Saya bukan kawan Mia?. Fine

Last online 9 : p.m

Adus, merajuk lah pula. Ada cadangan tak cara pujuk lelaki merajuk?.




KEKASIH HATI MISS CHUBBYWhere stories live. Discover now